Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan perlindungan Takaful sehingga RM100,000 untuk kemalangan diri dengan pascabayar redONE Pelan MyCare50 dengan internet tanpa had dan panggilan ke liputan rangkaian terluas redONE pada hanya RM50 sebulan. Pelan ini datang tanpa kontrak dan khusus untuk pemandu e-hailing dan penunggang penghantaran makanan untuk terus berhubung dan dilindungi!

Daftar di redONE
Kedai Perdana berhampiran anda sekarang!

ATAU

* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

  1. Tawaran ini mengenai apa?

    Ini adalah tawaran untuk menarik pemandu e-hailing yang sering menggunakan data dan/atau penggunaan suara untuk menyertai redONE dengan insurans PA eksklusif.

  2. Berapa lamakah tawaran ini berlangsung?

    Ini adalah tawaran kekal bermula dari 20 September 2023.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar pelan ini?

    Anda boleh mendaftar di mana-mana rakan niaga atau cawangan redONE.

  4. Siapakah yang layak untuk pelan ini?

    Semua pemandu e-hailing berdaftar. Had Umur: Lapan belas (18) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun, boleh diperbaharui sehingga tujuh puluh lima.

  5. Berapakah yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?

    Sila rujuk jadual di bawah untuk caj bayaran pendahuluan:

    ItemMYCARE50
    Yuran pendaftaranRM10
    Bayaran pendahuluanRM50

    Bayaran pendahuluan dikecualikan untuk nombor Port-in MNP.

    Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh anda dengan redONE kurang daripada 6 bulan.

  6. Saya telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi yang lain. Saya ingin mendaftar MYCARE50 dengan nombor redONE yang baharu. Berapakah bayaran pendahuluan yang perlu saya bayar?

    Anda perlu membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM50.

  7. Apa yang akan terjadi jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data berkelajuan tinggi yang telah ditetapkan?

    Baki kuota anda untuk bulan tersebut akan dibatalkan.

  8. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya berdaftar dengan pelan ini?

    Tidak, pelan tiada kontrak. Jika anda mengambil nombor premium, anda akan tertakluk pada tempoh kontrak 24 bulan.

  9. Selepas saya mengambil pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk menaik taraf data bulanan saya?

    Anda boleh membeli Top Up Data dengan mendail *123# atau log masuk ke 1App untuk membeli data tambahan.

  10. Bolehkah saya mendaftar talian tambahan dengan MYCARE50?

    Ya, anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.

  11. Saya ialah pelanggan Amazing8 sedia ada. Bolehkah saya bertukar ke pelan MYCARE50?

    Pelan ini eksklusif untuk pemandu e-hailing sahaja.

  12. Saya telah membeli redVIDEO. Data manakah akan digunakan terlebih dahulu?

    Berikut ialah jadual penggunaan data:

    Penggunaan Data MyCare50Order
    Pembelian redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC, redSPOT, redDATAPertama
    30GB Data 4G LTE bundledKedua
    Pembelian Data Top UpKetiga
    Internet Tanpa HadKeempat

  13. Apakah perlindungan Takaful PA ini?

    Produk ini ialah produk yang boleh diperbaharui yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku sebarang kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan oleh kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak dijangka dan secara kebetulan tanpa diduga.

  14. Berapa lamakah tempoh insurans Zurich yang digabungkan?

    Tempoh perlindungan adalah selama satu (1) tahun. Anda hendaklah memperbaharui perlindungan takaful anda setiap tahun.

  15. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

    Produk ini melindungi:

    Takaful 100Protection
    Kematian Akibat KemalanganRM100,000
    Hilang Upaya Kekal Akibat KemalanganRM100,000
    Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan (maksimum sehingga 200 hari)RM100/day
    Unit Rawatan Rapi (ICU) (maksimum sehingga 200 hari)RM200/day
    Perbelanjaan PengebumianRM2,000
    Perbelanjaan Kerusi Roda dan / atau tangan atau kaki palsuRM1,000
    Bayaran AmbulansRM100

    Tempoh perlindungan adalah selama satu (1) tahun. Anda hendaklah memperbaharui perlindungan takaful anda setiap tahun.

    Nota: Sila rujuk kepada kontrak sijil induk untuk keterangan penuh atas manfaat, terma dan syarat yang terdapat dalam produk ini.

  16. Berapakah caruman yang perlu saya buat?

    Premium ini kombo dengan pelan MYCARE50 anda. Semua caruman dan yuran yang ditunjukkan di dalam dokumen ini tertakluk kepada cukai atau levi kerajaan yang lain.

  17. Apakah pengecualian utama di dalam produk ini?

    Produk ini tidak melindungi tuntutan yang disebabkan oleh kejadian yang berikut:

    Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak sijil induk untuk senarai penuh pengecualian yang terdapat di dalam produk ini.

    • Keadaan Sedia Ada
    • Bunuh Diri sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman
    • Pembunuhan atau serangan Disebabkan Provokasi
    • Sebarang jenis perlumbaan selain daripada yang menggunakan kaki
    • Radiasi, Nuklear

  18. Bolehkah saya membatalkan sijil ini?

    Sijil Takaful ini disertakan dengan pelan MYCARE50 anda. Ia adalah manfaat yang diberikan kepada anda sehingga anda menamatkan pelan MYCARE50 anda.

  19. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran maklumat/peribadi saya?

    Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada kami sebarang perubahan dalam butiran maklumat/peribadi termasuk penamaan, pekerjaan dan maklumat diri yang akan mempengaruhi profil risiko. Anda boleh menulis surat atau emel kepada kami menerusi alamat atau alamat emel di bawah.

  20. Bilakah perlindungan insurans diaktifkan?

    Perlindungan insurans diaktifkan pada bulan hadapan selepas pendaftaran pelan MYCARE50.

  21. Adakah terdapat sebarang salinan pengakuan perlindungan insurans?

    Sijil electronic akan dikeluarkan semasa perlindungan dimulakan.

  22. Jika akaun saya digantung, adakah saya masih layak untuk perlindungan insurans?

    Perlindungan Takaful berkuatkuasa kecuali jika kami tidak menerima bayaran selama 2 bulan atau sijil luput.

  23. Apakah proses sekiranya saya ingin menambah premium insurans saya?

    Tambah nilai Takaful tidak dibenarkan kerana insurans terikat dengan pelan MYCARE50.

  24. Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan?

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, Pelanggan kena hubungi Zurich untuk mendapat proses tuntutan:

    Zurich General Takaful Malaysia Berhad Level 23A, Mercu 3, No. 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Tel: 03-2109 6000 Fax: 03-2109 6888 Call Centre: 1-300-888-622 Email: callcentre@zurich.com.my

  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan pada bil bulanan anda.

  2. Bayaran akses bulanan untuk pelan MYCARE50 hanya boleh digunakan untuk kombo data berkelajuan tinggi, internet tanpa had dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan talian tetap, bukan untuk panggilan video atau panggilan suara ke nombor khas.

  3. Pelan MYCARE50 adalah bersama 30GB kelajuan tinggi dan diikuti dengan internet tanpa had pada kelajuan biasa.

  4. Bayaran pendahuluan RM50 adalah diperlukan untuk pendaftaran baru. Bayaran Pendahuluan untuk pelanggan port-masuk MNP dikecualikan. Bayaran pendahuluan akan digunakan untuk tolak bil bulan pertama dan anda hanya perlu bayar baki bil untuk bulan pertama.

  5. Kombo data dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia hanya boleh digunakan secara domestik di dalam Malaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).

  6. Bil pertama pelanggan MYCARE50 akan dipro-ratakan berdasarkan penggunaan kombo data berkelajuan tinggi pelanggan. Kadar penggunaan yang dipro-ratakan adalah seperti berikut:

    Nama PelanPenggunaan Data 25% atau kurangPenggunaan Data 26% – 50%Penggunaan Data 51% – 75%Penggunaan Data 76% atau lebih
    MYCARE50RM10RM20RM30RM40

  7. Jika pelanggan ingin menamatkan pelan, bil terakhir tidak akan dipro-ratakan. Anda akan dicaj penuh yuran komitmen sebulan.

  8. Panggilan dan internet tanpa had termaktub di dalam Polisi Kegunaan Saksama (FUP) yang dilaksanakan sekiranya anda melebihi 100 jam panggilan atau 100GB data.

  9. Pelan ini TIDAK sah untuk tempoh bertenang 30 hari.

  10. Permohonan untuk bertukar kepada pelan MYCARE50 terbaharu tidak dibenarkan sehingga notis selanjutnya.

  11. redCALL ialah Khidmat Nilai Tambah (VAS) yang menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan secara domestik di dalam Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor-nombor khas adalah terkecuali.

  12. VAS redCALL adalah kombo kepada pelan Postpaid MYCARE50 dan ia bukanlah satu pilihan. RM10 sebulan akan dicaj ke dalam bil.

  13. Panggilan suara tanpa had termasuk:

    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan operator mudah alih yang lain.
    • Semua panggilan domestik ke nombor talian tetap nasional.
  14. Panggilan yang DIKECUALIKAN daripada panggilan suara tanpa had termasuk:

    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor khas dan premium
    • Panggilan video
    • Panggilan IDD
  15. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.

  16. Jika pelanggan ingin menukar pelannya dari pelan Postpaid MYCARE50 ke pelan lain, langganan redCALL akan dikekalkan kecuali pelan baharu adalah Amazing8 atau RP8.

  17. Panggilan suara ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:

    • Dijual semula, disewa atau digunakan dengan cara lain kecuali sebagai individu yang membuat panggilan ke pengguna rangkaian lain di Malaysia
    • Digunakan untuk panggilan “rerouting” (sambungan dengan peranti / perisian / aplikasi)
    • Digunakan sebagai alat peranti yang boleh membuatkan talian dibuka selama berjam-jam.
    • Digunakan untuk panggilan serentak pelbagai dan panggilan persidangan.
    • Digunakan sebagai pusat panggilan dan “telemarketing”.
    • Digunakan untuk panggilan berterusan bagi tempoh masa yang panjang, dail automatik dan komunikasi mesin ke mesin.
  18. Untuk maklumat mengenai perlindungan Takaful, klik di sini.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM