Dapatkan Jersi PDRM FC PERCUMA dengan Pelan RedONE Postpaid FC40! Dengan internet tanpa had dan panggilan tanpa had, pelan ini disertakan dengan internet berkelajuan tinggi pada liputan rangkaian terluas redONE. Daftar untuk pelan FC40 dengan hanya RM40 sebulan! Eksklusif untuk warga PDRM!
Daftar dengan Rakan Niaga redONE yang berdekatan hari ini!
* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
Semak Liputan
Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.
Cari Ejen
Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.
- Apakah maksud tawaran?
Ini adalah data dan pelan suara semua-dalam-satu eksklusif untuk warga Polis Diraja Malaysia sahaja (PDRM).
- Berapa lamakah tawaran ini?
Promosi ini bermula 11 September 2023 sehingga diberitahu kelak.
- Di manakah saya boleh mendaftar untuk rancangan ini?
Anda boleh mendaftar melalui Rakan Niaga redONE.
- Siapakah yang layak untuk mendaftar untuk pelan ini?
Pelan ini adalah untuk warga PDRM sahaja.
- Berapa harus saya bayar semasa pendaftaran?
Sila rujuk jadual di bawah untuk caj bayaran pendahuluan:
Item FC40 Yuran Pendaftaran Dikecualikan Bayaran Pendahuluan RM40 Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan jika tempoh anda dengan redONE kurang daripada 6 bulan
- Saya disenaraihitamkan oleh syarikat telekomunikasi lain. Saya ingin mendaftar ke FC40 dengan nombor redONE baharu. Berapakah Bayaran Pendahuluan yang perlu saya bayar?
Anda perlu membayar Bayaran Pendahuluan RM40.
- Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar untuk pelan ini?
Ya. Untuk nombor biasa, akan ada kontrak selama 3 bulan. Namun, jika anda mendaftar untuk nombor premium, tempoh kontrak adalah selama 24 bulan.
- Bolehkah saya mendaftar untuk sebarang talian tambahan dengan FC40?
Ya, anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.
- Saya pelanggan sedia ada Amazing8. Bolehkan saya menukar ke pelan baharu FC40?
Tidak. Ia hanya terpakai untuk pelanggan baharu dan MNP port-masuk sahaja.
- Saya telah membeli redVIDEO. Data manakah yang akan digunakan dahulu?
Jadual di bawah menunjukkan keutamaan pengunaan:
Penggunaan Penggunaan Data 1 redVIDEO (4G LTE), redSOCIAL (4G LTE), redMUSIC (4G LTE), redSTUDY (4G LTE), redSPOT yang Dibeli 2 Data Berkelajuan Tinggi 4G LTE 30GB Dihimpunkan 3 Tambah Nilai Data yang Dibeli 4 Data@6mbps Tanpa Had 5 Internet Asas @64kbps - Bilakah saya akan menerima Jersi PERCUMA?
Anda akan menerima jersi percuma semasa pendaftaran atau setelah Berjaya port-masuk (untuk port-masuk MNP).
- Saya tidak mahu jersi PERCUMA. Bolehkah menukarnya dengan rebat bil?
Tidak. Jersi PERCUMA adalah disertakan dalam pelan sebagai penyokong pasukan PDRM FC.
- Apa itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah saya perlu melanggan/mengaktifkan redCALL?
Tidak. redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan Postpaid FC40 anda berjaya diaktifkan atau di port masuk.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya?
Tidak. Anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia dihimpunkan bersama pelan Postpaid FC40 untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?
Ya. Dasar Penggunaan Adil (FUP) selama 100 jam sebulan adalah terpakai.
- Apa yang akan berlaku bila saya telah melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had?
Anda boleh terus membuat panggilan ke nombor di semua rangkaian pada RM0.15 sen seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.
- Apa itu redDATA?
redDATA ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) yang menawarkan data tanpa had @6Mbps.
- Adakah saya perlu mengaktifkan/melanggan redDATA?
Tidak. redDATA akan diaktifkan secara automatik bila pelan Postpaid FC40 anda berjaya diaktifkan atau di port masuk.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redDATA. Bolehkah saya menamatkannya?
Tidak. Anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDATA. Ia dihimpunkan bersama pelan Postpaid FC40 untuk anda menikmati data tanpa had @6Mbps.
- Saya telah menggunakan quota redDATA. Bolehkah saya langgan redDATA semula?
Tidak. Hanya 1 langganan aktif dibenarkan dalam sebulan. Bagaimanapun, anda boleh membeli Top Up Data untuk menstrim pada kelajuan tinggi.
- Bagaimana cara untuk pelanggan menyemak baki data redDATA mereka?
Pelanggan boleh menyemak penggunaan dengan mendail *123# atau melalui 1App.
- Bilakah saya boleh menggunakan kuota data redDATA saya?
Anda boleh menggunakan data redDATA pada bila-bila masa. Data redDATA akan tamat tempoh pada akhir bulan.
- Apakah kelajuan penstriman redDATA?
Kelajuan kuota data untuk penstriman redDATA ialah 6Mbps. Anda perlu menggunakan peranti serasi 4G LTE untuk menikmati kelajuan 4G.
Semua harga yang dipaparkan untuk pelan redONE Postpaid FC40 tidak termasuk cukai perkhidmatan.
Pelan redONE Postpaid hanya boleh dilanggan oleh pelanggan talian baharu dan port-masuk (MNP) individu. Pelanggan M2M tidak boleh melanggan pelan ini.
Pelan boleh didaftar sebagai akaun ‘Master’ atau akaun Tambahan.
Setiap akaun ‘Master’ boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.
Tiada Yuran Pendaftaran akan dikenakan untuk pelan FC40.
Bayaran Pendahuluan sebanyak RM40 diperlukan untuk talian baharu dan akan dikecualikan untuk port-masuk MNP.
Bayaran akses bulanan untuk pelan FC40 hanya sah untuk kombo data berkelajuan tinggi, redDATA gabungan dan panggilan suara tanpa had kesemua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.
redCALL dan redDATA adalah kombo dengan pelan FC40 dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kedalam bil untuk redCALL.
Kombo data berkelajuan tinggi, kombo redDATA dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia hanya boleh digunakan secara domestik di dalam Malaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).
Bil pertama pelanggan FC40 akan dipro-ratakan berdasarkan penggunaan kombo data berkelajuan tinggi pelanggan. Kadar penggunaan yang dipro-ratakan adalah seperti berikut:
Nama Pelan Penggunaan Data 25% atau kurang Penggunaan Data 26%-50% Penggunaan Data 51%-75% Penggunaan Data 76% atau lebih FC40 RM10 RM20 RM30 RM40 Jika pelanggan ingin menamatkan pelan, bil terakhir tidak akan dipro-ratakan. Anda akan dicaj penuh yuran komitmen sebulan.
Setelah data berkelajuan tinggi bulanan digunakan sepenuhnya 100%, penggunaan seterusnya akan ditolak dari data internet asas yang dihadkan pada kelajuan 6Mbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Data Top Up untuk terus melayari Internet berkelajuan tinggi.
Permintaan penukaran pelan ke FC40 tidak dibenarkan.
Kelajuan redDATA dihadkan sehingga 6Mbps.
Pelan ini tidak layak untuk tempoh bertenang selama 30 hari.
redCALL adalah khidmat nilai-tambah yang menawarkan panggilan suara tanpa had to semua rangkaian dan hanya boleh digunakan di dalam Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas adalah dikecualikan.
Khidmat nilai-tambah redCALL adalah bergabung dengan pelan postpaid baharu FC40 dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj kedalam bil setiap bulan.
Panggilan suara tanpa had merangkumi:
Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mobil yang lain.
Semua panggilan domestik ke talian tetap nasional.
Panggilan tanpa had tidak termasuk:
Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC.
Panggilan ke nombor khas dan premium.
Panggilan video.
Panggilan IDD.
Khidmat nilai-tambah redCALL akan diperbaharui setiap 1hb pada setiap bulan.
Jika seorang pelanggan ingin menukar pelan dari pelan baharu FC40 ke pelan lain, langganan redCALL akan ditamatkan secara automatik kecuali pelan baharu adalah Amazing38, Amazing58 atau UX50.
Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia tidak boleh:
Dijual, disewa atau digunakan kecuali untuk panggilan oleh individu ke pengguna rangkaian lain di Malaysia.
Digunakan untuk panggilan rerouting (sambungan dengan peranti/software/aplikasi).
Digunakan sebagai peranti switch yang boleh mengakibatkan talian terbuka untuk berjam-jam.
Digunakan untuk beberapa panggilan secara serentak atau panggilan conference.
Digunakan sebagai pusat panggilan atau pemasaran telefon.
Digunakan untuk masa yang panjang, dail automatik dan komunikasi mesin-ke-mesin.
Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) redDATA menawarkan data @6Mbps tanpa had dan untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja.
VAS redDATA disertakan dengan pelan postpaid FC40 baharu dan bukan pilihan.
Data tanpa had boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data.
redDATA hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan hendaklah dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing untuk penggunaan data semasa merayau dengan rakan kongsi perayauan redONE di luar negara.
VAS redDATA akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.
Data redDATA akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data redDATA yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada pelan baharu FC40 ke pelan lain, langganan redDATA akan ditamatkan secara automatik.
Selepas penggunaan 100% kuota redDATA, sebarang penggunaan Internet selanjutnya akan ditolak daripada kuota Tambah Nilai Data yang tersedia atau anda akan melayari pada kelajuan yang dikurangkan.
Kuota data tanpa had dihadkan hanya untuk kegunaan individu Pelanggan dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang atau peranti lain dalam apa jua cara (termasuk kotak SIM atau tempat liputan mudah alih) dan tertakluk pada Dasar Penggunaan Adil redONE.
Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan ketersediaan serta keupayaan peranti. Kelajuan muat turun dan kapasiti data anda akan berbeza-beza dan mungkin lebih perlahan serta boleh dipengaruhi oleh jarak anda dari menara mudah alih kami, kapasiti menara mudah alih kami, sumber muat turun anda, jenis dan kualiti telefon bimbit anda, trafik Internet umum dan ketersediaan liputan atau disebabkan oleh Dasar Penggunaan Adil (FUP). Untuk maklumat lanjut, sila layari dasar penggunaan adil.
redDATA tidak boleh dipindah milik, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, sama ada kepada mana-mana orang lain, entiti atau mana-mana akaun Pascabayar redONE lain.
Kami berhak pada bila-bila masa tanpa bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mengganggu, menghalang, menggantung, menyekat Pelan dan Perkhidmatan untuk masa yang kami fikir patut atau menamatkan, menghentikan atau memutuskan sambungan Pelan dan Perkhidmatan jika penggunaan anda:
Menunjukkan penggunaan yang berlebihan atau meletakkan beban luar biasa pada rangkaian;
Adalah untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk aktiviti penipuan yang disyaki;
Tidak mengikut Dasar Penggunaan Adil redONE (di https://www.redonemobile.com.my/legal/fair_use_policy);
Adalah untuk tujuan komersial/bukan peribadi.
Promosi ini disediakan mengikut Syarat Perkhidmatan di Borang Pendaftaran Postpaid kami. Anda mesti mematuhi terma tersebut termasuk penerangan perkhidmatan yang berkaitan, Polisi Penggunaan Saksama, Polisi Privasi, pelan langganan Postpaid yang berkaitan dan terma dan syarat tambahan ini (secara kolektif, “Terma”) yang semuanya boleh didapati di redonemobile.com.my.