

Dapatkan jersi edisi khas Sabah FC PERCUMA dengan prepaid SFC! Anda hanya perlu dapatkan pek permulaan pada RM8, tambah nilai RM50 dan beli pelan internet ULTRA35!
Dapatkan jersi edisi khas Sabah FC PERCUMA dengan prepaid SFC! Anda hanya perlu dapatkan pek permulaan pada RM8, tambah nilai RM50 dan beli pelan internet ULTRA35!


Kunjungi kedai redONE Mobile
berdekatan untuk melanggan sekarang!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
Promosi Jersi PERCUMA untuk Prepaid SFC
- Promosi ini berkenaan apa?
Promosi ini menawarkan jersi Sabah FC percuma kepada pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus yang juga merupakan penyokong bola sepak Sabah FC.
- Di mana saya boleh mendapatkan pek permulaan ULTRAplus dengan program Jersi Sabah FC PERCUMA?
Anda boleh membelinya daripada rakan niaga redONE Mobile dan pengedar Prepaid yang sah di Sabah.
- Bilakah promosi jersi Sabah FC PERCUMA untuk Prepaid ULTRAplus akan tersedia di pasaran?
Tawaran ini tersedia mulai 16 Jun 2025.
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk menerima jersi percuma Sabah FC?
Anda perlu mengaktifkan SIM Prepaid ULTRAplus, tambah nilai RM50 dan beli pelan internet 5G ULTRAplus35 secara serentak untuk menerima jersi Sabah FC secara percuma.
- Bilakah saya akan menerima jersi Sabah FC PERCUMA?
Anda akan menerima jersi Sabah FC PERCUMA anda serta merta setelah talian prabayar anda aktif.
- Bolehkah saya port-in talian saya ke pelan ULTRAplus baharu?
Ya. Anda boleh port-in ke pelan ULTRAplus Prepaid baharu dengan syarat: Tiada baki tertunggak dengan penyedia perkhidmatan semasa anda. Tidak terikat dengan sebarang kontrak dengan penyedia perkhidmatan semasa.
Promosi Jersi PERCUMA untuk Prepaid SFC
Promosi jersi Sabah FC percuma ini sah mulai 16 Jun 2025 sehingga diberitahu kelak.
Pelanggan mesti mengaktifkan kad SIM 5G Prepaid ULTRAplus, membuat tambah nilai sebanyak RM50 dan melanggan pelan internet ULTRAplus35 secara serentak untuk melayakkan diri menerima jersi Sabah FC percuma.
Prepaid 5G ULTRAplus Baharu
Kad SIM ULTRAplus baharu ini sah untuk pelanggan baharu sahaja. Pek permulaan boleh dibeli pada harga RM8.
Pek permulaan sah selama 7 hari.
Kad SIM Prepaid 5G ULTRAplus baharu boleh didapati di semua kedai redONE Mobile, kedai rakan kongsi, dan pengedar prabayar.
Pendaftaran boleh dilakukan di kedai-kedai di atas atau pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran sendiri secara dalam talian melalui Aplikasi redONE Prepaid.
Kredit Bonus Pengaktifan RM5 adalah tawaran sekali sahaja, diberikan selepas pendaftaran berjaya atau port-in MNP.
Bonus Pengaktifan 1GB adalah tawaran sekali sahaja, sah selama 7 hari, dan diberikan selepas pendaftaran berjaya atau port-in MNP.
Bonus pengaktifan akan digunakan dalam masa 10 minit selepas pelanggan melengkapkan pendaftaran dan menerima SMS Pengaktifan.
Data berkelajuan tinggi disediakan pada kelajuan 5G/4G. Setelah kuota data berkelajuan tinggi yang diperuntukkan habis digunakan, akses data akan disekat. Pemberitahuan SMS yang dijana sistem akan dihantar apabila 100% data berkelajuan tinggi yang dibundel telah digunakan.
Selain itu, perkhidmatan Panggilan Antarabangsa Terus (IDD) dan Perayauan Antarabangsa diaktifkan secara lalai untuk semua pelanggan. Pelanggan yang bercadang untuk ke luar negara dan ingin mengelakkan caj perayauan harus mematikan Data Roaming pada peranti mudah alih mereka.
ULTRAplus35 (dengan Internet Bonus)
ULTRAplus35 ialah tambahan auto-berulang. RM35 akan ditolak daripada kredit utama pelanggan setiap 30 hari dengan syarat terdapat kredit yang mencukupi.
ULTRAplus35 menawarkan 250 GB data berkelajuan tinggi 5G/4G, 50 GB data hotspot, dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
[PROMOSI] Data bonus diberikan secara percuma pada setiap pembaharuan sehingga pelanggan berhenti melanggan ULTRAplus35 atau menamatkan akaun.
Kuota utama dan data bonus adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh dikongsi.
RM35 akan ditolak daripada kredit utama bagi setiap pembelian one-off tambahan ULTRAplus35.
Yuran langganan tambahan ULTRAplus35 dan kuotanya tidak akan diprorata.
Data hotspot akan digunakan terlebih dahulu sekiranya pelanggan berkongsi data.
Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian hanya sah untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
Pelanggan boleh melanggan tambahan ULTRAplus35 pada bila-bila masa.
RM35 akan ditolak daripada kredit utama untuk setiap langganan tambahan ULTRAplus35.
Hanya pelan redONE Prepaid ULTRAplus boleh melanggan pelan MI auto-berulang ini.
Sebarang baki kuota ULTRAplus35 yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan.
ULTRAplus35 boleh dilanggan melalui USSD *108# dan Aplikasi Prabayar untuk langganan layan diri.