

Dapatkan 10 GB internet perantauan PERCUMA apabila anda melancong ke
Singapura, Indonesia dan Thailand. Dengan redplanROAM48 hanya pada RM48 sebulan,
tak perlu risau lagi tentang caj tambahan untuk kekal berhubung dengan keluarga
dan rakan-rakan, kongsi gambar percutian dan layari internet seperti biasa,
Dapatkan 10 GB internet perantauan PERCUMA apabila anda melancong ke Singapura, Indonesia dan Thailand. Dengan redplanROAM48 hanya pada RM48 sebulan, tak perlu risau lagi tentang caj tambahan untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, ongsi gambar percutian dan layari internet seperti biasa,

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
redplanROAM48
- Apakah pelan Pascabayar terbaharu?
Promosi pelan Pascabayar terbaharu merangkumi kuota data 5G kelajuan tinggi bulanan dan data perayauan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Apabila data anda telah habis digunakan, kelajuan akan Diperlahankan sehingga kitaran bil yang berikutnya , tanpa ada caj tambahan. - Berapa lamakah tawaran ini?
Tawaran 3 bulan ini bermula dari 21 Oktober 2025. - Dimanakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Sila kunjungi mana mana cawangan atau rakan niaga redONE. - Siapakah yang layak untuk melanggan pelan pascabayar baharu ini?
Semua warganegara Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu dan port-masuk MNP (kecuali M2M). - Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Nama Pelan redplanROAM48 Bayaran Pendahuluan RM48 Yuran Pendaftaran RM10 Bayaran Pendahuluan untuk semua permintaan MNP Port-in akan dikecualikan.
Sekiranya anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi dan tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang daripada 6 bulan, deposit diperlukan.
Bagi warga asing, bayaran deposit adalah bersamaan dengan had kredit bulanan yang ditetapkan. - Bolehkah saya menggunakan data kombo untuk kegunaan hotspot?
Data kombo adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Jika anda memilih untuk berkongsi melalui hotspot, penggunaan tersebut akan ditolak dari kuota hotspot anda.
redCALL
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia. - Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan redplanROAM48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in. - Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan redplanROAM48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia. - Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja. - Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk. - Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan. - Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut. - Apakah yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
Panggilan tanpa had termasuk:- Panggilan ke semua nombor mudah alih di Malaysia (termasuk redONE Pascabayar & Prabayar).
- Panggilan ke semua nombor talian tetap di Malaysia.
- Apakah yang tidak termasuk dalam panggilan tanpa had?
Perkara berikut tidak termasuk:- Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
- Panggilan ke nombor premium dan kadar khas.
- Panggilan video.
- Panggilan antarabangsa (IDD).
- Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan untuk panggilan tanpa had?
Ya, panggilan tanpa had ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk:- Jual semula, disewa, atau tujuan komersial.
- Peranti, perisian, atau auto dialer bagi penghalaan semula panggilan.
- Pusat panggilan, telepemasaran, atau panggilan persidangan.
- Komunikasi berterusan, automatik, atau mesin ke mesin.
Hotspot
- Adakah data hotspot termasuk dalam pelan Pascabayar BAHARU redplanROAM48?
Ya, data hotspot dikombokan dengan pelan dan tidak dapat dikeluarkan. - Adakah saya perlu aktifkan langgan data hotspot?
Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik apabila pelan redplanROAM48 anda bermula atau pindah masuk berjaya. - Bolehkah saya gunakan data hotspot di luar negara?
Data hotspot cuma boleh digunakan dalam Malaysia sahaja. Apabila anda di Singapura, Thailand atau Indonesia, penggunaan hotspot akan ditolak dari kuota data redROAM10 anda. - Adakah data hotspot saya akan diperbaharui setiap bulan?
Ya, ia akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan. - Adakah data hotspot yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya?
Tidak, sebarang data hotspot yang tidak digunakan akan luput pada penghujung bulan. - Apa akan terjadi jika saya menukarkan pelan?
Jika anda menukar pelan dari pelan BAHARU redplanROAM48 ke pelan lain, data hotspot anda akan terbatal secara automatik. - Apa akan terjadi jika saya gunakan semua data hotspot saya?
Apabila kuota data hotspot anda telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat . Anda boleh membeli Tambahan Data untuk terus menggunakan data hotspot.
redROAM10 Percuma
- Adakah data perantauan termasuk dalam pelan Pascabayar BAHARU redplanROAM48?
Ya, redROAM10 telah dikombokan dengan pelan berkenaan dan tidak boleh dikeluarkan. - Adakah saya perlu aktifkan langgan redROAM10?
Tidak, redROAM10Â akan diaktifkan secara automatik apabila pelan redplanROAM48 anda berjaya aktif atau port masuk selesai. - Adakah redROAM10 saya akan diperbaharui setiap bulan?
Ya, ia akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 hari bulan setiap bulan. - Adakah data redROAM10 yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya?
Tidak, sebarang data redROAM10 yang tidak digunakan akan luput pada penghujung bulan. - Apa akan terjadi jika saya menukarkan pelan saya?
Jika anda bertukar pelan dari pelan BAHARU redplanROAM48 ke pelan lain, langganan redROAM10 anda akan ditamatkan secara automatik. - Apa akan terjadi jika saya menggunakan sepenuhnya data redROAM10 saya?
Apabila kuota redROAM10Â anda telah habis digunakan, penggunaan perantauan data anda akan diperlahankan ke 64 kbps. Anda boleh membeli redROAM10Â 1-kali Tambahan untuk terus menggunakan data perantauan.
redplanROAM48
| Butiran Pelan | redplanROAM48 |
|---|---|
| Akses Bulanan | RM48 |
| Bayaran Pendahuluan (Nombor Normal) | RM48 |
| Bayaran Pendahuluan (Port-masuk MNP) | Dikecualikan |
| Yuran Pendaftaran | RM10 |
| Data Kelajuan Tinggi | 150GB 5G/4G |
| Data Hotspot | 100GB 5G/4G |
| redROAM10 Percuma | Dikombo dengan pelan |
| Kombo Tambahan redCALL | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian |
| SMS | RM0.05/SMS ke rangkaian redONE, RM0.10/SMS ke lain-lain rangkaian |
| Tempoh Kontrak | 12 bulan / 24 bulan (Nombor Premium)) |
| Denda Pembatalan Awal – 12 bulan | RM100 |
| Denda Pembatalan Awal – 24 bulan | RM48 x baki bulan kontrak |
| Had Kredit | RM100 |
- Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkihdmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
- Yuran akses bulanan untuk pelan redplanROAM48 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap. Bukan untuk panggilan video dan suara ke nombor khas.
- Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran diperlukan. Bayaran Pendahuluan dikecualikan untuk pelanggan port-masuk MNP. Bayaran Pendahuluan akan ditolak dari bil bulan pertama anda dan anda cuma perlu membayar sebarang baki dari bil bulan pertama anda.
Pelan Pascabayar redplanROAM48 Bayaran Pendahuluan RM48 Yuran Pendaftaran RM10 - Pendaftaran oleh pelanggan bukan Warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan mereka.
- redCALL telah dikombokan dengan pelan redplanROAM48 dan tiada pilihan. RM10 setiap bulan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.
- Data kombo, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian terpakai untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja. Perantauan dan IDD akan dicaj berdasarkan pada kadar Pay Per Use (PPU).
- Dalam bil bulan pertama redplanROAM48, data kombo akan di pro-rata berdasarkan kegunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata seperti berikut:
Nama Pelan Penggunaan Data
25% or kurangPenggunaan Data
26% – 50%Penggunaan Data
51% – 75%Penggunaan Data
76% or lebihredplanROAM48 RM9.50 RM19 RM28.50 RM38 - Sekiranya pelanggan menamatkan langganan, tiada pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan yuran komitmen untuk sebulan penuh.
- Permintaan tukar pelan kepada pelan baharu redplanROAM48 TIDAK dibenarkan.
- Sekiranya pelanggan menamatkan langganan, tiada pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan yuran komitmen untuk sebulan penuh.
redCALL
- Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.
- Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah bergabung dengan pelan redplanROAM48 BAHARU dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.
- Panggilan suara tanpa had merangkumi:
- Semua panggilan domestik ke pascabayar redONE, prabayar redONEdan pengendali mudah alih lain
- Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan
- PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had merangkumi:
- Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
- Panggilan ke nombor khas dan premium
- Panggilan video
- Panggilan IDD
- Tambahan redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.
- Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada redplanROAM48 kepada pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baharu tersebut ialah Amazing28+ atau Data28.
- Panggilan tanpa had melalui redCALL adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia tidak boleh:
- Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk tujuan selain panggilan peribadi dalam Malaysia
- Digunakan dengan peranti, perisian atau aplikasi pengalihan panggilan
- Digunakan dengan peranti suis yang mengekalkan talian terbuka untuk tempoh masa yang panjang
- Digunakan untuk panggilan serentak berbilang atau panggilan persidangan
- Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi telepemasaran
- Digunakan untuk panggilan berterusan atau automatik, atau komunikasi antara mesin (M2M)
Hotspot
- Data hotspot telah termasuk dalam Pelan Pascabayar BAHARU redplanROAM48 dan bukan pilihan.
- Ia boleh digunakan untuk perkongsian data dalam Malaysia sahaja. Semasa perantauan di Singapura, Thailand atau Indonesia, penggunaan hotspot akan ditolak dari kuota data redROAM10.
- Data hotspot akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan. Data tidak digunakan akan luput pada hujung bulan dan tidak akan dibawa ke hadapan.
- Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganan daripada pelan redplanROAM48 kepada pelan lain, data hotspot akan ditamatkan secara automatik.
- Apabila kuota data hotspot telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus menggunakan data hotspot.
redROAM10 Percuma
- Tambahan redROAM10 percuma menyediakan 10GB perantauan data berkelajuan tinggi untuk kegunaan di negara berikut: Singapura, Indonesia & Thailand.
- Tambahan redROAM10 percuma adalah kombo dengan pelan redplanROAM48 dan bukan pilihan.
- Ini adalah pas berbilang-negara, bermakna kuota yang sama boleh digunakan merentasi kesemua negara yang tersenarai dalam kitaran bil yang sama.
- Tempoh sah Tambahan ini mengikut kitaran bil bulanan pelanggan (Waktu Malaysia, GMT+8):
- Bermula: 12:00am Hari Pertama kitaran bil
- Tamat: 11:59pm pada hari terakhir bulan kalendar
- Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada redplanROAM48 kepada pelan lain, data redROAM10 percuma akan terbatal secara automatik.
- Apabila penggunaan data redROAM10 percuma mencapai 100%, kelajuan internet akan dihadkan kepada 64 kbps. Pelanggan boleh memilih untuk membeli redROAM10 Tambahan 1-kali bagi meneruskan penggunaan pada kelajuan tinggi.
Pemberitahuan
- redONE tidak memberi sebarang jaminan atau gambaran bahawa peranti mudah alih pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa. Sebarang ketidakupayaan peranti pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa tidak akan membatalkan perjanjian ini atau mengecualikan, mengurangkan atau menjejaskan tanggungjawab pelanggan untuk mematuhi dan melaksanakan kewajipan mereka seperti yang ditetapkan di sini.
- Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa peranti mereka boleh digunakan untuk perantauan (roaming-enabled) dan serasi dengan rangkaian tempatan di negara destinasi.
- Perkhidmatan perayauan adalah tertakluk kepada liputan dan kualiti rakan rangkaian perayauan redONE. Kelajuan dan kestabilan rangkaian mungkin berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan pengendali tempatan.
- Panggilan suara, SMS, dan penggunaan data di luar kuota 10GB akan dicaj secara berasingan berdasarkan kadar perayauan standard.
- Yuran langganan akan tertera dalam bil bulanan pelanggan. Tiada pemulangan akan diberikan bagi penamatan awal atau kuota yang tidak digunakan.
- Tambahan redROAM10 percumahanya boleh digunakan di luar Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta tertakluk kepada semua terma dan syarat penggunaan pada setiap masa, termasuk terma penggunaan yang ditetapkan oleh Rakan Rangkaian yang terlibat.
- Pelanggan tidak dibenarkan menggunakan Tambahan redROAM10 percuma untuk tujuan komersial, bukan peribadi atau penipuan. redONE Mobile berhak pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa sebarang liabiliti kepada pelanggan atau mana-mana pihak ketiga, untuk memutuskan, mengganggu, menamatkan, menyekat atau menggantung Tambahan redROAM10 percuma sekiranya terdapat penggunaan mencurigakan, aktiviti haram, penipuan yang disyaki, atau sebarang aktiviti luar biasa lain yang tidak dibenarkan di bawah Terma dan Syarat ini.























