Pelan 2026 5G Home WiFi 88
Terma Umum
- Pelan 5G Home WiFi 88 tersedia bermula pada 23 Februari 2026.
- Ini ialah SIM data-sahaja, yang juga menyokong perkongsian hotspot.
- Pelan 5G Home WiFi 88 tersedia eksklusif untuk pelanggan pendaftaran nombor baharu dan juga Pindahan Nombor Mudah Alih (MNP). Pelanggan dengan kegunaan Mesin-ke-Mesin (M2M) atau warga negara asing tidak layak untuk pelan ini.
- Pelanggan boleh mendaftar sebagai akaun talian Master atau Tambahan.
- Yuran pendaftaran dan bayaran pendahuluan diperlukan. Bayaran pendahuluan dikecualikan untuk port-masuk MNP. Jika had kredit lebih tinggi dipohon, deposit standard akan dikenakan mengikut prosedur semasa.
- Pelan 5G Home Wifi 88 tertakluk pada peraturan had talian bundel peranti, dan terpakai untuk semua jenis peranti. Sebarang tambahan talian melebihi kuota kelayakkan akan memerlukan bayaran pendahuluan lebih tinggi.
- Semua harga tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan, yang akan dicaj dalam bil bulanan pelanggan.
- Yuran akses bulanan hanya merangkumi data kombo kelajuan tinggi.
- Yuran komitmen bulanan sebanyak RM78 untuk dua belas (12) bulan pertama, dan RM88 dari bulan ke tiga belas (13) dan seterusnya.
Gambaran Pelan 5G Home WiFi 88
| Pelan | 5G Home WiFi 88 |
|---|
| Bulanan | RM88 |
| Data Kelajuan Tinggi | 1000GB 5G/4G |
| Data Hotspot | Ditolak dari data kelajuan tinggi |
| Bayaran Pendahuluan | RM200 (ditolak RM20/bulan untuk 10 bulan) |
| Yuran Pendaftaran | RM50 |
| Kelajuan Internet Diperlahankan | Diperlahankan kepada 64Kbps selepas kuota habis |
| Rebat | RM10 x 12 bulan |
| Kontrak | 24 bulan |
| Denda Penamatan Awal | RM450 |
| Peranti | 5G Modem – TOZED S200A |
Nota: Pelan 5G Home WiFi 88 tertakluk kepada peraturan peruntukan talian peranti berbundle yang terpakai untuk semua peranti. Sebarang talian tambahan melebihi kuota yang diperuntukkan memerlukan bayaran pendahuluan lebih tinggi sebanyak RM300 di bawah pelan 5G Home WiFi 88 Higher Advance. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam bil bulanan pelanggan sebanyak RM30 sebulan untuk tempoh sepuluh (10) bulan.
- Kombo ini merangkumi perkhidmatan data redONE Home 5G bersama satu (1) peranti modem – router 5G.
- Semua harga yang tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan, yang akan dicaj dalam bil bulanan pelanggan (kecuali bayaran pendahuluan).
- Langganan untuk pelan bundel tertakluk kepada tempoh kontrak minima selama dua pulah empat (24) bulan, bermula dari tarikh pengaktifan.
- Pelanggan dengan baki tunggakan atau tersenarai dalam pangkalan data tidak layak untuk melanggan.
- Untuk pelan 5G Home WiFi, kombo data kelajuan tinggi akan dipro-rata mengikut penggunaan sebenar pelanggan:
| Nama Pelan | Penggunaan Data 25% atau kurang | Penggunaan Data 26% – 50% | Penggunaan Data 51% – 75% | Penggunaan Data 76% atau lebih |
|---|
2026 5G Home WiFi 88, 2026 5G Home WiFi 88 HA | RM22 | RM44 | RM66 | RM88 |
- Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tinggi, kelajuan internet akan diperlahankan pada had kelajuan 64Kbps. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari pada kelajuan tinggi.
- Bayaran pendahuluan sebanyak RM200 diperlukan untuk pelan 5G Home WiFi. Jumlah ini akan dikreditkan semula dalam bil bulanan pelanggan pada kadar RM20 bulanan selama sepuluh (10) bulan. Bayaran pendahuluan RM300 diperlukan untuk pelan 5G Home WiFi HA. Jumlah ini akan dikreditkan semula dalam bil bulanan pelanggan pada kadar RM30 bulanan selama sepuluh (10) bulan.
- redONE Mobile berhak untuk sekat atau gantung peranti jika terdapat yuran perkhidmatan, caj bulanan tidak dibayar, atau pelanggan gagal untuk memenuhi syarat langganan.
Perkhidmatan 5G
- Perkhidmatan ini berfungsi dalam rangkaian kawasan liputan 5G.
- Apabila di luar liputan 5G, ia akan ditukarkan secara automatik kepada 4G.
- Perkhidmatan mungkin mengalami kelewatan, gangguan atau isu disebabkan oleh rangkaian pihak ketiga.
- redONE Mobile tidak bertanggungjawab untuk sebarang gangguan yang disebabkan oleh pembekal servis 5G nasional atau faktor luaran lain.
Peranti dan Waranti
Ketersediaan Peranti adalah tertakluk kepada stok semasa ketika pendaftaran.
- Imej yang dipaparkan di laman web atau bahan promosi kami adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak mewakili peranti yang sebenar. Kami berhak untuk menukar model peranti dengan peranti lain yang mempunyai keupayaan setara.
- Tempoh waranti bagi Peranti adalah sepanjang Tempoh Komitmen.
- Sepanjang tempoh waranti, sekiranya Peranti didapati rosak atau tuntutan kerosakan Peranti anda disahkan berpunca daripada ralat pengilang, kami akan menggantikan Peranti tersebut (pertukaran 1-ke-1) tanpa sebarang kos tambahan dikenakan kepada anda dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
- Kami berhak untuk mengesahkan Peranti yang dihantar bagi penggantian waranti. Sekiranya didapati Peranti masih berfungsi atau telah diusik dalam apa jua cara, kami mungkin mengenakan caj penggantian Peranti yang bersamaan dengan harga Peranti baharu.
- Waranti Peranti tidak sah dalam situasi berikut:
- rosak, hilang, dicuri atau ralat kepada Peranti disebabkan oleh sebarang perbuatan, kelalaian, salah guna, kecuaian, nombor siri dialih keluar atau dirosakkan;
- fungsi kunci-rangkaian pengendali pada Peranti telah dinyahaktifkan; atau
- tindakan lain di luar kawalan munasabah kami.
- Anda boleh kunjungi cawangan redONE Mobile berdekatan anda jika mengalami sebarang isu berkaitan Peranti.