Nikmati perayauan sepuasnya bila anda mengembara ke 123 negara dengan redONE Postpaid, hanya pada RM39 sehari!
*Selepas kuota berkelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, kelajuan internet seterusnya akan dikurangkan sehingga 256 kbps (FUP: 700 MB).
* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
Perayauan Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menggunakan nombor telefon anda untuk membuat dan menerima panggilan dari negara atau destinasi lain ketika anda berada di luar negara.
Anda perlu pra-aktifkan perkhidmatan perayauan sebelum melancong ke luar negara.
Jika anda telah menjadi pelanggan redONE lebih dari tempoh 6 bulan, anda hanya perlu menelefon 1909 untuk bercakap dengan Khidmat Pelanggan kami untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa sebelum melancong ke luar negara. Jika anda ialah pelanggan baru redONE (kurang dari 6 bulan), anda dikehendaki untuk membayar deposit tambahan (akan dikembalikan semula) sebanyak RM300 untuk mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Pembayaran deposit tambahan akan dikecualikan jika anda membawa masuk nombor Pascabayar (MNP port-in) anda dari rangkaian pembekal yang lain, dan anda pernah menggunakan perkhidmatan perayauan sebelum ini.
Hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah:
<Kod Akses Antarabangsa><Kod Negara><Kod Kawasan/Kod Rangkaian Telefon><Nombor Talian Tetap/ Bimbit>
Contoh:
Untuk membuat panggilan ke nombor mudah alih Malaysia (e.g. 011 1073 3663), dail +601110733663
Untuk memilih rangkaian secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
iPhone | Pergi ke:
|
Android | Pergi ke:
|
BlackBerry | Pergi ke:
|
Note: Langkah-langkah ini mungkin berbeza bergantung pada jenis dan model telefon
Kadar perayauan bergantung pada jenis negara dan operator yang anda pilih.
Tidak, kadar caj adalah standard mengikut negara dan operator yang anda pilih.
Ya, anda akan dicaj jika anda menjawab sebarang panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perayauan. Caj akan berbeza bergantung pada negara yang membuat panggilan tersebut.
Ya, boleh.
Anda dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan kami di +603 8689 7800 untuk menggantungkan talian anda buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang penggunaan tanpa kebenaran.
Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan perayauan Antarabangsa bergantung pada negara dan operator yang telah anda pilih.
Ya, kadar ini akan diaplikasikan kepada semua pengguna talian tambahan yang telah mengaktifkan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.
Perubahan kadar akan disiarkan dalam laman web kami. Sila periksa laman web kami dari masa ke semasa untuk melihat kadar dan promosi terbaru.
redONE berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menentukan sama ada pelanggan layak untuk perkhidmatan perayauan antarabangsa.
redONE dan pengendali rangkaian perkhidmatan telekomunikasi asing yang dilawati tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami oleh pelanggan daripada atau melalui penggantungan/ penamatan/ gangguan/ kehilangan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa atas sebab apa pun.
Pelanggan perkhidmatan perayauan antarabangsa hendaklah tertakluk kepada semua terma dan syarat Perjanjian ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang difikirkan sesuai oleh redONE untuk dikenakan dari semasa ke semasa.
Untuk perkhidmatan data, yuran akses bulanan pelanggan hanya meliputi penggunaan data domestik dan tidak termasuk penggunaan data di luar negara. Untuk penggunaan perkhidmatan perayauan, caj perayauan antarabangsa dikenakan.
Pelanggan boleh meminta Had Kredit yang lebih tinggi dan redONE boleh memberikannya mengikut budi bicaranya tertakluk kepada syarat yang difikirkan sesuai untuk dikenakan oleh redONE.
Pelanggan hendaklah menanggung dan membayar semua surcaj, tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, cukai nilai tambah, dan apa-apa caj lain, cukai, perbezaan kadar pertukaran (jika ada) atau apa-apa jumlah lain yang mungkin ditetapkan daripada redONE dari semasa ke semasa, yang ditanggung dalam menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa.
redONE tidak membuat sebarang waranti atau pernyataan bahawa peralatan mudah alih pelanggan akan dapat menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa. Sebarang ketidakupayaan peralatan mudah alih pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa tidak akan membatalkan perjanjian ini atau membatalkan, mengurangkan atau menjejaskan liabiliti pelanggan untuk mematuhi dan melaksanakan kewajipannya di sini.
Pelanggan hendaklah segera melaporkan kepada redONE dan dalam apa jua keadaan dalam masa 24 jam, sebarang kehilangan atau dicuri Kad SIM atau peralatan mudah alih. Sehingga laporan sedemikian diterima oleh redONE, pelanggan akan bertanggungjawab ke atas semua caj yang ditanggung.
Untuk tujuan terma dan syarat ini, sebarang rujukan kepada perkhidmatan perayauan antarabangsa hendaklah termasuk perkhidmatan perayauan data antarabangsa.
Terma dan syarat tawaran ini hendaklah dibaca sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang diamalkan oleh redONE (“Terma & Syarat Utama”) yang diterima oleh Pelanggan dan akan menjadi tambahan kepada Terma & Syarat Utama. Terma dan Syarat Utama akan terus terpakai dan mengikat Pelanggan untuk tujuan promosi ini.
Perayauan Data Harian
Perayauan Data Harian membolehkan pelanggan menikmati akses internet ketika melancong ke luar negara.
Perayauan Data Harian | |
---|---|
Harga | RM39 |
Peruntukan Data | 1 GB |
Tempoh Sah | 24 jam |
Negara Layak | 123 negara |
Pelan Layak | Semua pelan pasca bayar |
Tidak. Anda tidak perlu log masuk ke pengendali pilihan.
Anda akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data melebihi 1 MB di negara yang terpilih. Sila pastikan anda HIDUPKAN Perayauan Data pada tetapan peranti anda.
Ya. Anda akan dimaklumkan melalui SMS selepas pengaktifan dan penggunaan 100%.
Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan data mudah alih apabila di luar negara menggunakan rangkaian mudah alih negara asing, tanpa perlu membayar caj perayauan data yang tinggi. Kos dihadkan pada kadar harian rata.
Dalam situasi ini, kadar perayauan data standard akan dikenakan dan ianya akan menjadi sangat mahal. Sebaliknya, cari lokasi di mana ada liputan WiFi percuma.
Blok pengecasan adalah setiap 100 kb.
Ya, anda boleh meneruskan penggunaan tanpa sebarang caj tambahan pada kelajuan yang dikurangkan sehingga 256 kbps sehingga pas anda tamat tempoh (FUP 700 MB).
Tidak. Perayauan Data Harian akan tamat tempoh secara automatik dalam masa 24 jam. Jika anda tidak mahu meneruskannya, sila matikan perayauan data di tetapan peranti mudah alih anda.
Anda dibenarkan menggunakan langganan Perayauan Data Harian yang sama untuk beberapa negara (dalam senarai negara yang layak). Contohnya, jika anda pergi ke Singapura & Thailand dalam masa sehari, Perayauan Data Harian yang diaktifkan secara automatik di Singapura boleh digunakan di Thailand juga.
Klik pada butang yang disediakan pada halaman di atas untuk melihat senarai penuh negara yang dipilih.
Perayauan Data Harian
Perayauan Data Harian RM39 baharu ini sah mulai 1 September 2024.
Perayauan Data Harian ini terpakai untuk semua pelanggan redONE Postpaid baharu dan sedia ada.
Pelanggan diingatkan supaya menghidupkan perayauan data untuk menikmati promosi ini.
Perayauan Data Harian ialah perkhidmatan perayauan yang disertakan dengan kuota internet perayauan sehingga 1 GB pada kadar rata RM39 sehari.
Kuota yang diperuntukan ialah internet perayauan berkelajuan tinggi.
Selepas kuota berkelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, penggunaan internet sepenuhnya akan diperlahankan sehingga 256 kbps (FUP: 700 MB).
Perayauan Data Harian adalah berdasarkan zon waktu Malaysia dari 12:00 pagi hingga 11:59 malam.
Sebarang penggunaan di bawah RM10 akan dicaj sebagai bayar-bila-guna (pay-per-use) berdasarkan caj perayauan data standard. Penggunaan berikutnya yang berjumlah RM10 atau lebih akan dikenakan bayaran RM39. Selepas 100% FUP kelajuan yang diperlahankan, perkhidmatan perayauan data akan disekat.
Perayauan Data Harian ditawarkan secara perkongsian dengan pengendali rangkaian di negara terpilih (“Operator Rangkaian Yang Mengambil Bahagian”). redONE Mobile berhak untuk memadam, menambah atau meminda senarai Operator Rangkaian di negara dipilih dari semasa ke semasa.
Perayauan Data Harian ini akan diperbaharui secara automatik jika penggunaan data terus dikesan selepas 24 jam dari masa pengaktifan. Pelanggan boleh mengelakkan pembaharuan automatik dan/atau caj dengan mematikan Perayauan Data mereka.
Perkhidmatan Perayauan Data Harian akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pelanggan tiba di negara asing, dan perkhidmatan Perayauan Data Harian akan terus diperbaharui secara automatik setiap 24 jam dengan caj RM39 selagi perayauan antarabangsa dihidupkan dalam peranti pelanggan.
Perkhidmatan Perayauan Data Harian hendaklah digunakan di luar Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk mematuhi dan tertakluk kepada semua terma dan syarat penggunaan pada setiap masa serta terma penggunaan Operator Rangkaian Yang Mengambil Bahagian.
Pelanggan tidak boleh menggunakan Perayauan Data Harian untuk penggunaan atau keuntungan komersil, penggunaan bukan peribadi atau penipuan. redONE Mobile berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa sebarang liabiliti kepada pelanggan atau mana-mana pihak ketiga, untuk memutuskan sambungan, mengganggu, menamatkan, menghalang atau menggantung perkhidmatan Perayauan Data Harian kepada pelanggan sekiranya berlaku penggunaan yang mencurigakan, aktiviti menyalahi undang-undang, penipuan yang disyaki atau sebarang aktiviti luar biasa lain yang tidak dibenarkan di bawah Terma dan Syarat ini.
Jika pelanggan menyahaktifkan Perayauan Antarabangsa, tidak akan ada sebarang bayaran balik yang diberikan pada kuota Perayauan Data Harian yang tidak digunakan apabila ditamatkan pada bila-bila masa. Baki kuota internet akan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D).
Hak cipta terpelihara.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D). Hak cipta terpelihara.