

Dapatkan baucar petrol RM120 secara PERCUMA apabila anda melanggan redplanKM48, eksklusif untuk pemandu e-hailing dan p-hailing.
Perjalanan anda lebih jauh dan tak perlu lagi risau kehabisan minyak!
Dapatkan baucar petrol RM120 secara PERCUMA apabila anda melanggan redplanKM48, eksklusif untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Perjalanan anda lebih jauh dan tak perlu lagi risau kehabisan minyak!



redplanKM48
- Apakah pelan Pascabayar baharu ini?
Pelan Pascabayar terbaru redplanKM48 kami dilengkapi dengan 250GB data bulanan 5G/4G berkelajuan tinggi dan baucar petrol PERCUMA bernilai RM120. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan telefon percuma selepas 6 bulan dengan menaik taraf pelan atau menambah talian tambahan.
- Berapa lamakah tawaran ini?
Tawaran ini bermula dari 3 November 2025.
- Dimanakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Sila kunjungi mana-mana cawangan atau rakan niaga redONE
- Siapakah yang layak untuk melanggan pelan pascabayar baharu ini?
Semua pemandu p-haling dan e-hailing yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk mendaftar pelan ini. Pelan ini dibuka untuk pendaftaran baharu dan juga port-masuk (MNP). (Kecuali M2M).
- Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Yuran pendaftaran dan bayaran pendahuluan diperlukan semasa mendaftar seperti berikut:
| Pelan Pascabayar | redplanKM48 |
| Bayaran Pendahuluan | RM48 |
| Yuran Pendaftaran | RM10 |
Bayaran pendahuluan untuk semua pendaftaran port-masuk Nombor Telefon (MNP) dikecualikan. Jika anda memerlukan had kredit lebih tinggi, deposit akan dikenakan bagi langganan dengan redONE kurang dari 6 bulan. Jika anda warga asing, anda perlu membayar deposit yang bersamaan dengan had kredit bulanan anda.
- Bolehkah saya menggunakan data kombo untuk kegunaan hotspot?
Data kombo adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Jika anda memilih untuk berkongsi internet melalui hotspot, kegunaan akan ditolak dari kuota data hotspot anda.
- Adakah saya perlu aktifkan langgan data hotspot?
Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik apabila pelan redplanKM48 anda bermula atau pindah masuk berjaya.
- Apakah akan terjadi jika saya kehabisan data hotspot?
Perkongsian data akan disekat buat sementara.
- Jika saya tidak menggunakan sepenuhnya data kombo dan hotspot, bolehkah saya menggunakan baki tersebut pada bulan berikutnya?
Malangnya, internet dan kuota hotspot anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan akan lupus.
redCALL
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan redplanKM48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan redplanKM48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
- Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
- Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
- Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
- Apakah yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
Panggilan tanpa had termasuk:
• Panggilan ke semua nombor mudah alih di Malaysia (termasuk Pascabayar & Prabayar redONE).
• Panggilan ke semua nombor talian tetap di Malaysia.
- Apakah yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
Perkara berikut tidak termasuk:
• Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
• Panggilan ke nombor premium dan kadar khas.
• Panggilan video.
• Panggilan antarabangsa (IDD).
- Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan untuk panggilan tanpa had?
Ya, panggilan tanpa had ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk:
Jual semula, disewa, atau tujuan komersial.
• Peranti, perisian, atau auto dialer bagi penghalaan semula panggilan.
• Pusat panggilan, telepemasaran, atau panggilan persidangan.
• Komunikasi berterusan, automatik, atau mesin ke mesin.
Hotspot
- Apaka data hotspot dan adakah ia termasuk dalam pelan Mukmin saya?
Ya, data hotspot dikombokan dengan pelan dan tidak dapat dikeluarkan.
- Adakah data hotspot saya akan diperbaharui setiap bulan?
Ya, ia akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
- Boleh saya kecualikan data hotspot jika saya tidak memerlukannya?
Tidak, data hotspot adalah ciri bukan-pilihan yang dikombokan dengan pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188.
- Jika saya masih ada data utama yang tidak digunakan, boleh saya gunakan data tersebut untuk hotspot atau tethering?
Data hotspot didatangkan dengan kuota tersendiri. Data bulanan utama anda tidak boleh digunakan untuk perkongsian atau tethering — hanya data hotspot sahaja diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.
- Apa akan terjadi jika saya gunakan semua data hotspot saya?
Apabila kuota data hotspot anda telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat.
- Apa akan terjadi pada data hotspot jika saya menukarkan pelan?
Jika anda menukar pelan, data hotspot anda akan ditamatkan secara automatik.
Pelan redplanKM48
| Perincian Pelan | redplanKM48 | |
| Akses Bulanan | RM48 | |
| Bayaran Pendahuluan (Nombor Normal) | RM48 | |
| Bayaran Pendahuluan (Port-masuk MNP) | dikecualikan | |
| Yuran Pendaftaran | RM10 | |
| Data Kelajuan Tinggi | 150GB+ | |
| Data Hotspot | 100GB | |
| VAS Kombo – redCALL | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian | |
| Kadar SMS | Ke semua pengguna redONE | RM0.05/SMS |
| Ke rangkaian lain | RM0.10/ SMS | |
| MMS | RM0.20/MMS | |
| Tempoh Kontrak | 6 bulan/24 bulan (Nombor Premium) | |
| Denda Penamatan Awal – Nombor Normal | RM220 | |
| Denda Penamatan Awal – Nombor Premium | RM48 x baki bulan kontrak | |
- Pelan redplanKM48 ini tersedia pada 03 November 2025.
- Pelan ini terbuka untuk pendaftaran baharu dan port masuk MNP bagi pelanggan p-hailing dan e-hailing. Pelanggan M2M dan korporat tidak layak untuk pelan ini.
- Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Master atau Talian Tambahan.
- Setiap akaun Master dibenarkan untuk mendaftar sehingga 6 akaun Talian Tambahan.
- Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran adalah diperlukan. Bayaran Pendahuluan dikecualikan untuk pelanggan port-masuk MNP. Bayaran Pendahuluan yang dibayar akan digunakan untuk bil bulan pertama anda dan anda cuma perlu membayar sebarang lebihan baki dari bil pertama.
- Pendaftaran bagi pelanggan bukan warga negara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaa dengan had kredit bulanan mereka.
- Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
- Yuran akses bulanan untuk redplanKM48 merangkumi kombo data kelajuan tinggi dan panggilan suara domestik tanpa had ke semua rangkaian talian tetap dan nombor mudah alih di Malaysia. Ia tidak termasuk panggilan video atau panggilan ke nombor khas.
- Servis Tambah Nilai (VAS) redCALL adalah kombo dengan pelan ini dan wajib. Tambahan RM10 setiap bulan akan dicaj untuk red
- Data kombo berkelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap adalah untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja . Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan pada kadar Pay Per Use (PPU).
- Dalam bil bulan pertama redplanKM48, data kombo akan dipro rata berdasarkan kegunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata seperti berikut:
| Nama Pelan | Penggunaan Data 25% atau kurang | Penggunaan Data 26%-50% | Penggunaan Data 51% – 75% | Penggunaan Data 76% atau lebih |
| redplanKM48 | RM9.50 | RM19 | RM28.50 | RM38 |
- Jika terdapat pembatalan, tidak akan ada sebarang bil pro rata bagi bil bulan terakhir anda ; anda akan dicaj yuran komitment bulanan penuh.
- Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tingi, penggunaan seterusnya akan diperlahankan pada had kelajuan maksima 64Kbps tanpa ada caj tambahan. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari internet pada kelajuan tinggi.
- Tiada penukaran pelan semasa dalam tempoh kontrak.
redCALL
- Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.
- Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah digabung dengan pelan redplanKM48 dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.
- Panggilan suara tanpa had termasuk:
- Semua panggilan domestik ke Pascabayar dan Prabayar redONE dan rangkaian mudah alih lain
- Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan
- PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had termasuk:
- Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
- Panggilan ke nombor khas dan premium
- Panggilan Video
- Panggilan IDD
- VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.
- Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada redplanKM48 kepada pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baharu tersebut ialah 5G Postpaid10, Amazing28+ atau Data28.
- Panggilan tanpa had melalui redCALL adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia TIDAK boleh:
- Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk tujuan selain panggilan peribadi dalam Malaysia
- Digunakan untuk panggilan rerouting (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
- Digunakan dengan peranti suis yang mengekalkan talian terbuka untuk tempoh masa yang panjang
- Digunakan untuk panggilan serentak berbilang atau panggilan persidangan
- Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi telepemasaran
- Digunakan untuk panggilan jangka panjang atau automatik, atau komunikasi antara mesin (M2M).
Hotspot
- Data hotspot telah termasuk dalam pelan pascabayar redplanKM48 dan bukan pilihan.
- Ia hanya boleh digunakan untuk perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data di luar negara akan dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing bagi penggunaan data semasa menggunakan rangkaian rakan perayauan redONE di luar negara.
- Data hotspot akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
- Data hotspot akan tamat tempoh pada akhir bulan kalendar. Sebarang data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
- Dalam situasi di mana pelanggan ingin menukarkan pelan langganan mereka dari redplanKM48 ke pelan lain, data hotspot akan terbatal secara automatik.
- Apabila kuota data hotspot telah 100% habis digunakan, perkongsian data akan disekat.
Penebusan Baucar Petrol
- Nikmati penjimatan petrol sebanyak RM120 apabila anda berjaya aktifkan atau port-masuk ke pelan redplanKM48.
- Kod baucar petrol Setel anda akan dikeluarkan melalui aplikasi Pascabayar redONE 1App di bawah bahagian Ganjaran (Reward) dalam tempoh 1–2 hari bekerja selepas pengaktifan atau port masuk berjaya.
- Pelanggan mesti memastikan mereka mempunyai aplikasi pascabayar redONE 1App yang sah dan aktif untuk menerima kod serta menebus baucar tersebut melalui aplikasi Setel.
- redONE tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan dalam pengeluaran baucar akibat pendaftaran yang tidak lengkap, masalah sistem, atau maklumat pelanggan yang tidak tepat.
- Baucar petrol ini sah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh ia dikeluarkan.
- Pelanggan mesti menebus baucar tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada lanjutan akan diberikan selepas baucar tamat tempoh.
- Setelah penebusan berjaya dilakukan dalam aplikasi Setel, sejumlah RM120 akan dikreditkan terus ke dalam e-wallet Setel pelanggan.
- Baucar ini hanya sah untuk satu kali penebusan sahaja dan tidak boleh digunakan semula atau dikembalikan selepas ditebus.
Syarat Umum
- Setiap talian redONE yang layak hanya berhak menerima satu (1) baucar petrol bernilai RM120 sahaja.
- Baucar ini tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, atau ganjaran lain.
- redONE dan Setel tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau penyalahgunaan baucar setelah ia dikeluarkan.
- Sekiranya berlaku sebarang pertikaian, keputusan redONE adalah muktamad dan diguna pakai.
- redONE berhak untuk meminda, menggantung, atau menamatkan promosi ini serta terma dan syaratnya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Terma dan Syarat Standard redONE yang lain turut terpakai.
Fast Track Loyalty – Telefon Percuma
- Pelan redplanKM48 plan memberikan pelanggan yang layak pilihan Trek Pantas untuk menaik taraf kepada Loyalty Master Line Upgrade atau menambah talian tambahan Loyalty Supplementary Line.
- Pelanggan talian Master dengan kriteria berikut layak untuk Fast Track Loyalty:
- Pelan Akaun Master: redplanKM48 sahaja
- Tempoh langganan lebih dari 6 bulan (180 hari dari tarikh pendaftaran bermula atau tarikh pindah masuk nombor MNP berjaya)
- Good paymaster (Talian tidak disekat atau digantung dalam tempoh 3 bulan terkini)
- Kedua-dua Talian Master dan Talian Tambahan semasa mesti dalam mod aktif . Sebarang bentuk penggantungan atau sekatan adalah tidak dibenarkan
- Tidak didalam tempoh kontrak
- Talian Master atau Tambahan tidak di dalam kontrak Loyalty Project Device Bundle
- Semua Akaun Master yang didaftarkan di bawah NRIC yang sama mestilah tiada bayaran tertunggak atau tertunggak semasa permohonan .
- Hanya talian yang berjaya dinaik taraf layak untuk menerima telefon percuma.
- Pelanggan akaun Master yang mengambil tawaran ini, tempoh kontrak akaun mereka akan diset semula kepada 24 bulan (xdevicePRO68) atau 36 bulan (xdevicePRO98).
- Bil secara individu tidak dibenarkan.
- Akaun Master tidak dibenarkan untuk naik/turun taraf selepas mengambil tawaran ini.
- Korporat, M2M dan warga asing tidak di benarkan untuk program ini.























