TRWFC48
- Tawaran ini berkenaan apa?
Ini adalah pelan eksklusif untuk penyokong setia bola sepak TRW FC.
- Berapa lamakah tawaran ini?
Tawaran ini bermula pada 17 November 2025 sehingga notis lanjut.
- Dimanakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Anda boleh mendaftar di mana mana Cawangan dan Rakan niaga redONE.
- Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan baharu ini?
Semua pelanggan warga Malaysia dan warga asing berumur lebih dari 18 tahun boleh mendaftar pelan ini. Pelan ini terbuka untuk pendaftaran baharu dan port-masuk nombor (MNP) (kecuali M2M).
- Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Yuran pendaftaran dan bayaran pendahuluan adalah diperlukan semasa pendaftaran seperti berikut:
| Pelan Pascabayar | TRWFC48 |
| Bayaran Pendahuluan | RM48 |
| Yuran Pendafaran | RM10 |
Jika anda memerlukan had kredit lebih tinggi, deposit akan dikenakan bagi langganan dengan redONE Mobile kurang dari 6 bulan. Jika anda warga asing, anda perlu membayar deposit yang bersamaan dengan had kredit bulanan anda.
- Bolehkah saya menggunakan data kombo untuk hotspot?
Data kombo adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Jika anda memilih untuk berkongsi melalui hotspot, penggunaan akan ditolak dari kuota hotspot data anda.
- Saya ialah pelanggan sedia ada pascabayar redONE, boleh saya tukar/naik taraf pelan saya kepada pelan Jersi TRW FC?
Pelan ini eksklusif untuk penyokong setia TRW FC dan hanya terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu atau pindah masuk MNP.
- Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika mendaftar pelan ini?
Ya, pelan ini datang dengan 6 bulan kontrak. Jika anda mengambil nombor premium, anda akan dikenakan kontrak selama 24 bulan. - Apa akan terjadi jika saya menamatkan/pindah keluar nombor saya dalam tempoh kontrak?
Yuran penalti RM100 akan dikenakan jika anda tamatkan atau port keluar nombor anda sebelum kontrak tamat. - Boleh saya daftarkan talian tambahan dengan pelan TRWFC48?
Ya, anda boleh mendaftar sehinggga 6 talian tambahan.
- Bilakah saya akan menerima jersi PERCUMA tersebut?
Jersi akan diberikan semasa pendaftaran setelah talian anda dalam status “In Use”.
- Saya tidak mahu jersi PERCUMA. Boleh saya tukarkan kepada rebat bil sebagai ganti?
Maaf, jersi PERCUMA telah dikombokan dengan pelan sebagai tanda sokongan anda kepada pasukan TRW FC dan tidak boleh ditukarkan dengan rebat bil.
redCALL
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan TRWFC48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan TRWFC48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
- Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
- Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
- Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
- Apakah yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
Panggilan tanpa had termasuk:
• Panggilan ke semua nombor mudah alih di Malaysia (termasuk Pascabayar & Prabayar redONE).
• Panggilan ke semua nombor talian tetap di Malaysia.
- Apakah yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
Perkara berikut tidak termasuk:
• Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
• Panggilan ke nombor premium dan kadar khas.
• Panggilan video.
• Panggilan antarabangsa (IDD).
- Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan untuk panggilan tanpa had?
Ya, panggilan tanpa had ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk:
Jual semula, disewa, atau tujuan komersial.
• Peranti, perisian, atau auto dialer bagi penghalaan semula panggilan.
• Pusat panggilan, telepemasaran, atau panggilan persidangan.
• Komunikasi berterusan, automatik, atau mesin ke mesin.
Hotspot
- Apaka data hotspot dan adakah ia termasuk dalam pelan TRWFC48 saya?
Ya, data hotspot dikombokan dengan pelan dan tidak dapat dikeluarkan.
- Adakah data hotspot saya akan diperbaharui setiap bulan?
Ya, ia akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
- Boleh saya kecualikan data hotspot jika saya tidak memerlukannya?
Tidak, data hotspot adalah ciri bukan-pilihan yang dikombokan dengan pelan TRWFC48.
- Jika saya masih ada data utama yang tidak digunakan, boleh saya gunakan data tersebut untuk hotspot atau tethering?
Data hotspot didatangkan dengan kuota tersendiri. Data bulanan utama anda tidak boleh digunakan untuk perkongsian atau tethering — hanya data hotspot sahaja diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.
- Apa akan terjadi jika saya gunakan semua data hotspot saya?
Apabila kuota data hotspot anda telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat. - Apa akan terjadi pada data hotspot jika saya menukarkan pelan?
Jika anda menukar pelan, data hotspot anda akan ditamatkan secara automatik