Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Memperkenalkan Prepaid 5G ULTRAplus tiada tandingan – Pelan Prabayar 5G Pertama dengan Telefon 5G PERCUMA

Tawarkan Ganjaran Hebat Bernilai RM1 Juta melalui Kempen ‘Ganjaran Overload’

KUALA LUMPUR – redONE Mobile menaikkan standard dalam industri telekomunikasi dengan tawaran berani dan belum pernah berlaku sebelum ini: pelancaran Prepaid 5G ULTRAplus, satu-satunya pelan prabayar 5G di Malaysia yang memberikan pelanggan peluang memenangi sebahagian daripada RM1 juta hadiah, serta telefon 5G PERCUMA.

Ditawarkan pada harga hanya RM8 dan dikuasakan sepenuhnya dengan 5G untuk sambungan berkelajuan tinggi, pek permulaan ini disertakan kredit RM5 dan bonus pengaktifan 1 GB, membuka jalan bagi pengalaman prabayar generasi baharu yang eksklusif dan bermanfaat.

Direka untuk generasi yang mengutamakan data iaitu pelajar, gamers, pencipta kandungan dan golongan muda yang sentiasa berhubung, Prepaid 5G ULTRAplus bukan sekadar pelan. Ia adalah peningkatan gaya hidup, menawarkan ciri premium dan fleksibiliti maksimum tanpa terikat kontrak.

Dengan pelan 5G Prepaid ULTRAplus, pengguna kini boleh menikmati pengalaman 5G sepenuhnya untuk menstrim, melayari dan bermain permainan dalam talian pada kelajuan luar biasa. Selain pek permulaan, pengguna boleh memilih pelbagai Pelan Internet yang disesuaikan dengan gaya hidup dan keperluan data berbeza, sama ada untuk penggunaan harian, mingguan atau penggunaan data bulanan yang tinggi:

  • ULTRAplus Daily pada RM3 untuk 3 GB
  • ULTRAplus Weekly pada RM12 untuk 15 GB
  • ULTRAplus25 pada RM25 untuk 100 GB
  • ULTRAplus35 pada RM35 untuk 150 GB (dengan 50 GB data bonus)

Sorotan utama 5G Prepaid ULTRAplus ialah program ganjaran redCOIN melalui aplikasi redONE Prepaid, yang direka khas untuk menyokong gaya hidup dan jangkaan golongan muda yang menginginkan fleksibiliti, ganjaran segera dan kemudahan di hujung jari mereka.

Bagi menjadikan pengalaman ganjaran redCOIN, redONE Mobile telah melancarkan kempen ‘Ganjaran Overload’ yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025. Melalui kempen ini, pelanggan akan menerima redCOIN dengan setiap pembelian Pelan Internet 5G Prabayar. redCOIN ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai cabutan bertuah suku tahunan dan tahunan dengan hadiah utama seperti Perodua Myvi 1.5 H, skuter SYM Tuscany 150, iPhone 16 PRO, Nintendo Switch, Samsung Galaxy Tab A+, Skuter Elektrik Arrow dan lain-lain, kesemuanya bernilai sehingga RM1 juta. redCOIN juga boleh ditebus untuk ganjaran harian, termasuk pelan internet 5G tambahan dan baucar.

Pelanggan yang membeli pelan ULTRAplus35 selama enam (6) bulan berturut-turut akan layak untuk menaik taraf ke redONE Postpaid devicePRO plan dan menerima telefon 5G PERCUMA. Manfaat ini menawarkan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan berbeza pelanggan kerana mereka juga boleh memilih dari pelbagai telefon terkini termasuk model premium dengan menambah sedikit bayaran.

Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile berkata, “Pengguna prabayar mewakili segmen penting dan dinamik dalam pasaran mudah alih. Oleh itu, pengenalan Prepaid 5G ULTRAplus lebih daripada sekadar promosi. Kami bertemu dengan generasi muda Malaysia di mana mereka berada; dalam talian, sentiasa berhubung dan mencari lebih nilai. Ia menandakan peralihan dalam cara kami memenuhi keperluan segmen ini. Dengan pelan prabayar baharu ini, kami menawarkan pengalaman premium yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna pascabayar.”

Pek permulaan 5G Prepaid ULTRAplus boleh didapati di semua kedai redONE Mobile dan di Shopee (redONE Mobile Official Store).

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini dan tawaran menarik lain daripada redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile) dan Instagram (@redonemobile.my).

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag

EN | BM