Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.
Sesuatu untuk semua orang

Miliki telefon 5G PERCUMA serta pelbagai ganjaran eksklusif untuk penjawat awam, termasuk potongan gaji automatik dengan postpaid Mukmin!

Pelan postpaid dengan telefon 5G percuma ini membolehkan urusan kerja serta peribadi lebih mudah untuk membantu anda kekal produktif setiap hari!

Miliki telefon 5G PERCUMA serta pelbagai ganjaran eksklusif untuk penjawat awam, termasuk potongan gaji automatik dengan postpaid Mukmin!

Pelan postpaid dengan telefon 5G percuma ini membolehkan urusan kerja serta peribadi lebih mudah untuk membantu anda kekal produktif setiap hari!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Disediakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Pelan Mukmin

  1. Apakah itu Pelan Mukmin?
    Pelan Mukmin Baharu direka khusus untuk kakitangan kerajaan. Mukmin 58 dan Mukmin 88 menawarkan kombo peranti percuma, manakala Mukmin 188 ialah program pemilikan peranti yang menawarkan peranti dengan ansuran tanpa faedah (0%) selama tempoh 36 bulan.
  1. Berapa lama tawaran ini?
    Tawaran ini efektif bermula 3 November 2025.
  1. Siapakah yang boleh mendaftar dengan pelan Mukmin baharu ini?
    Pelanggan yang layak ialah individu yang bekerja dalam sektor kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Terbuka untuk pelanggan berumur diantara lapan belas (18) dan lima puluh dua (52) tahun.
  1. Dimana boleh saya daftarkan pelan ini?
    Sila kunjungi cawangan atau rakan niaga redONE kami.
  1. Berapa yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?
    Yuran Pendaftaran sebanyak RM50 diperlukan semasa pendaftaran.
  1. Saya ialah kakitangan kerajaan dan sekarang melanggan pelan postpaidPLUS38. Boleh saya naik taraf ke pelan Mukmin?
    Pelan Mukmin baharu tersedia eksklusif untuk pendaftaran baharu. Pelanggan digalakkan untuk melanggan dengan nombor baharu atau port-masuk nombor dari rangkaian lain untuk mendaftar pelan Mukmin.
  1. Apakah syarat utama untuk program ini?
    Bayaran bulanan dibuat melalui potongan gaji ANGKASA, dan pelan ini layak untuk penjawat awam yang jumlah potongan gajinya tidak melebihi 60% daripada pendapatan tetap.
  1. Apa akan terjadi jika saya menamatkan talian dalam tempoh kontrak 36 bulan?
    Jika anda batalkan pelan Mukmin sebelum tempoh kontrak 36 bulan tamat, penalti adalah seperti berikut:
  • Mukmin 58 – RM860
  • Mukmin 88 – RM1,550
  • Mukmin 188 – RM28 + RM100 x baki bulan kontrak
  1. Berapakah jumlah potongan gaji bulanan untuk pelan Mukmin?
    Pemotongan gaji adalah seperti berikut:
PelanMukmin 58Mukmin 88Mukmin 188
Jumlah pemotongan gajiRM61.48RM93.28RM199.28
  1. Saya kini melanggan pelan Mukmin 58 dengan potongan gaji RM61.48. Apa akan berlaku jika saya membeli data tambahan? Adakah bayaran akan ditolak daripada gaji saya atau saya perlu membayarnya sendiri?
    Potongan gaji adalah jumlah tetap. Jika anda membeli data tambahan dalam aplikasi redONE 1App, anda harus membayarnya manual sendiri.

Takaful Hong Leong MSIG

  1. Apakah produk ini?
    Ini adalah takaful kemalangan peribadi komprehensif yang boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kemalangan dan punca semula jadi.
  2. Apakah Konsep Shariah yang terpakai?
  • Tabarru’ – Bahagian tertentu Sumbangan yang Peserta bersetuju untuk menderma apabila berlakunya perkara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali yang membolehkannya memenuhi kewajipannya untuk saling membantu serta jaminan bersama sekiranya mana-mana rakan Pesertanya mengalami kerugian yang jelas di mana sumbangannya adalah bertujuan untuk membantu orang lain dan derma orang lain bertujuan untuk membantunya.
  • Iltizambi Al-Tabarru’ – komitmen untuk bertabarru’.
  • Wakalah – pada asasnya hubungan ejen-prinsipal di mana Pengendali bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali memperoleh Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan.
  • Ju’alah – perjanjian di mana Peserta berjanji untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan PRF yang membawa kepada lebihan PRF.
  1. Bolehkah saya membatalkan atau menamatkan sijil saya?
    Sijil ini disertakan dengan pelan Mukmin anda. Ia adalah faedah yang diberikan kepada anda sehingga anda menamatkan langganan pelan Mukmin anda.
  2. Apakah yang perlukah saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada butiran perhubungan saya?
    Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada pemegang sijil utama tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
  3. Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
    Perlindungan adalah tertakluk pada Had Perlindungan Percuma seperti dalam Sijil Utama dan bayaran sumbangan oleh pemegang sijil utama. Notifikasi tuntutan adalah tertakluk kepada ‘Sunset Clause’ seperti tertera di sijil utama.
    Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.
  4. Bilakah perlindungan insurans diaktifkan?
    Perlindungan takaful akan berkuat kuasa serta-merta selepas mendaftar tetapi untuk penyakit sedia ada, akan ada tempoh menunggu selama 12 bulan. Kematian akibat sebab-sebab semula jadi hanya dilindungi pada bulan 13 dan seterusnya.

Nota: Untuk penyakit sedia ada, ia akan berdasarkan laporan pegawai perubatan apabila pelanggan ingin mengemukakan tuntutan kematian.

  1. Apakah perlindungan/ faedah yang disediakan?
    Perlindungan/faedah diringkaskan seperti di bawah:
FaedahJumlah perlindungan peserta
Kematian (Punca Semula Jadi)RM 2,500.00
Kematian (Punca Kemalangan)RM 12,500.00

Nota:Tempoh perlindungan untuk satu tahun. Sijil utama perlu diperbaharui setiap tahun.

  1. Apakah pengecualian utama di bawah sijil ini?
    Tiada manfaat kematian akan dibayar jika:
    1. Peserta/orang yang dilindungi membunuh diri dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan tanpa mengira kecenderungan mentalnya semasa kejadian.
    2. Kematian akibat Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian, peserta/individu tersebut telah dilindungi melebihi daripada dua belas (12) bulan dari tarikh perlindungan berkuat kuasa.
    3. Peserta/orang yang dilindungi meninggal dunia akibat Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau penyakit jangkitan seksual (STD) yang lain.

    Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.

  1. Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur tuntutan?
    Proses tuntutan adalah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  2. Adakah terdapat sebarang salinan bercetak untuk pengesahan perlindungan takakful?
    Tiada sijil individu akan diberikan kerana sijil Utama akan diberikan kepada redONE. Jika anda memerlukan sebarang maklumat, anda boleh menghubungi pengendali takaful anda untuk bantuan lanjut.
  3. Akaun saya digantung. Adakah saya masih layak untuk mendapatkan perlindungan takaful?
    Perlindungan takaful berkuatkuasa kecuali jika kami tidak menerima sebarang bayaran selama 2 bulan atau sijil telah luput.
  4. Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan?
    Pelanggan perlu hubungi pihak Hong Leong MSIG Takaful untuk proses tuntutan:
    Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
    Level 5, Tower B, PJ City Development,
    No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
    46100 Petaling Jaya, Selangor.Telephone: +603 7650 1800
    Facsimile: +603 7620 6730
    Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
    Website: https://www.hlmsigtakaful.com

  1. Jika saya melanggan dua pelan Mukmin, boleh saya membuat tuntutan untuk kedua-dua langganan?
    Anda cuma boleh menuntut SATU langganan sahaja walaupun anda mempunyai dua pelan Mukmin. Langganan kedua anda akan dikecualikan dari faedah Hong Leong MSIG Takaful.
  2. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
    Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang pelan ini, sila rujuk maklumat takaful atau anda boleh mendapatkan salinan daripada pemegang sijil utama. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di:
    Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
    Level 5, Tower B, PJ City Development,
    No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
    46100 Petaling Jaya, Selangor.Telephone: +603 7650 1800
    Facsimile: +603 7620 6730
    Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
    Website: https://www.hlmsigtakaful.com

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?
    redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  1. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
    Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
  1. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  1. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
  1. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
  1. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
  1. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
  1. Apakah yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
    Panggilan tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke semua nombor mudah alih di Malaysia (termasuk redONE Postpaid & Prepaid).
    • Panggilan ke semua nombor talian tetap di Malaysia.
  1. Apakah yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
    Perkara berikut tidak termasuk:
    • Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
    • Panggilan ke nombor premium dan kadar khas.
    • Panggilan video.
    • Panggilan antarabangsa (IDD).
  1. Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan untuk panggilan tanpa had?
    Ya, panggilan tanpa had ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk:
    Jual semula, disewa, atau tujuan komersial.
    • Peranti, perisian, atau auto dialer bagi penghalaan semula panggilan.
    • Pusat panggilan, telepemasaran, atau panggilan persidangan.
    • Komunikasi berterusan, automatik, atau mesin ke mesin.


Hotspot

  1. Apaka data hotspot dan adakah ia termasuk dalam pelan Mukmin saya?
    Ya, data hotspot dikombokan dengan pelan dan tidak dapat dikeluarkan.
  1. Adakah data hotspot saya akan diperbaharui setiap bulan?
    Ya, ia akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
  1. Boleh saya kecualikan data hotspot jika saya tidak memerlukannya?
    Tidak, data hotspot adalah ciri bukan-pilihan yang dikombokan dengan pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188.
  1. Jika saya masih ada data utama yang tidak digunakan, boleh saya gunakan data tersebut untuk hotspot atau tethering?
    Data hotspot didatangkan dengan kuota tersendiri. Data bulanan utama anda tidak boleh digunakan untuk perkongsian atau tethering — hanya data hotspot sahaja diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.
  1. Apa akan terjadi jika saya gunakan semua data hotspot saya?
    Apabila kuota data hotspot anda telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat.
  1. Apa akan terjadi pada data hotspot jika saya menukarkan pelan?
    Jika anda menukar pelan, data hotspot anda akan ditamatkan secara automatik.

Terma & Syarat

Perincian PelanMukmin58Mukmin88Mukmin188
Akses BulananRM58RM88RM88
Ansuran PerantiNANARM100
Bayaran Pendahuluandikecualikandikecualikandikecualikan
Yuran PendaftaranRM50RM50RM50
Data Kelajuan Tinggi150GB200GB200GB
Data Hotspot50GB100GB100GB
VAS Kombo – redCALLPanggilan tanpa had ke semua rangkaianPanggilan tanpa had ke semua rangkaian
redXCHANGE – Device Care Plans (Pilihan)Yuran langganan mengikut peringkatNA
Kadar SMSKe semua pengguna redONERM0.05/SMSRM0.05/SMS
Ke rangkaian lainRM0.10/ SMSRM0.10/ SMS
MMSRM0.20/MMSRM0.20/MMS
Tempoh Kontrak36 bulan/ 36 bulan (Nombor Premium)36 bulan/ 36 bulan (Nombor Premium)
Denda Pembatalan Awal – Nombor NormalRM860RM1550NA
Denda Pembatalan Awal – Nombor PremiumRM58 x baki bulan kontrakRM88 x baki bulan kontrakNA
Denda Pembatalan Awal PerantiNANARM28 X baki bulan kontrak
Penyelesaian Ansuran PerantiNANARM100 X baki bulan kontrak
Premium Group Term Takaful PlanKematian (semua sebab)RM2,500RM2,500
Kematian akibat kemalanganRM12,500RM12,500


Mukmin58 dan Mukmin88

  1. Pelan ini hanya terbuka untuk kakitangan kerajaan dan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) yang berumur diantara lapan belas (18) hingga lima puluh dua (52) tahun.
  2. Individu yang diisytiharkan bankrup atau di bawah statusAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) tidak layak untuk pelan ini.
  3. Pemotongan gaji untuk pelan ini tidak melebihi dari 60% pendapatan kasar.
  4. Pelan ini terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu dan port-masuk MNP sahaja. Warga asing dan pelanggan M2M tidak layak untuk tawaran ini.
  5. Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Master sahaja (terbuka untuk pendaftaran baharu). Akaun Master tidak dibenarkan untuk menambah talian tambahan.
  6. Yuran pendaftaran untuk pelan ini adalah RM50.
  7. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
  8. Yuran akses bulanan untuk pelan Mukmin58 dan Mukmin88 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap. Bukan untuk panggilan video dan suara ke nombor khas.
  9. redCALL dan data hotspot telah dikombokan dengan pelan Mukmin58 dan Mukmin88 dan tiada pilihan. RM10 setiap bulan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.
  10. Data kombo, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian terpakai untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja. Perantauan dan IDD akan dicaj berdasarkan pada kadar Pay Per Use (PPU).
  11. Dalam bil bulan pertama pelan Mukmin58 dan Mukmin88, data kombo akan di pro-rata berdasarkan kegunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata seperti berikut:
    Nama PelanPenggunaan Data 25% atau kurangPenggunaan Data 26% – 50%Penggunaan Data 51% – 75%Penggunaan Data 76% atau lebih
    Mukmin 58RM12RM24RM36RM48
    Mukmin 88RM19.50RM39RM58.50RM78
  1. Jika terdapat penamatan langganan, tiada pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan yuran komitmen untuk sebulan penuh.
  2. Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tingi, penggunaan seterusnya akan diperlahankan pada had kelajuan maksima 64Kbps tanpa caj tambahan. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari internet pada kelajuan tinggi.
  3. Hong Leong MSIG Group Term Takaful disertakan bersama pelan ini tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan.

Mukmin188

  1. Pelan ini hanya terbuka untuk kakitangan kerajaan dan pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) yang berumur diantara lapan belas (18) hingga lima puluh dua (52) tahun.
  2. Individu yang diisytiharkan bankrup atau di bawah statusAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit(AKPK) tidak layak untuk pelan ini.
  3. Pemotongan gaji untuk pelan ini tidak melebihi dari 60% pendapatan kasar.
  4. Pelan ini terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu dan port-masuk MNP sahaja. Warga asing dan pelanggan M2M tidak layak untuk tawaran ini.
  5. Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Master sahaja (terbuka untuk pendaftaran baharu). Akaun Master tidak dibenarkan untuk menambah talian tambahan.
  6. Yuran pendaftaran untuk pelan ini adalah RM50.
  7. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
  8. Yuran akses bulanan untuk pelan Mukmin188 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap. Bukan untuk panggilan video dan suara ke nombor khas.
  9. Ansuran peranti sebanyak RM100 hanya selama 36 bulan.
  10. redCALL dan data hotspot telah dikombokan dengan pelan Mukmin188 dan tiada pilihan. RM10 setiap bulan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.
  11. Data kombo, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian terpakai untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja. Perantauan dan IDD akan dicaj berdasarkan pada kadar Pay Per Use (PPU).
  12. Dalam bil bulan pertama pelan Mukmin188, data kombo akan di pro-rata berdasarkan kegunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata seperti berikut:
    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    Mukmin188RM19.50RM39RM58.50RM78
  1. Jika terdapat penamatan langganan, tiada pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan yuran komitmen untuk sebulan penuh.
  2. Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tingi, penggunaan seterusnya akan diperlahankan pada had kelajuan maksima 64Kbps tanpa caj tambahan. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari internet pada kelajuan tinggi.
  3. Hong Leong MSIG Group Term Takaful disertakan bersama pelan ini tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan.

redCALL

  1. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.
  2. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah digabung dengan pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.
  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
  • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan rangkaian mudah alih lain
  • Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan
  1. PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had termasuk:
  • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
  • Panggilan ke nombor khas dan premium
  • Panggilan Video
  • Panggilan IDD
  1. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.
  2. Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 kepada pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baharu tersebut ialah 5G Postpaid10, Amazing28+ atau Data28.
  3. Panggilan tanpa had melalui redCALL adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia TIDAK boleh:
  • Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk tujuan selain panggilan peribadi dalam Malaysia
  • Digunakan dengan peranti, perisian atau aplikasi pengalihan panggilan
  • Digunakan dengan peranti suis yang mengekalkan talian terbuka untuk tempoh masa yang panjang
  • Digunakan untuk panggilan serentak berbilang atau panggilan persidangan
  • Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi telepemasaran
  • Digunakan untuk panggilan berterusan atau automatik, atau komunikasi antara mesin (M2M).

Hotspot

  1. Data hotspot telah termasuk dalam pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 dan bukan pilihan.
  2. Ia hanya boleh digunakan untuk perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data di luar negara akan dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing bagi penggunaan data semasa menggunakan rangkaian rakan perayauan redONE di luar negara.
  3. Data hotspot akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
  4. Data hotspot akan tamat tempoh pada akhir bulan kalendar. Sebarang data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
  5. Dalam situasi di mana pelanggan ingin menukarkan pelan langganan mereka dari pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 ke pelan lain, data hotspot akan terbatal secara automatik.
  6. Apabila kuota data hotspot telah 100% habis digunakan, perkongsian data akan disekat.

Hong Leong MSIG Takaful

  1. Pendaftaran kematian pada hari yang sama dengan niat untuk menerima derma (insurans) akan menyebabkan derma tersebut terbatal.
  2. Untuk sebarang perubahan butiran akaun, pelanggan dikehendaki menghubungi atau melayari hlmsigtakaful.com.my.
  3. Pelanggan akan dihubungi oleh kakitangan Hong Leong MSIG Takaful dalam tempoh 30 hari bekerja melalui SMS atau panggilan sebelum tarikh tamat tempoh sijil pelanggan.
  4. Pelanggan perlu memaklumkan kepada saudara terdekat atau waris mereka mengenai pelan ini untuk melancarkan proses menghubungi Hong Leong MSIG Takaful.
  5. Pelanggan boleh menghubungi Hong Leong MSIG Takaful di 03 7650 1800, yang beroperasi 24 jam.
  6. Sekiranya waris atau saudara terdekat ingin mengemukakan sebarang tuntutan, mereka dikehendaki membawa atau memberikan salinan sijil kematian pelanggan atau kad ahli.

Terma dan Syarat Pemotongan Gaji

  1. The redONE Plan: Pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 (“Pelan”) terms and conditions (“T&C”).
  2. Pelan ini hanya untuk pegawai Kerajaan dengan perkhidmatan potongan gaji ANGKASA (mengikut arahan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia No.1, tahun 1997, No. 2/81, No. 3.81, No. 4/81, No 1/85 dan pekeliling, arahan dan peraturan oleh Kerajaan dan ANGKASA yang dikeluarkan dari semasa ke semasa) tersedia sehingga umur 52 tahun pada tarikh pendaftaran Pelan sahaja (“Pelanggan”).
  3. Pelan ini adalah untuk tempoh TIGA PULUH ENAM (36) bulan kalendar (“Tempoh Kontrak”) untuk bayaran bulanan atau RM58.00 untuk pelan Mukmin58 (“Pelan Mukmin58”) atau RM88.00 untuk pelan Mukmin88 (“Pelan Mukmin88”) atau RM188.00 untuk pelan Mukmin188 (“Pelan Mukmin188”) oleh Pelanggan.
  4. Pelan Mukmin188 akan berkurangan kepada RM88.00 selepas pelanggan melengkapkan tempoh kontrak 36 bulan seperti jadual di bawah:
    Nama PelanBulan Pertama – Bulan ke 36Bulan ke 37 dan seterusnyaPemotongan Gaji
    Mukmin581. RM58
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    1. RM58
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    RM61.48 (termasuk SST)
    Potongan gaji hanya terpakai kepada yuran akses bulanan pelan. Untuk sebarang caj tambahan, pelanggan perlu membayar secara manual.
    Mukmin881. RM88
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    1. RM88
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    RM93.28 (termasuk SST)
    Potongan gaji hanya terpakai kepada yuran akses bulanan pelan. Untuk sebarang caj tambahan, pelanggan perlu membayar secara manual.
    Mukmin1881. RM188
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    1. RM88
    2. Caj tambahan yang berkenaan. Contoh: Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), perayauan dan lain-lain.
    RM199.28 (termasuk SST)
    Potongan gaji hanya terpakai kepada yuran akses bulanan pelan dan ansuran peranti. Untuk sebarang caj tambahan, pelanggan perlu membayar secara manual.
  1. Sekiranya atas apa jua sebab yang dijangka atau tidak dijangka, pelanggan menamatkan perjanjian untuk Pelan ini sebelum tamat Tempoh Kontrak, beliau tertakluk kepada penalti yang akan dikenakan oleh redONE.
  2. Sekiranya pelanggan tidak lagi berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan dalam Tempoh Kontrak dan telah hilang kehilangan kemudahan pemotongan gaji ANGKASA, beliau dikehendaki untuk terus membayar yuran bulanan Pelan Mukmin, yang mana berkenaan.
  3. Pelan ini terdiri daripada perkhidmatan mudah alih redONE mobile (“servis”) dan peranti mudah alih pintar yang dipilih (“Peranti”).
  4. Bayaran bulanan Pelan akan menjadi bayaran lengkap untuk kedua-dua Perkhidmatan dan Peranti.
  5. Pelanggan tidak dibenarkan membuat pembayaran Perkhidmatan dan pembayaran Peranti sacara berasingan.
  6. Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membenarkan sebahagian daripada gajinya dipotong sebagai bayaran pelan Mukmin158, Mukmin88 atau Mukmin188, yang akan dibayar kepada redONE. Potongan ini akan dibuat kepada Biro Perkhidmatan ANGKASA.
  7. Pelanggan mengisytiharkan bahawa dia memahami semua arahan dan peraturan yang ditetapkan dan digaris oleh Kerajaan dan ANGKASA dari semasa ke semasa berhubung dengan potongan gajinya.

Terma dan Syarat Peranti (Mukmin188)

  1. Dengan mendaftar pelan ini, pelanggan akan mendapat satu ansuran peranti pada harga seperti yang ditawarkan oleh redONE Network di laman sesawang dan bahan jualan, yang tidak termasuk semua cukai yang akan dikenakan (“Ansuran Peranti”). Anda boleh membeli dan mendaftar sehingga dua unit dengan dengan satu akaun Utama, tertakluk kepada semakan kelayakan potongan gaji anda.
  2. Pemilikan peranti – pelanggan akan memiliki peranti selepas 36 bulan.
  3. Pelanggan tidak boleh:-
  4. Menamatkan pelan ansuran peranti dalam tempoh kontrak.
  5. Port-keluar kepada pembekal perkhidmatan lain dalam tempoh kontrak
  • Menukar pelan dalam tempoh kontrak
  1. Tukar atau pindah milik dalam tempoh kontrak.
  2. Pelanggan untuk bersetuju bahawa redONE berhak untuk menuntut baki ansuran jika pelanggan ingin menamatkan kontrak. Caj baki peranti dikira seperti dibawah:
  3. 36 bulan kontrak: (Caj Ansuran Peranti x Baki Bulan Kontrak)
  4. Pelanggan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kecurian atau kerosakan pada peranti pada setiap masa dan akan terus membayar yuran ansuran untuk tempoh komitmen.
  5. Pelanggan menerima dan mengakui bahawa pemilikan peranti bukan milik pelanggan semasa tempoh komitmen. Peranti disediakan di bawah pelan ini kepada pelanggan dan pelanggan bertanggungjawab ke atas penggunaan dan keselamatan peranti. Tiada apa-apa dalam SSTC ini boleh ditafsirkan sebagai memindahkan hak milik atau pemilikan peranti kepada pelanggan melainkan dinyatakan sebaliknya. Pelanggan tidak boleh secara langsung atau tidak langsung memberi atau membenarkan orang lain untuk memberikan apa-apa kepentingan atau lien ke atas peranti itu. Pelanggan hendaklah dengan segera, dengan kos dan perbelanjaan sendiri, mengambil semua tindakan yang mungkin perlu untuk melepaskan atau menghapuskan sebarang lien sedemikian ke atas peranti dengan sewajarnya setelah mendapat pengetahuan sebenar mengenainya.
  6. Waranti adalah di bawah pengilang.
  7. Peranti tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
  8. Pelan ini tidak sah dengan mana-mana tawaran dan/atau insentif lain, yang telah atau mungkin telah ditawarkan oleh redONE di bawah sebarang tawaran lain dari semasa ke semasa.
  9. Penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat am pascabayar (“T&S”) di www.redonemobile.com.my/eng/terms-and-conditions/ (“Gen T&C”), dasar penggunaan saksama redONE di www.redonemobile.com.my/en/fair-use-policy/ (“FUP”).
  10. T&C dan T&C Am dan FUP akan dibaca bersebelahan pada setiap masa.
  11. Kami berhak tanpa liabiliti, untuk menyemak T&S ini, Pelan dan harga kami. Jika boleh dilaksanakan secara munasabah, kami akan memberi anda notis awal yang munasabah tentang perubahan tersebut dan semua versi panduan pengguna atau risalah kami yang terdahulu akan digantikan. Anda menerima bahawa anda bertanggungjawab untuk menyemak maklumat secara kerap mengenai Pelan dan Perkhidmatan di www.redonemobile.com.my, termasuk perubahan kepada Gen TC dan terma dan syarat lain yang berkenaan.
  12. Penggunaan berterusan Perkhidmatan dan/atau Pelan anda (selepas Tarikh Berkuatkuasa sebarang semakan/perubahan kepada terma dan syarat Perkhidmatan dan/atau Pelan) akan membentuk penerimaan tanpa syarat oleh anda terhadap semakan/perubahan tersebut dan anda akan terikat oleh yang sama. Jika anda tidak menerima semakan/perubahan tersebut, anda akan menamatkan Pelan dan/atau penggunaan Perkhidmatan dengan memberi kami notis dalam masa dua puluh lapan (28) hari dari tarikh Berkuatkuasa yang gagal yang anda diandaikan telah menerima perubahan tersebut.
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag

EN | BM

EN | BM