Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Perayauan

Nikmati Perantauan sepuasnya bila anda mengembara ke 123 negara dengan redONE Postpaid, hanya pada RM39 sehari! Jimat lebih lagi di Singapura, Indonesia dan Thailand hanya pada RM10 sebulan!

*Selepas kuata kelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, kelajuan internet seterusnya akan dikurangkan sehingga 64Kbps.

Nikmati perayauan sepuasnya bila anda mengembara ke 123 negara dengan redONE Postpaid, hanya pada RM39 sehari! Jimat lebih lagi di Singapura, Indonesia dan Thailand hanya pada RM10 sebulan!

*Selepas kuata kelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, kelajuan internet seterusnya akan dikurangkan sehingga 64Kbps.

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Perantauan Antarabangsa

  1. Apakah itu Perantauan Antarabangsa?

    Perantauan Antarabangsa ialah perkhidmatan yang membolehkan anda menggunakan nombor telefon anda untuk membuat dan menerima panggilan dari negara atau destinasi lain ketika anda berada di luar negara.

  2. Apakah yang patut saya lakukan jika saya ingin membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari Internet ketika saya sedang melancong di luar negara?

    Anda perlu pra-aktifkan perkhidmatan perantauan sebelum melancong ke luar negara.

  3. Bagaimanakah saya boleh aktifkan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa?

    Jika anda telah menjadi pelanggan redONE lebih dari tempoh 6 bulan, anda hanya perlu menelefon 1909 untuk bercakap dengan Khidmat Pelanggan kami untuk mengaktifkan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa sebelum melancong ke luar negara.

    Jika anda ialah pelanggan baru redONE (kurang dari 6 bulan), anda dikehendaki untuk membayar deposit tambahan (akan dikembalikan semula) sebanyak RM300 untuk mengaktifkan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa. Pembayaran deposit tambahan akan dikecualikan jika anda membawa masuk nombor Pascabayar (MNP port-in) anda dari rangkaian pembekal yang lain, dan anda pernah menggunakan perkhidmatan perantauan sebelum ini.

  4. Apakah langkah yang perlu diikuti untuk membuat panggilan atau menghantar SMS ketika saya menggunakan servis perantauan ?

    Hanya ikut langkah-langkah mudah di bawah:

    <Kod Akses Antarabangsa><Kod Negara><Kod Kawasan/Kod Rangkaian Telefon><Nombor Talian Tetap/ Bimbit>

    Contoh:
    Untuk membuat panggilan ke nombor mudah alih Malaysia (e.g. 011 1073 3663), dail +601110733663

  5. Bagaimana saya boleh tetapkan operator rangkaian secara manual dari telefon mudah alih saya?

    Untuk memilih rangkaian secara manual, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

    iPhonePergi ke:
    • Settings
    • Carrier
    • Automatic [OFF]
    • Pilih rangkaian tepat yang sesuai
    AndroidPergi ke:
    • Menu
    • Settings
    • Wireless and Networks
    • Mobile Networks
    • Network Operator
    • Pilih rangkaian tepat yang sesuai
    BlackBerryPergi ke:
    • Options
    • Networks and Connections
    • Mobile Network
    • Tekan Network Selection Mode and pilih MANUAL. Di dalam Manual Network Selection, terdapat 3 pilihan:
      1. Prompt – untuk pilihan ini, pelanggan akan diberitahu untuk bertukar apabila rangkaian yang dipilih secara manual telah berada di luar kawasan.
      2. Yes – pilihan ini membolehkan pelanggan bertukar ke rangkaian yang ada (Auto) apabila rangkaian yang dipilih secara manual berada di luar kawasan.
      3. No – pelanggan tidak akan mempunyai liputan rangkaian apabila rangkaian yang dipilih secara manual berada di luar kawasan.

    Note: Langkah-langkah ini mungkin berbeza bergantung pada jenis dan model telefon

  6. Berapakah kadar caj untuk membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari internet ketika menggunakan perkhidmatan perantauan?

    Kadar perantauan bergantung pada jenis negara dan operator yang anda pilih.

  7. Adakah terdapat waktu kemuncak/ waktu kurang sibuk untuk membuat panggilan antarabangsa?

    Tidak, kadar caj adalah standard mengikut negara dan operator yang anda pilih.

  8. Adakah saya akan dicaj jika menjawab panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perantauan?

    Ya, anda akan dicaj jika anda menjawab sebarang panggilan ketika menggunakan perkhidmatan perantauan . Caj akan berbeza bergantung pada negara yang membuat panggilan tersebut.

  9. Bolehkah saya melihat nombor pemanggil di skrin telefon mudah alih ketika saya menggunakan perkhidmatan perantauan?

    Ya, boleh.

  10. Siapakah yang perlu saya hubungi jika berlaku kes kecemasan seperti kehilangan SIM, kehilangan telefon, dan lain-lain?

    Anda dinasihatkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan kami di +603 8689 7800 untuk menggantungkan talian anda buat sementara waktu bagi mengelakkan sebarang penggunaan tanpa kebenaran.

  11. Adakah saya akan dicaj jika saya menelefon Khidmat Pelanggan redONE ketika menggunakan perkhidmatan perantauan?

    Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan perantauan Antarabangsa bergantung pada negara dan operator yang telah anda pilih.

  12. Adakah kadar Perantauan Antarabangsa ini juga diaplikasikan kepada pengguna talian tambahan?

    Ya, kadar ini akan diaplikasikan kepada semua pengguna talian tambahan yang telah mengaktifkan perkhidmatan Perantauan Antarabangsa.

  13. Adakah saya akan diberitahu tentang sebarang perubahan pada kadar Perantauan Antarabangsa?

    Perubahan kadar akan disiarkan dalam laman web kami. Sila periksa laman web kami dari masa ke semasa untuk melihat kadar dan promosi terbaru.

  1. redONE berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menentukan sama ada pelanggan layak untuk perkhidmatan perantauan antarabangsa.

  2. redONE dan pengendali rangkaian perkhidmatan telekomunikasi asing yang dilawati tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami oleh pelanggan daripada atau melalui penggantungan/ penamatan/ gangguan/ kehilangan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa atas sebab apa pun.

  3. Pelanggan perkhidmatan perantauan antarabangsa hendaklah tertakluk kepada semua terma dan syarat Perjanjian ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang difikirkan sesuai oleh redONE untuk dikenakan dari semasa ke semasa.

  4. Untuk perkhidmatan data, yuran akses bulanan pelanggan hanya meliputi penggunaan data domestik dan tidak termasuk penggunaan data di luar negara. Untuk penggunaan perkhidmatan perantauan, caj perantauan antarabangsa dikenakan.

  5. Pelanggan boleh meminta Had Kredit yang lebih tinggi dan redONE boleh memberikannya mengikut budi bicaranya tertakluk kepada syarat yang difikirkan sesuai untuk dikenakan oleh redONE.

  6. Pelanggan hendaklah menanggung dan membayar semua surcaj, tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, cukai nilai tambah, dan apa-apa caj lain, cukai, perbezaan kadar pertukaran (jika ada) atau apa-apa jumlah lain yang mungkin ditetapkan daripada redONE dari semasa ke semasa, yang ditanggung dalam menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa.

  7. redONE tidak membuat sebarang waranti atau pernyataan bahawa peralatan mudah alih pelanggan akan dapat menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa. Sebarang ketidakupayaan peralatan mudah alih pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perantauan antarabangsa tidak akan membatalkan perjanjian ini atau membatalkan, mengurangkan atau menjejaskan liabiliti pelanggan untuk mematuhi dan melaksanakan kewajipannya di sini.

  8. Pelanggan hendaklah segera melaporkan kepada redONE dan dalam apa jua keadaan dalam masa 24 jam, sebarang kehilangan atau dicuri Kad SIM atau peralatan mudah alih. Sehingga laporan sedemikian diterima oleh redONE, pelanggan akan bertanggungjawab ke atas semua caj yang ditanggung.

  9. Untuk tujuan terma dan syarat ini, sebarang rujukan kepada perkhidmatan perantauan antarabangsa hendaklah termasuk perkhidmatan perantauan data antarabangsa.

  10. Terma dan syarat tawaran ini hendaklah dibaca sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang diamalkan oleh redONE (“Terma & Syarat Utama”) yang diterima oleh Pelanggan dan akan menjadi tambahan kepada Terma & Syarat Utama. Terma dan Syarat Utama akan terus terpakai dan mengikat Pelanggan untuk tujuan promosi ini.

Perantauan Data Harian

Perantauan Data Harian

    1. Apa itu Perantauan Data Harian?

      Perantauan Data Harian membolehkan pelanggan menikmati akses internet ketika melancong ke luar negara.

Perantauan Data Harian
HargaRM39
Peruntukan Data1 GB
Tempoh Sah24 jam
Negara Layak123 negara
Pelan LayakSemua pelan pasca bayar
  1. Adakah saya perlu log masuk ke rangkaian tertentu untuk menikmati Perantauan Data Harian?

    Tidak. Anda tidak perlu log masuk ke pengendali pilihan.

  2. Adakah saya perlu mendaftar atau melanggan untuk menikmati kadar ini?

    Anda akan diaktifkan secara automatik apabila penggunaan data melebihi RM0.10 di negara yang terpilih. Sila pastikan anda HIDUPKAN Perantauan Data pada tetapan peranti anda.

  3. Adakah saya akan dimaklumkan tentang pengaktifan ini?

    Ya. Anda akan dimaklumkan melalui SMS selepas pengaktifan dan penggunaan 100%.

  4. Apakah Perantauan Data Harian Tanpa Had?

    Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengakses perkhidmatan data mudah alih apabila di luar negara menggunakan rangkaian mudah alih negara asing, tanpa perlu membayar caj perantauan data yang tinggi. Kos dihadkan pada kadar harian rata.

  5. Bagaimana jika negara yang saya tuju tiada dalam senarai negara?

    Dalam situasi ini, kadar perantauan data standard akan dikenakan dan ianya akan menjadi sangat mahal. Sebaliknya, cari lokasi di mana ada liputan WiFi percuma.

  6. Apakah blok pengecasan untuk Bayar-Bila-Guna (Pay-Per-Use)?

    Blok pengecasan adalah setiap 100 kb.

  7. Jika saya telah mencapai kuota harian saya, adakah saya masih boleh menikmati internet semasa merayau tanpa caj tambahan?

    Ya, anda boleh meneruskan penggunaan tanpa sebarang caj tambahan pada kelajuan yang dikurangkan sehingga 256 kbps sehingga pas anda tamat tempoh (FUP 700 MB).

  8. Bolehkah saya berhenti melanggan Perantauan Data Harian?

    Tidak. Perantauan Data Harian akan tamat tempoh secara automatik dalam masa 24 jam. Jika anda tidak mahu meneruskannya, sila matikan perantauan data di tetapan peranti mudah alih anda.

  9. Bolehkah saya pergi ke beberapa negara menggunakan satu langganan?

    Anda dibenarkan menggunakan langganan Perantauan Data Harian yang sama untuk beberapa negara (dalam senarai negara yang layak). Contohnya, jika anda pergi ke Singapura & Thailand dalam masa sehari, Perantauan Data Harian yang diaktifkan secara automatik di Singapura boleh digunakan di Thailand juga.

  10. Apakah negara yang layak yang diperuntukkan dengan kuota 1 GB?

    Klik pada butang yang disediakan pada halaman di atas untuk melihat senarai penuh negara yang dipilih.

Perantauan Data Harian

  1. Perantauan Data Harian RM39 baharu ini sah mulai 1 September 2024.

  2. Perantauan Data Harian ini terpakai untuk semua pelanggan redONE Postpaid baharu dan sedia ada.

  3. Pelanggan diingatkan supaya menghidupkan perantauan data untuk menikmati promosi ini.

  4. Perantauan Data Harian ialah perkhidmatan perantauan yang disertakan dengan kuota internet perantauan sehingga 1 GB pada kadar rata RM39 sehari.

    • Kuota yang diperuntukan ialah internet perantauan berkelajuan tinggi.

    • Selepas kuota berkelajuan tinggi digunakan sepenuhnya, penggunaan internet sepenuhnya akan diperlahankan sehingga 256 kbps (FUP: 700 MB).

  5. Perantauan Data Harian adalah berdasarkan zon waktu Malaysia dari 12:00 pagi hingga 11:59 malam.

  6. Perantauan Data Harian ditawarkan secara perkongsian dengan pengendali rangkaian di negara terpilih (“Operator Rangkaian Yang Mengambil Bahagian”). redONE Mobile berhak untuk memadam, menambah atau meminda senarai Operator Rangkaian di negara dipilih dari semasa ke semasa.

  7. Perantauan Data Harian ini akan diperbaharui secara automatik jika penggunaan data terus dikesan selepas 24 jam dari masa pengaktifan. Pelanggan boleh mengelakkan pembaharuan automatik dan/atau caj dengan mematikan Perantauan Data mereka.

  8. Perkhidmatan Perantauan Data Harian akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pelanggan tiba di negara asing, dan perkhidmatan Perantauan Data Harian akan terus diperbaharui secara automatik setiap 24 jam dengan caj RM39 selagi perantauan antarabangsa dihidupkan dalam peranti pelanggan.

  9. Perkhidmatan Perantauan Data Harian hendaklah digunakan di luar Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk mematuhi dan tertakluk kepada semua terma dan syarat penggunaan pada setiap masa serta terma penggunaan Operator Rangkaian Yang Mengambil Bahagian.

  10. Pelanggan tidak boleh menggunakan Perantauan Data Harian untuk penggunaan atau keuntungan komersil, penggunaan bukan peribadi atau penipuan. redONE Mobile berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa sebarang liabiliti kepada pelanggan atau mana-mana pihak ketiga, untuk memutuskan sambungan, mengganggu, menamatkan, menghalang atau menggantung perkhidmatan Perantauan Data Harian kepada pelanggan sekiranya berlaku penggunaan yang mencurigakan, aktiviti menyalahi undang-undang, penipuan yang disyaki atau sebarang aktiviti luar biasa lain yang tidak dibenarkan di bawah Terma dan Syarat ini.

  11. Jika pelanggan menyahaktifkan Perantauan Antarabangsa, tidak akan ada sebarang bayaran balik yang diberikan pada kuota Perantauan Data Harian yang tidak digunakan apabila ditamatkan pada bila-bila masa. Baki kuota internet akan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta.

redROAM10

  1. Apakah redROAM10 baharu?

    redROAM10 ialah tambahan perayauan yang memberikan anda 10GB internet berkelajuan tinggi apabila anda melancong ke Indonesia, Singapura dan Thailand pada hanya RM10 sebulan.

  2. Berapa lamakah tawaran ini?

    Tawaran ini bermula pada 1 Oktober 2025

  3. Siapa yang boleh melanggan redROAM10?

    redROAM10 ialah tambahan yang tersedia untuk pengguna Pascabayar redONE pada pelan komitmen bulanan RM38 dan ke atas.

  4. Bagaimana boleh saya melanggan pelan ini?

    Anda boleh langgan dengan mudah melalui aplikasi redONE Postpaid 1App.

  5. Bagaimana untuk saya pastikan langganan saya telah berjaya?

    Anda akan menerima notifikasi SMS apabila pas anda telah berjaya diaktifkan.

  6. Adakah saya perlu sambungkan ke rangkaian tertentu untuk menggunakan redROAM10?

    Tidak, anda tidak perlu memilih operator rangkaian secara manual. Sambungan rangkaian akan dibuat secara automatik kepada operator yang mengambil bahagian.

  7. Apa akan terjadi jika saya telah menggunakan sepenuhnya kuota saya?

    Apabila kuota data perayauan kelajuan tinggi 10GB anda telah habis digunakan, servis data perayauan akan diberhentikan. Untuk teruskan perayauan data, anda boleh menambah 1-Kali Tambahan redROAM10.

  8. Adakah saya akan mendapat notifikasi apabila redROAM10 saya telah habis digunakan?

    Ya. satu notifikasi SMS akan dihantar apabila penggunaan anda mencapai 100%.

  9. Bolehkah saya gunakan satu langganan redROAM10 di beberapa negara?

    Ya. Satu langganan redROAM10 boleh digunakan di semua negara yang terlibat (Singapura, Indonesia, dan Thailand) dalam kitaran bil yang sama. Sebagai contoh, jika anda melancong ke Singapura dan Thailand dalam bulan yang sama, pas redROAM10 yang diaktifkan di Singapura akan berfungsi dengan lancar di Thailand juga.

  10. Bagaimana jika negara yang saya lawati adalah selain Indonesia, Singapura atau Thailand?

    redROAM10 hanya sah digunakan di Singapura, Indonesia dan Thailand sahaja. Sekiranya anda menghidupkan data perayauan di negara lain, kadar Data Perayauan Harian sebanyak RM39 untuk 1GB akan dikenakan.

  11. Adakah panggilan suara dan SMS semasa roaming akan dicaj?

    redROAM10 adalah untuk kegunaan data sahaja. Penggunaan panggilan suara & SMS, panggilan dipindah ke suara & pengalihan panggilan semasa perayauan, caj perayauan standard akan dikenakan untuk servis ini.

  12. Apa akan berlaku jika saya telah dicaj untuk Perayauan Data Harian RM39 dan kemudian membeli redROAM10 pada hari yang sama?

    Kedua-dua caj akan dikenakan. Caj Perayauan Data Harian sebanyak RM39 tidak akan dikembalikan, dan Tambahan redROAM10 anda akan berkuat kuasa untuk baki tempoh kitaran bil tersebut.

  13. Apa yang perlu saya lakukan jika perayauan data saya tidak berfungsi selepas pembelian redROAM10?
    1. Sila pastikan Perayauan Data telah dihidupkan dari tetapan peranti anda.

    2. Tutup dan hidupkan semula peranti anda untuk menyegarkan sambungan.

    3. Pastikan anda dalam salah satu negara yang tersenarai (Singapura, Indonesia atau Thailand).

    4. Jika masalah masih berulang, pilih rangkaian pengendali secara manual atau hubungi Khidmat Pelanggan redONE untuk bantuan.

  14. Ada petua untuk mengelakkan bil perayauan yang tinggi?

    Ini beberapa petua membantu pengurusan kos perayauan data anda:

    1. Tutup servis mel suara untuk elakkan caj yang tidak berkenaan

    2. Matikan perayauan data sebelum tempoh tamat

    3. Hadkan aplikasi yang menggunakan banyak data semasa anda melancong

    4. Elakkan untuk membalas SMS tidak berkepentingan

  15. Boleh saya tamatkan Tambahan Ulangan Bulanan redROAM10 saya?

    Ya. Anda boleh tamatkan pada bila-bila masa melalui Khidmat Pelanggan redONE. Apabila ditamatkan, Tambahan ini tidak akan diperbaharui pada kitaran bil yang seterusnya.

Tambahan redROAM10

redROAM10
Harga:
RM10
Kuota Data:
10GB
Kelayakan Pas:
Singapura, Indonesia & Thailand
Tempoh Sah Pas:
Mengikut tarikh kitaran bil bulanan
Cara Pembelian:
redONE Postpaid 1App
  1. Tambahan redROAM10 akan tersedia untuk pelanggan bermula 1 Oktober 2025.

  2. Tambahan ini eksklusi untuk pelanggan Pascabayar redONE dengan komitmen bulanan RM38 dan ke atas.

  3. Tambahan redROAM10 menyediakan 10GB perayauan data berkelajuan tinggi untuk kegunaan di negara berikut: Singapura, Indonesia & Thailand.

  4. ini adalah pas berbilang-negara, bermakna kuoa yang sama boleh digunakan merentasi kesemua negara yang tersenarai dalam kitaran bil yang sama.

  5. redROAM10 tidak boleh dilanggan oleh kategori akaun yang berikut: 5G Home WiFi, M2M, FMS, MyFon , SME, Deskphone.

  6. Tempoh sah Tambahan ini mengikut kitaran bil bulanan pelanggan (Waktu Malaysia, GMT+8):

    1. Bermula: 12:00am Hari Pertama kitaran bil

    2. Tamat: 11:59pm pada hari terakhir bulan kalendar

  7. Setelah kuota habis digunakan, servis perayauan data akan diberhentikan. Pelanggan boleh membeli tambahan 1-Kali untuk teruskan penggunaan.

  8. Sebarang kuota data yang tidak digunakan akan dilupuskan apabila tamat tempoh, penamatan atau pembatalan Tambahan.

  9. Terdapat dua (2) pilihan langganan untuk kegunaan anda:

    1. Ulangan Bulanan – yang diperbahaui automatik pada permulaan setiap kitaran bil.

    2. Tambahan 1-Kali – yang akan tamat pada penghujung kitaran bil, tanpa mengira tarikh pembelian. Tidak akan diperbaharui automatik.

redROAM10 – Tambahan Ulangan Bulanan

  1. Tambahan Ulangan Bulanan ini akan diperbaharui secara automatik pada permulaan setiap kitaran bil, tidak perlu untuk melanggan semula.

  2. Tempoh sah untuk Tambahan Ulangan Bulanan akan mengikut kitaran bil bulanan pelanggan (Waktu Malaysia, GMT+8):

    1. Bermula: 12:00am, Hari pertama kitaran bil

    2. Tamat: 11:59pm, Hari terakhir kitaran bil

  3. Jika anda menaik taraf atau bertukar kepada pelan lain yang layak, redROAM10 anda akan diteruskan tanpa gangguan.

  4. Jika anda menurun taraf kepada pelan komitmen bulanan kurang dari RM38, Tambahan Ulangan Bulanan akan terbatal secara automatik.

  5. Pembatalan boleh dibuat pada bila-bila masa melalui Khidmat Pelanggan.

redROAM10 – Tambahan 1-Kali

  1. Tambahan 1-Kali akan tamat pada akhir kitaran bil dalam bulan ia dibeli, tanpa mengira tarikh pembelian.

  2. Yuran langganan untuk Tambahan 1-Kali redROAM10 tidak akan dipro-rata. Pelanggan akan dicaj penuh RM10 dalam bil untuk setiap pembelian yang berjaya.

  3. Pelanggan boleh membeli lebih dari satu (1) Tambahan 1-Kali dalam kitaran bil yang sama; kuota akan digabungkan.

  4. Tambahan 1-Kali tidak akan dibawa ke kitaran bil yang seterusnya. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan luput pada penghujung kitaran bil.

  5. Servis perayauan wajib diaktif sebelum pelanggan membeli pas ini.

Pemberitahuan

  1. redONE tidak memberi sebarang jaminan atau representasi bahawa peranti mudah alih pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa. Sebarang ketidakupayaan peranti pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa tidak akan membatalkan perjanjian ini atau mengecualikan, mengurangkan atau menjejaskan tanggungjawab pelanggan untuk mematuhi dan melaksanakan obligasi mereka seperti yang ditetapkan di sini.

  2. Pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa peranti mereka boleh digunakan untuk perayauan (roaming-enabled) dan serasi dengan rangkaian tempatan di negara destinasi.

  3. Perkhidmatan perayauan adalah tertakluk kepada liputan dan kualiti rakan rangkaian perayauan redONE. Kelajuan dan kestabilan rangkaian mungkin berbeza-beza bergantung kepada lokasi dan pengendali tempatan.

  4. Panggilan suara, SMS, dan penggunaan data di luar kuota 10GB akan dicaj secara berasingan berdasarkan kadar perayauan standard.

  5. Yuran langganan akan tertera dalam bil bulanan pelanggan. Tiada pemulangan akan diberikan bagi penamatan awal atau kuota yang tidak digunakan.

  6. Tambahan redROAM10 hanya boleh digunakan di luar Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta tertakluk kepada semua terma dan syarat penggunaan pada setiap masa, termasuk terma penggunaan yang ditetapkan oleh Rakan Rangkaian yang terlibat.

  7. Pelanggan tidak dibenarkan menggunakan Tambahan redROAM10 untuk tujuan komersial, bukan peribadi atau penipuan. redONE Mobile berhak pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa sebarang liabiliti kepada pelanggan atau mana-mana pihak ketiga, untuk memutuskan, mengganggu, menamatkan, menyekat atau menggantung Tambahan redROAM10 sekiranya terdapat penggunaan mencurigakan, aktiviti haram, penipuan yang disyaki, atau sebarang aktiviti luar biasa lain yang tidak dibenarkan di bawah Terma dan Syarat ini.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag

EN | BM

EN | BM