Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan pelan postpaid SWK48 baharu
dengan 250GB serta rebat RM10 untuk 6 bulan.
Lebih jimat, lebih berbaloi hanya pada RM38 sebulan!

1 5G/4G internet pantas
2 Penggunaan hotspot akan ditolak daripada kuota 5G/4G hotspot bulanan
3 Naik taraf ke pelan devicePRO untuk telefon 5G PERCUMA selepas 6 bulan langganan

BM-icons

Kunjungi kedai redONE Mobile berdekatan untuk melanggan sekarang!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami boleh menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Soalan Lazim

Pelan postpaidSWK48 Baharu

  1. Apakah pelan Postpaid baharu ini?
    Pelan Postpaid SWK48 baharu kami merangkumi kuota data bulanan berkelajuan tinggi 5G/4G. Jika anda menggunakan sepenuhnya kuota data tersebut, tiada caj tambahan akan dikenakan dan kelajuan internet anda hanya akan dikurangkan kepada 64kbps sehingga kitaran bil yang seterusnya.

    Anda juga mempunyai pilihan untuk menaik taraf pelan atau menambah talian tambahan, yang didatangkan dengan telefon percuma selepas 6 bulan langganan.
  2. Berapa lamakah tawaran ini?
    Tawaran ini bermula pada 1 Julai 2025 sehingga diberitahu kelak.
  3. Di mana saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
    Anda boleh mendaftar di mana-mana kedai atau Rakan Niaga redONE Mobile. Anda juga boleh mendaftar sendiri secara dalam talian.
  4. Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan baharu ini?
    Semua pelanggan pendaftaran baharu dan pindah-masuk nombor MNP mulai 1 Julai 2025 (kecuali korporat dan M2M).
  5. Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?

    Pelan Pascabayar

    SWK48

    Bayaran Pendahuluan

    RM48

    Yuran Pendaftaran

    RM10

  6. Bolehkah saya menggunakan data yang digabungkan untuk mencipta hotspot?
    Data yang digabungkan adalah untuk kegunaan peribadi. Jika anda memilih untuk berkongsinya melalui hotspot, penggunaan akan ditolak daripada kuota data hotspot anda.
  7. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan data hotspot?
    Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pelan SWK48 anda berjaya diaktifkan atau berjaya dialihkan masuk.
  8. Apa akan berlaku jika saya habiskan semua data hotspot saya?
    Perkongsian data akan disekat buat sementara waktu. Untuk terus berkongsi data, anda boleh membeli Booster 10GB atau Tambahan Data (Data Top-Up).
  9. Jika saya belum habiskan semua data asas dan hotspot saya, bolehkah baki kuota itu dibawa ke bulan seterusnya?
    Malangnya, kuota Internet dan Hotspot anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan dan akan luput.

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?
    redCALLialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  2. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
    Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan postpaid SWK48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan pelan postpaid SWK48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
  4. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
  5. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
  6. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
  7. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.

Terma dan Syarat

Pelan PostpaidSWK48

  1. Sah untuk pelanggan baharu dan pelanggan MNP (port-in). Pelanggan M2M tidak layak untuk pelan ini.
  2. Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Induk atau akaun Tambahan.
  3. Setiap akaun Induk dibenarkan mendaftar sehingga maksimum 6 akaun Tambahan.
  4. Yuran pendaftaran dan deposit diperlukan. Sekiranya pengguna memerlukan had kredit yang lebih tinggi, maka deposit standard diperlukan mengikut prosedur biasa.
  5. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan deposit bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.
  6. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
  7. Rebat permulaan sebanyak RM10 akan diberikan selepas pendaftaran atau port-in berjaya. Baki RM50 akan dikreditkan sebanyak RM10 sebulan untuk lima (5) kitaran bil berikutnya, dan akan ditunjukkan secara automatik dalam bil bulanan anda.
  8. Yuran akses bulanan untuk pelan SWK48 hanya merangkumi data berkelajuan tinggi yang dibundel dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia termasuk nombor talian tetap, dan tidak termasuk panggilan video serta panggilan ke nombor khas.
  9. Perkhidmatan redCALL VAS dibundel bersama pelan SWK48 dan tidak boleh dipilih secara berasingan. Caj sebanyak RM10 sebulan akan dikenakan dalam bil untuk redCALL.
  10. Data berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had yang dibundel hanya sah untuk kegunaan domestik dalam rangkaian Malaysia. Perayauan (roaming) dan IDD akan dikenakan caj mengikut kadar Pay-Per-Use (PPU).
  11. Dalam bil pertama pelan SWK48, kuota data akan diprorata berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang dibundel oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti berikut:

    Nama Pelan

    Penggunaan Data

    25% atau kurang

    Penggunaan Data

    26% atau 50%

    Penggunaan Data

    51% atau 75%

    Penggunaan Data

    76% atau lebih

    SWK48

    RM9.50

    RM19

    RM28.50

    RM28.50

  12. Sekiranya penamatan berlaku, tiada bil prorata akan dikenakan dalam bil terakhir anda; anda akan dicaj yuran komitmen penuh untuk bulan tersebut.
  13. Setelah 100% kuota data berkelajuan tinggi yang dibundel digunakan, kelajuan internet akan dihadkan kepada maksimum 64Kbps tanpa caj data tambahan walaupun penggunaan melebihi had kuota. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambahan Data (Data Top Up) bagi meneruskan pelayaran internet pada kelajuan tinggi.
  14. Pelan SWK48 TIDAK layak untuk tempoh bertenang selama 30 hari.
  15. Permintaan untuk menukar pelan kepada pelan SWK48 baharu adalah tidak dibenarkan.

redCALL

  1. Servis Tambah Nilai(VAS) redCALLmenawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan ia terpakai untuk kegunaan domestic dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan suara ke nombor khas adalah terkecuali.
  2. VAS redCALLtelah dikombokan sekali dengan pelan pascabayar BAHARU SWK48 dan tiada pilihan. RM10 bulanan akan dicaj ke dalam bil.
  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
    1. Semua panggilan domestik ke Pascabayar, Prabayar redONEdan juga rangkaian operator lain
    2. Semua panggilan domestic ke nombor talian tetap negara
  4. PanggilansuaratanpahadTIDAK TERMASUK:
    1. Panggilanke nombor1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    2. Panggilan ke nombor khas dan premium
    3. Panggilan video
    4. Panggilan IDD
  5. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada1 hari bulan setiap bulan.
  6. Jika pelanggan ingin menukarkan pelan mereka dari pelan SWK48 ke pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik melainkan pelan baharu ialah 5G Postpaid10, Amazing 28+ atau Data28.
  7. Panggilan tanda had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:
  8. Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk selain dari kegunaan panggilan peribadi dalam Malaysia
  9. Digunakan dengan panggilan peranti, perisian, atau aplikasi rerouting
  10. Digunakan dengan peranti switch yang mengekalkan panggilan aktif untuk jangka masa yang panjang
  11. Digunakan untuk panggilan serentak berganda atau panggilan persidangan
  12. Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi tele-pemasaran
  13. Digunakan secara panggilan berterusan jangka masa lama atau automatik, atau komunikasi mesin-ke-mesin.

Hotspot

  1. Data hotspot adalah kombo dengan pelan SFC48 dan bukan pilihan.
  2. Data hotspot boleh digunakan secara perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data semasa di luar negara adalah tertakluk pada caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh operator perayauan masing-masing untuk kegunaan data semasa merantau dengan rakan perayauan luar negara redONE Mobile.
  3. Data hotspot akan diperbaharui secara automatik pada 1 hari bulan pada setiap bulan.
  4. Data hotspot akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
  5. Dalam situasi di mana pelanggan ingin menukarkan pelan langganan mereka dari pelan SFC48 ke pelan lain, data hotspot akan terbatal secara automatik.
  6. Setelah mencapai 100% penggunaan data hotspot, perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Data Booster atau Tambahan Data untuk terus menggunakan perkongsian data.

Keutamaan Penggunaan Data

Keutamaan Penggunaan Data

Penggunaan Data

Pelan

Pertama

150 GB 5G/4G Data Kombo

Ke-2

Data Tambahan yang Dibeli

Ke-3

Internet Asas @64kbps

Penggunaan hotspot akan ditolak dari kuota data hotspot.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM