Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan telefon 5G PERCUMA apabila anda langgan redplanPLUS baharu dan menaik taraf pelan anda atau menambah talian selepas 6 bulan!

Dapatkan telefon 5G PERCUMA apabila anda langgan redplanPLUS baharu dan menaik taraf pelan anda atau menambah talian selepas 6 bulan!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Pelan redplanPLUS Baharu

  1. Apakah pelan Pascabayar baharu ini?

    Pelan Pascabayar baharu ini adalah dengan kuota data 5G berkelajuan tinggi setiap bulan. Tidak perlu risau tentang caj tambahan sekiranya anda habis menggunakan data—kelajuan anda hanya akan dikurangkan kepada 64kbps sehingga kitaran seterusnya.

  2. Berapa lamakah tawaran ini berlangsung?

    Tawaran ini berkuat kuasa mulai 3 Jun 2025.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?

    Anda boleh mengunjungi mana-mana kedai redONE Mobile.

  4. Siapakah yang layak melanggan pelan Pascabayar baharu ini?

    Semua warganegara Malaysia dan warga asing berumur 18 tahun ke atas layak untuk melanggan pelan ini. Ia terbuka untuk pendaftaran baharu, pertukaran pembekal nombor mudah alih (MNP port-in), dan pertukaran pelan (tidak termasuk M2M).

  5. Berapakah jumlah yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?

    Bayaran Pendahuluan untuk semua permintaan MNP Port-in akan dikecualikan. Sekiranya anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi dan tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang daripada 6 bulan, deposit diperlukan.

    Bagi warga asing, bayaran deposit adalah bersamaan dengan had kredit bulanan yang ditetapkan.

    Pelan PostpaidredplanPLUS38redplanPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10
  6. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya melanggan redplanPLUS38 atau redplanPLUS48?

    Ya, pelan baharu ini disertakan dengan kontrak selama 6 bulan. Jika anda memilih nombor premium, anda akan terikat dengan tempoh kontrak selama 24 bulan. Sekiranya anda kekal bersama redONE Mobile selama 6 bulan penuh, anda layak untuk melanggan talian tambahan atau menaik taraf pelan yang disertakan dengan peranti 5G baharu secara percuma.

  7. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan data hotspot?

    Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik selepas pelan anda berjaya diaktifkan atau berjaya diport-in.

  8. Apa yang berlaku jika saya menggunakan semua data hotspot?

    Fungsi perkongsian data akan disekat buat sementara waktu. Untuk terus berkongsi data, anda boleh membeli booster 10GB atau Tambahan Data (Data Top-Up).

  9. Jika saya tidak habis menggunakan data asas dan hotspot, bolehkah ia dibawa ke bulan berikutnya?

    Tidak, kuota Internet dan Hotspot anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan luput.

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?

    redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?

    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?

    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?

    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.

  5. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?

    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.

  6. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?

    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.

  7. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?

    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.

Fast Track Loyalty – Telefon Percuma

  1. Siapakah yang layak untuk tawaran telefon percuma?

    Hanya pelanggan talian Master dengan pelan redplanPLUS 38 atau redplanPLUS48 aktif layak untuk tawaran ini.

  2. Apa akan terjadi pada kontrak jika saya mengambil tawaran ini?

    Jika anda menerima tawaran ini dan mendaftar untuk pakej peranti talian tambahan, kontrak akaun Master anda akan diset semula dengan tempoh baharu selama 24 bulan.

    Jika anda pilih untuk naik taraf akaun Master kepada pelan kombo peranti, kontrak anda akan diset ke:

    • 24 bulan untuk devicePRO68, atau

    • 36 bulan untuk devicePRO98.

  3. Apakah kriteria untuk melayakkan tawaran ini?

    Untuk kelayakkan , pelanggan mesti memenuhi syarat berkenaan:

    • Mesti melanggan kepada pelan semasa lebih dari 6 bulan (180 hari dari tarikh daftar pelan asal atau pindah masuk MNP berjaya).

    • Mesti merupakan pembayar yang baik tanpa sebarang sekatan atau penggantungan dalam tempoh 3 bulan yang terkini. Talian Master dan mana mana talian tambahan mesti berada dalam status aktif. Sebarang penggantungan atau sekatan akan membatalkan kelayakan.

    • Talian Master tidak didalam kontrak.

    • Tidak boleh ada sebarang pakej peranti berkontrak yang masih aktif di bawah mana mana Loyalty Project, sama ada untuk talian Master atau talian tambahan.

    • Tiada tunggakan bayaran pada bil semasa untuk talian Master dan semua akaun yang berkait dengan NRIC yang sama.

    • Hanya talian yang berjaya aktif layak untuk menerima telefon percuma.

  4. Bolehkah saya naik atau turun taraf pelan saya selepas mengambil tawaran ini?

    Tidak. Naik atau turun taraf pelan tidak dibenarkan selepas akaun master mengambil tawaran ini.

  5. Adakah terdapat sebarang pengecualian untuk program ini?

    Ya . Korporate, M2M dan warga asing tidak layak untuk tawaran ini.

Pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48

    redplanPLUS38redplanPLUS48
    Komitment Bulanan:
    RM38
    Komitment Bulanan:
    RM48
    Kuota Internet:
    130GB 5G/4G
    Kuota Internet:
    150GB 5G/4G
    Panggilan:
    Tanpa Had
    Panggilan:
    Tanpa Had
    Hotspot:
    50GB 5G/4G
    Hotspot:
    100GB 5G/4G
    Jumlah Data:
    180GB
    Jumlah Data:
    250GB
  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda di dalam bil bulanan.

  2. Yuran akses bulanan untuk pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 hanya untuk kombo data berkelajuan tinggi, data hotspot dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan ke nombor khas.

  3. Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran diperlukan. Bayaran Pendahuluan untuk pelanggan port-masuk MNP dikecualikan. Bayaran pendahuluan yang diambil akan digunakan untuk ditolak dari bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar lebihan baki dari bil bulan pertama.

    Pelan PostpaidredplanPLUS38redplanPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10
  4. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warga negara Malaysia akan dikenakan pendahuluan bersamaan dengan had kredit bulanan masing-masing.

  5. redCALL disertakan dengan pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 dan ianya bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke bil anda untuk redCALL.

  6. Data kombo, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semuarangkaianadalahterpakaiuntukkegunaandomestikdalamrangkaianMalaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Bayar-Ikut-Penggunaan (PPU).

  7. Dalam bil pertama pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48, data kombo data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    redplanPLUS38RM7RM14RM21RM28
    redplanPLUS48RM9.50RM19RM28.50RM38
  8. Setelah 100% penggunaan kombo data kelajuan tingi, penggunaan seterusnya akan diambil dari internet asas anda pada kelajuan 64kbps. Pelanggan boleh membeli Data Tambahan untuk terus melayari internet pada kelajuan tinggi.

  9. Permohonan pertukaran pelan kepada pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 adalah tidak dibenarkan.

redCALL

  1. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.

  2. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah bergabung dengan pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 BAHARU dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.

  3. Panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mudah alih lain

    • Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan

  4. PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC

    • Panggilan ke nombor khas dan premium

    • Panggilan video

    • Panggilan IDD

  5. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1hb bulan.

  6. Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan berlangganan dari pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 ke pelan lain, langganan kepada redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baru adalah Amazing8, Amazing28+ atau Data28.

  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:

    • Dijual, disewakan, atau digunakan dalam apa jua cara selain daripada individu membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia.

    • Digunakan untuk pengalihan panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi).

    • Digunakan untuk menetapkan peranti sambungan yang boleh mengekalkan talian terbuka secara berjam-jam.

    • Digunakan untuk beberapa panggilan serentak dan panggilan persidangan.

    • Digunakan untuk pusat panggilan dan pemasaran telefon.

    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh yang panjang, penggilan automatik, dan komunikasi mesin ke mesin.

Hotspot

  1. Data hotspot adalah kombo dengan pelan BAHARU redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 dan bukan pilihan.

  2. Data hotspot boleh digunakan secara perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data semasa di luar negara adalah tertakluk pada caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh operator perayauan masing-masing untuk kegunaan data semasa merantau dengan rakan perayauan luar negara redONE Mobile.

  3. Data hotspot akan diperbaharui secara automatik pada 1hari bulan pada setiap bulan.

  4. Data hotspot akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.

  5. Dalam situasi di mana pelanggan ingin menukarkan pelan langganan mereka dari redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 BAHARU ke pelan lain, data hotspot akan terbatal secara automatik.

  6. Setelah mencapai100% penggunaan data hotspot, perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Data Booster atau Tambahan Data untuk terus menggunakan perkongsian data.

Keutamaan Penggunaan Data

    KeutamaanPenggunaan Data
    PelanredplanPLUS38redplanPLUS48
    PertamaPembelian redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSICPembelian redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC
    Ke-2130GB 5G/4G Data Kombo150GB 5G/4G Data Kombo
    Ke-3Pembelian Tambahan DataPembelian Tambahan Data
    Ke-4Internet Asas@64kbpsInternet Asas@64kbps
  1. Penggunaan hotspot akan ditolak dari kuota kombo data hotspot 5G/4G.

Fast Track Loyalty – Telefon Percuma

Pelanggan talian Master dengan kriteria berikut:

  1. Pelan Akaun Master: redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 sahaja

    • Tempoh langganan melebihi 6 bulan (180 hari dari tarikh mula daftar pelan asal atau tarikh pindah-masuk MNP berjaya)

    • Good pay master (Talian tidak disekat atau digantung dalam tempoh3 bulan terkini)

    • Talian Master dan tambahan mestilah dalam mod aktif. Sebarang bentuk penggantungan atau sekatan adalah tidak dibenarkan

    • Tidak di dalam tempoh kontrak

    • Talian master atau tambahan tidak di dalam kontrak Loyalty Project Device Bundle.

  2. Tiada bayaran tertunggak pada bil semasa untuk semua akaun master yang berkait dengan NRIC yang sama.

  3. Hanya talian yang berjaya naik taraf pelan layak untuk menerima telefon pintar percuma.

  4. Pelanggan akaun Master yang mengambil tawaran ini, kontrak akaun Master akan di set semula ke 24 bulan atau 36 bulan.

  5. Pengebilan individu tidak dibenarkan.

Program Loyalty Device

  1. Talian Master tidak dibenarkan menurun/menaiktaraf pelan selepas mengambil tawaran ini selagi mana dalam tempoh kontrak.

  2. Korporat, M2M dan warga asing tidak di benarkan untuk program ini.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM