Pelan Mukmin
- Apakah itu Pelan Mukmin?
Pelan Mukmin Baharu direka khusus untuk kakitangan kerajaan. Mukmin 58 dan Mukmin 88 menawarkan kombo peranti percuma, manakala Mukmin 188 ialah program pemilikan peranti yang menawarkan peranti dengan ansuran tanpa faedah (0%) selama tempoh 36 bulan.
- Berapa lama tawaran ini?
Tawaran ini efektif bermula 3 November 2025.
- Siapakah yang boleh mendaftar dengan pelan Mukmin baharu ini?
Pelanggan yang layak ialah individu yang bekerja dalam sektor kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Terbuka untuk pelanggan berumur diantara lapan belas (18) dan lima puluh dua (52) tahun.
- Dimana boleh saya daftarkan pelan ini?
Sila kunjungi cawangan atau rakan niaga redONE kami.
- Berapa yang perlu saya bayar semasa pendaftaran?
Yuran Pendaftaran sebanyak RM50 diperlukan semasa pendaftaran.
- Saya ialah kakitangan kerajaan dan sekarang melanggan pelan postpaidPLUS38. Boleh saya naik taraf ke pelan Mukmin?
Pelan Mukmin baharu tersedia eksklusif untuk pendaftaran baharu. Pelanggan digalakkan untuk melanggan dengan nombor baharu atau port-masuk nombor dari rangkaian lain untuk mendaftar pelan Mukmin.
- Apakah syarat utama untuk program ini?
Bayaran bulanan dibuat melalui potongan gaji ANGKASA, dan pelan ini layak untuk penjawat awam yang jumlah potongan gajinya tidak melebihi 60% daripada pendapatan tetap.
- Apa akan terjadi jika saya menamatkan talian dalam tempoh kontrak 36 bulan?
Jika anda batalkan pelan Mukmin sebelum tempoh kontrak 36 bulan tamat, penalti adalah seperti berikut:
- Mukmin 58 – RM860
- Mukmin 88 – RM1,550
- Mukmin 188 – RM28 + RM100 x baki bulan kontrak
- Berapakah jumlah potongan gaji bulanan untuk pelan Mukmin?
Pemotongan gaji adalah seperti berikut:
| Pelan | Mukmin 58 | Mukmin 88 | Mukmin 188 |
| Jumlah pemotongan gaji | RM61.48 | RM93.28 | RM199.28 |
- Saya kini melanggan pelan Mukmin 58 dengan potongan gaji RM61.48. Apa akan berlaku jika saya membeli data tambahan? Adakah bayaran akan ditolak daripada gaji saya atau saya perlu membayarnya sendiri?
Potongan gaji adalah jumlah tetap. Jika anda membeli data tambahan dalam aplikasi redONE 1App, anda harus membayarnya manual sendiri.
Takaful Hong Leong MSIG
- Apakah produk ini?
Ini adalah takaful kemalangan peribadi komprehensif yang boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kemalangan dan punca semula jadi. - Apakah Konsep Shariah yang terpakai?
- Tabarru’ – Bahagian tertentu Sumbangan yang Peserta bersetuju untuk menderma apabila berlakunya perkara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali yang membolehkannya memenuhi kewajipannya untuk saling membantu serta jaminan bersama sekiranya mana-mana rakan Pesertanya mengalami kerugian yang jelas di mana sumbangannya adalah bertujuan untuk membantu orang lain dan derma orang lain bertujuan untuk membantunya.
- Iltizambi Al-Tabarru’ – komitmen untuk bertabarru’.
- Wakalah – pada asasnya hubungan ejen-prinsipal di mana Pengendali bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali memperoleh Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan.
- Ju’alah – perjanjian di mana Peserta berjanji untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan PRF yang membawa kepada lebihan PRF.
- Bolehkah saya membatalkan atau menamatkan sijil saya?
Sijil ini disertakan dengan pelan Mukmin anda. Ia adalah faedah yang diberikan kepada anda sehingga anda menamatkan langganan pelan Mukmin anda. - Apakah yang perlukah saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada butiran perhubungan saya?
Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada pemegang sijil utama tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. - Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
Perlindungan adalah tertakluk pada Had Perlindungan Percuma seperti dalam Sijil Utama dan bayaran sumbangan oleh pemegang sijil utama. Notifikasi tuntutan adalah tertakluk kepada ‘Sunset Clause’ seperti tertera di sijil utama.
Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini. - Bilakah perlindungan insurans diaktifkan?
Perlindungan takaful akan berkuat kuasa serta-merta selepas mendaftar tetapi untuk penyakit sedia ada, akan ada tempoh menunggu selama 12 bulan. Kematian akibat sebab-sebab semula jadi hanya dilindungi pada bulan 13 dan seterusnya.
Nota: Untuk penyakit sedia ada, ia akan berdasarkan laporan pegawai perubatan apabila pelanggan ingin mengemukakan tuntutan kematian.
- Apakah perlindungan/ faedah yang disediakan?
Perlindungan/faedah diringkaskan seperti di bawah:
| Faedah | Jumlah perlindungan peserta |
| Kematian (Punca Semula Jadi) | RM 2,500.00 |
| Kematian (Punca Kemalangan) | RM 12,500.00 |
Nota:Tempoh perlindungan untuk satu tahun. Sijil utama perlu diperbaharui setiap tahun.
- Apakah pengecualian utama di bawah sijil ini?
Tiada manfaat kematian akan dibayar jika:- Peserta/orang yang dilindungi membunuh diri dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan tanpa mengira kecenderungan mentalnya semasa kejadian.
- Kematian akibat Keadaan Sedia Ada melainkan pada masa kematian, peserta/individu tersebut telah dilindungi melebihi daripada dua belas (12) bulan dari tarikh perlindungan berkuat kuasa.
- Peserta/orang yang dilindungi meninggal dunia akibat Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) atau penyakit jangkitan seksual (STD) yang lain.
Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.
- Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur tuntutan?
Proses tuntutan adalah dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima. - Adakah terdapat sebarang salinan bercetak untuk pengesahan perlindungan takakful?
Tiada sijil individu akan diberikan kerana sijil Utama akan diberikan kepada redONE. Jika anda memerlukan sebarang maklumat, anda boleh menghubungi pengendali takaful anda untuk bantuan lanjut. - Akaun saya digantung. Adakah saya masih layak untuk mendapatkan perlindungan takaful?
Perlindungan takaful berkuatkuasa kecuali jika kami tidak menerima sebarang bayaran selama 2 bulan atau sijil telah luput. - Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan?
Pelanggan perlu hubungi pihak Hong Leong MSIG Takaful untuk proses tuntutan:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
Level 5, Tower B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.Telephone: +603 7650 1800
Facsimile: +603 7620 6730
Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Website: https://www.hlmsigtakaful.com
- Jika saya melanggan dua pelan Mukmin, boleh saya membuat tuntutan untuk kedua-dua langganan?
Anda cuma boleh menuntut SATU langganan sahaja walaupun anda mempunyai dua pelan Mukmin. Langganan kedua anda akan dikecualikan dari faedah Hong Leong MSIG Takaful. - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang pelan ini, sila rujuk maklumat takaful atau anda boleh mendapatkan salinan daripada pemegang sijil utama. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di:
Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
Level 5, Tower B, PJ City Development,
No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.Telephone: +603 7650 1800
Facsimile: +603 7620 6730
Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
Website: https://www.hlmsigtakaful.com
redCALL
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak, redCALLakan diaktifkan secara automatik selepas pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
- Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
- Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
- Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
- Apakah yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
Panggilan tanpa had termasuk:
• Panggilan ke semua nombor mudah alih di Malaysia (termasuk redONE Postpaid & Prepaid).
• Panggilan ke semua nombor talian tetap di Malaysia.
- Apakah yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
Perkara berikut tidak termasuk:
• Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
• Panggilan ke nombor premium dan kadar khas.
• Panggilan video.
• Panggilan antarabangsa (IDD).
- Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan untuk panggilan tanpa had?
Ya, panggilan tanpa had ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak boleh digunakan untuk:
Jual semula, disewa, atau tujuan komersial.
• Peranti, perisian, atau auto dialer bagi penghalaan semula panggilan.
• Pusat panggilan, telepemasaran, atau panggilan persidangan.
• Komunikasi berterusan, automatik, atau mesin ke mesin.
Hotspot
- Apaka data hotspot dan adakah ia termasuk dalam pelan Mukmin saya?
Ya, data hotspot dikombokan dengan pelan dan tidak dapat dikeluarkan.
- Adakah data hotspot saya akan diperbaharui setiap bulan?
Ya, ia akan diperbaharui automatik pada 1 hari bulan setiap bulan.
- Boleh saya kecualikan data hotspot jika saya tidak memerlukannya?
Tidak, data hotspot adalah ciri bukan-pilihan yang dikombokan dengan pelan Mukmin58, Mukmin88 dan Mukmin188.
- Jika saya masih ada data utama yang tidak digunakan, boleh saya gunakan data tersebut untuk hotspot atau tethering?
Data hotspot didatangkan dengan kuota tersendiri. Data bulanan utama anda tidak boleh digunakan untuk perkongsian atau tethering — hanya data hotspot sahaja diperuntukkan untuk kegunaan tersebut.
- Apa akan terjadi jika saya gunakan semua data hotspot saya?
Apabila kuota data hotspot anda telah habis digunakan, perkongsian data akan disekat.
- Apa akan terjadi pada data hotspot jika saya menukarkan pelan?
Jika anda menukar pelan, data hotspot anda akan ditamatkan secara automatik.