Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

LEBIH nilai untuk anda dengan redplanPLUS! Miliki telefon 5G
PERCUMA apabila anda melanggannya dan menaik taraf pelan
anda atau menambah talian selepas 6 bulan
!

LEBIH nilai untuk anda dengan redplanPLUS! Miliki telefon 5G PERCUMA apabila anda melanggannya dan menaik taraf pelan anda atau menambah talian selepas 6 bulan!

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Disediakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Pelan redplanPLUS Baharu

  1. Apakah pelan Pascabayar baharu ini?
    Pelan Pascabayar baharu ini merangkumi kuota data 5G/4G berkelajuan tinggi setiap bulan. Tidak perlu risau tentang caj tambahan sekiranya anda habis menggunakan data—kelajuan anda hanya akan dikurangkan kepada 64kbps sehingga kitaran seterusnya. Tambahan juga, anda boleh naik taraf pelan anda atau menambah talian tambahan dan nikmati telefon PERCUMA selepas 6 bulan langganan aktif.

  2. Berapa lamakah tawaran ini berlangsung?
    Tawaran ini berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
    Sila kunjungi mana-mana kedai atau rakan niaga redONE Mobile. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar secara dalam talian pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda.

  4. Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan pascabayar baharu ini?
    Semua warga Malaysia dan warga asing berumur atas 18 tahun boleh mendaftar pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu dan pindah-masuk nombor (MNP). (M2M terkecuali).

  5. Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?
    Pelan PascabayarredplanPLUS38redplanPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10

    Bayaran pendahuluan untuk permintaan port-masuk talian (MNP) dikecualikan.
    Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan bagi tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang dari 6 bulan.
    Jika anda warga asing, anda dikehendaki membayar deposit bersamaan dengan had kredit bulanan anda.

  6. Boleh saya gunakan kombo data untuk kegunaan hotspot?
    Ya, anda boleh menggunakan untuk perkongsian hotspot.

  7. Jika saya tidak menghabiskan data bulanan saya, bolehkah baki kuota data yang tidak digunakan dibawa ke bulan hadapan?
    Kuota Internet anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan luput.

  8. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika mendaftar pada pelan ini?
    Ya, pelan ini terikat dengan 6 bulan kontrak. Namun, jika anda mengambil nombor premium anda akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan.

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?
    redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 anda berjaya diaktifkan atau diport-masuk.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik dalam Malaysia sahaja.

  5. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.

  6. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.

  7. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.

  8. Apa yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
    Panggilan tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke semua nombor mudah alih Malaysia (termasuk Pascabayar & Prabayar redONE).
    • Panggilan ke nombor talian tetap di Malaysia.

  9. Apa yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
    Berikut adalah pengecualian:
    • Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
    • Panggilan ke nombor premium dan nombor kadar khas.
    • Panggilan video.
    • Panggilan antarabangsa (IDD).

  10. Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan?
    Ya, panggilan tanpa had adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Ia tidak boleh digunakan:
    • Dijual semula, disewa atau tujuan komersial.
    • Panggilan rerouting dengan peranti, perisian atau auto dail.
    • Pusat panggilan atau pemasaran melalui telefon atau panggilan persidangan.
    • Panggilan berterusan, dial automatik dan komunikasi mesin ke mesin.

Fast Track Loyalty – Telefon Percuma

  1. Siapakah yang layak untuk tawaran telefon percuma?
    Hanya pelanggan talian Master dengan pelan redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 aktif layak untuk tawaran ini.

  2. Apa akan terjadi pada kontrak jika saya mengambil tawaran ini?
    1. Jika anda menerima tawaran ini dan mendaftar untuk pakej peranti talian tambahan, kontrak akaun Master anda akan diset semula dengan tempoh baharu selama 24 bulan.
    2. Jika anda pilih untuk naik taraf akaun Master kepada pelan kombo peranti, kontrak anda akan diset ke:
      • 24 bulan untuk devicePRO68, atau
      • 36 bulan untuk devicePRO98.

  3. Apakah kriteria untuk melayakkan tawaran ini?
    Kriteria kelayakan:
    • Tempoh minima 6 bulan pada pelan semasa (180 hari dari tarikh daftar atau port-masuk MNP berjaya).
    • Tiada sebarang sekatan atau penggantungan dalam tempoh 3 bulan yang terkini; talian Master dan mana-mana talian tambahan mesti aktif.
    • Talian Master tidak di bawah kontrak.
    • Tidak ada pakej peranti berkontrak yang masih aktif di bawah mana-mana Loyalty Project.
    • Tiada tunggakan bayaran untuk semua akaun yang berkait dengan NRIC yang sama.
    • Hanya talian yang berjaya aktif layak untuk menerima telefon percuma.

  4. Bolehkah saya naik atau turun taraf pelan saya selepas mengambil tawaran ini?
    Tidak. Naik atau turun taraf pelan tidak dibenarkan selepas akaun master mengambil tawaran ini.

  5. Adakah terdapat sebarang pengecualian untuk program ini?
    Ya. Pelanggan Korporat, M2M dan warga asing tidak layak untuk tawaran ini.

Pelan redplanPLUS

Perincian PelanredplanPLUS38redplanPLUS48
Akses BulananRM38RM48
Bayaran PendahuluanRM38 (Dikecualikan untuk port-masuk MNP)RM48 (Dikecualikan untuk port-masuk MNP)
Yuran PendaftaranRM10RM10
Data Kelajuan Tinggi (5G/4G)180GB+250GB+
Data Hotspot (5G/4G)Dikongsi dari kuota bulananDikongsi dari kuota bulanan
Kombo VAS – redCALLPanggilan tanpa had ke semua rangkaian
Kadar SMSRM0.05/SMS (Ke semua pengguna redONE Mobile)
RM0.10/ SMS (Ke pengguna rangkaian lain)
MMSRM0.20/MMS
Tempoh Kontrak6 bulan / 24 bulan (nombor Premium)
Bil InternetPERCUMA

Denda Pembatalan Awal

Nombor Biasa (Bayaran Pendahuluan)
Kategori 0 (RM0)
RM100
Nombor Premium (Bayaran Pendahuluan)
Kategori 1 & 2 (RM300, RM800)
RM38 x baki bulan kontrakRM48 x baki bulan kontrak
Nombor Premium (Bayaran Pendahuluan)
Kategori 3, 4 & 5 (RM1,500, RM3,000, RM5,000)
RM98 x baki bulan kontrak
  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.

  2. Yuran akses bulanan untuk pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan suara ke nombor khas.

  3. Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran diperlukan. Bayaran Pendahuluan untuk pelanggan port-masuk MNP dikecualikan. Bayaran Pendahuluan yang dibayar akan ditolak dari bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar lebihan baki dari bil bulan pertama.
    Pelan PascabayarredplanPLUS38redplanPLUS48
    Bayaran PendahuluanRM38RM48
    Yuran PendaftaranRM10RM10
  4. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dicaj deposit bersamaan dengan had kredit bulanan mereka.

  5. redCALL adalah kombo bersama dengan pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 dan bukan pilihan. RM10 setiap bulan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.

  6. Data kombo dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian adalah terpakai untuk kegunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Bayar-Ikut-Penggunaan (PPU).

  7. Dalam bil bulan pertama redplanPLUS38 dan redplanPLUS48, data kombo akan dipro-rata berdasarkan pada penggunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata adalah seperti di bawah:
    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    redplanPLUS38RM7RM14RM21RM28
    redplanPLUS48RM9.50RM19RM28.50RM38
  8. Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tingi, penggunaan seterusnya akan diambil dari internet asas pada had kelajuan 64kbps. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari internet pada kelajuan tinggi.

  9. Jika berlaku pembatalan, tidak akan ada sebarang pro-rata bil pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan yuran komitmen bulanan penuh.

 

redCALL

  1. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.

  2. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah digabung dengan pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.

  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Semua panggilan domestik ke Pascabayar dan Prabayar redONE dan rangkaian mudah alih lain
    • Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan

  4. PANGGILAN TERKECUALI dari panggilan suara tanpa had termasuk:
    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    • Panggilan ke nombor khas dan premium
    • Panggilan Video
    • Panggilan IDD

  5. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1 haribulan setiap bulan.

  6. Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganannya daripada redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 kepada pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik kecuali jika pelan baharu tersebut ialah Amazing28+ atau Data28.

  7. Panggilan tanpa had melalui redCALL adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Ia TIDAK boleh:
    • Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk tujuan selain panggilan peribadi dalam Malaysia
    • Digunakan untuk panggilan rerouting (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
    • Digunakan dengan peranti suis yang mengekalkan talian terbuka untuk tempoh masa yang panjang
    • Digunakan untuk panggilan serentak berbilang atau panggilan persidangan
    • Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi telepemasaran.
    • Digunakan untuk panggilan jangka panjang atau automatik, atau komunikasi antara mesin (M2M).


Fast Track Loyalty – Telefon PERCUMA

  1. Pelan redplanPLUS memberikan pelanggan yang layak dengan pilihan Trek Pantas untuk naik taraf kepada Loyalty Master Line atau tambah talian tambahan Loyalty Supplementary Line.

  2. Pelanggan talian Master dengan kriteria berikut layak untuk Fast Track Loyalty:
    • Pelan Akaun Master: redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 sahaja
    • Tempoh langganan melebihi 6 bulan (180 hari dari tarikh mula daftar pelan asal atau tarikh pindah-masuk MNP berjaya)
    • Good pay master (Talian tidak disekat atau digantung dalam tempoh3 bulan terkini)
    • Talian Master dan tambahan mestilah dalam mod aktif. Sebarang bentuk penggantungan atau sekatan adalah tidak dibenarkan
    • Tidak di dalam sebarang tempoh kontrak
    • Talian master atau tambahan tidak di dalam kontrak Loyalty Project Device Bundle

  3. Semua akaun Talian Master berdaftar di bawah NRIC yang sama haruslah tidak mempunyai sebarang tunggakan atau bayaran belum dijelaskan sewaktu permohonan.

  4. Hanya talian yang berjaya dinaik taraf layak untuk menerima telefon percuma.

  5. Pelanggan akaun Master yang mengambil tawaran ini, kontrak akaun Master akan di set semula ke:
    • 24 bulan (xdevicePRO68) atau
    • 36 bulan (xdevicePRO98)

  6. Pengebilan individu tidak dibenarkan.

  7. Akaun Master tidak dibenarkan untuk turun/naik taraf pelan selepas mengambil tawaran ini.

  8. Korporat, M2M dan warga asing TIDAK dibenarkan untuk program ini.

EN  |  BM

EN  |  BM