Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Kekal berhubung dengan internet tanpa henti dan dapatkan ganjaran Tingkat
Aset Emas (GAEX20) setiap bulan dengan pelan eksklusif QM Mobile!

Klik video panduan di bawah untuk
mendaftar dan mengaktifkan kad SIM anda dengan mudah!

Mendaftar Nombor Telefon Baharu:

Mengekalkan Nombor Telefon Sedia Ada:

* Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami boleh menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

QM Mobile

  1. Pelan ini adalah berkenaan apa?

    Pelan ini memberi ganjaran berbentuk GAEx20 apabila anda melanggan ke pelan postpaid QM Mobile.

  2. Saya pengguna redONE, bagaimana boleh saya menukar ke pelan QM Mobile?

    Anda tidak menukar ke pelan QM Mobile. Anda dikehendaki mendaftarkan nombor baharu atau port-masuk daripada pembekal telekomunikasi lain menggunakan nombor sedia ada anda untuk melanggn pelan ini.

  3. Bolehkah saya mendaftar jika saya telah disenaraihitam oleh pembekal telekomunikasi/telco lain?

    Ya. Anda boleh mendaftar selagi anda tidak mempunyai sebarang bayaran tertunggak dengan redONE.

  4. Jika saya ingin mengekalkan nombor sedia ada dari pembekal telco lain, adakah saya perlu menunggu pengesahan dari telco tersebut?

    Ya, anda boleh mengekalkan nombor sedia ada. Setelah selesai membuat pendaftaran, anda akan menerima SMS daripada pembekal telco lain dan anda perlu membalas SMS tersebut dengan segera untuk melengkapkan pendaftaran.

  5. Bagaimana untuk mendapatkan kad SIM baru?

    Anda boleh mendapatkan kad SIM daripada ketua kumpulan QM atau HQ QM yang memperkenalkan pelan ini kepada anda.

  6. Adakah saya perlu menukar ke kad SIM baharu selepas pendaftaran?

    Untuk pendaftan nombor baru, anda boleh menggunakan kad Sim selepas 15 minit. Jika anda port-masuk dari pembekal telco lain menggunakan nombor sedia ada anda, anda perlu membalas SMS yang akan dihantar daripada pembekal telco sedia ada anda. Anda boleh menukar ke kad SIM redONE baharu sebaik sahaja tiada lagi liputan.

  7. Adakah warga asing dibenarkan untuk melanggan pelan ini?

    Tidak. Warga asing tidak dibenarkan untuk melanggan pelan ini.

  8. Adakah saya akan terikat dengan kontrak?

    Tidak. Namun, jika ada menggunakan nombor premium anda akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan.

  9. Adakah pelan ini perlu didaftarkan melalui ejen redONE agents?

    Tidak. Anda boleh mendaftar melalui ahli QM yang juga merupakan ejen secara automatic. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada ketua QM atau HQ mereka.

  10. Saya bukan ahli QM. Bolehkah saya melanggan untuk pelan ini?

    Tidak. Anda perlu menjadi ahli QM untuk mendaftar pelan ini.

  11. Saya pengguna talian tambahan telco lain. Adakah boleh untuk saya mengguna untuk mendaftar pelan QM Mobile?

    Tidak, pengguna talian tambahan tidak layak untuk mendaftar pelan ini. Namun, anda boleh mendaftar pelan QM Mobile menggunakan nombor baharu.

  12. Berapakah bayaran bulanan untuk pelan ini?

    Pelan ini menyediakan Data Hotspot 30 GB dan FUP 100 GB @6Mbps dengan bayaran bulanan RM50 sahaja.

  13. Apa akan jadi sekirannya saya habis menggunakan kuota internet 130 GB saya?

    Setelah kuota internet bulanan 130 GB anda habis digunakan, penggunaan data akan dikurangkan ke maksimum @64kbps. Anda boleh membeli data tambahan melalui aplikasi redONE 1App atau dengan mendail *123#.

  14. Apakah yang akan terjadi jika saya terlupa membuat bayaran bil atau berhenti melanggan pelan ini?

    Anda mungkin tidak mendapat ganjaran GAE.

  15. Bagaimana boleh saya dapatkan ganjaran GAEX20 dengan pelan ini?

    Jika anda membayar bil bulanan anda sebelum 21 haribulan setiap bulan, anda akan menerima GAEX20 pada bulan berikutnya.

  16. Bagaimana saya boleh buat pembayaran untuk pelan ini?

    Anda boleh membuat pembayaran seperti di bawah:

    • redONE 1App (Debit Terus)
    • Log masuk redONE Selfcare di redONEMobile.com.my
    • e-Dompet : Touch ‘n Go, Boost, GrabPay
    • JomPAY perbankan internet atau mudah alih (Kod Bil: 8607)
    • Peniaga runcit melalui ePay, MOL, Mobile Money, Razer dan ATX
    • Maybank ATM, CDM dan Maybank2U
    • Cawangan redONE, ejen, POS Malaysia, 7-Eleven atau mana-mana kiosk bayaran Celcom

  17. Bagaimana cara untuk saya menamatkan langganan ke pelan ini?

    Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami untuk menamatkan langganan anda.

  18. Adakah terdapat sebarang syarat untuk menjadi ahli QM?

    Individu yang telah disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mendaftar sebagai ahli QM.

redCALL

  1. Apa itu redCALL?

    redCALL ialah Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan penggunaan suara tinggi membuat panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redCALL?

    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik setelah pelan QM Mobile anda berjaya dialihkan masuk.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya menamatkannya?

    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redCALL. Ia disertakan dengan pelan QM Mobile untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan suara tanpa had ke semua rangkain sah untuk panggilan yang dibuat semasa saya dalam perayauan?

    Panggilan suara tanpa had ini sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.

  5. Adakah panggilan suara tanpa had termasuk panggilan ke talian tetap cth. nombor 03?

    Ya. Panggilan suara tanpa had termasuk semua panggilan domestic ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas dikecualikan.

  6. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan suara tanpa had?

    Ya, Polisi Penggunaan Adil selama 100 jam sebulan adalah terpakai.

  7. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk panggilan tanpa had?

    Anda boleh terus menghubungi nombor rangkaian lain pada RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.

redDATA

  1. Apakah redDATA yang baharu?

    VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data@6Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.

  2. Adakah saya perlu mengaktifkan/ melanggan redDATA?

    Tidak, redDATA akan diaktifkan secara automatik apabila pelan postpaid QM Mobile anda berjaya diaktifkan atau berjaya dialihkan masuk.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redDATA. Bolehkah saya menamatkannya?

    Tidak, anda tidak boleh menamatkan perkhidmatan redDATA. Ia disertakan dengan pelan postpaid QM Mobile untuk anda menikmati data tanpa had untuk semua penggunaan data.

  4. Adakah terdapat Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?

    Ya, Dasar Penggunaan Adil sebanyak 100GB sebulan adalah terpakai.

  5. Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Dasar Penggunaan Adil untuk data tanpa had?

    Penggunaan data seterusnya akan diperlahankan kepada maksimum 64kbps.

  6. Untuk apa saya boleh menggunakan data Tanpa Had?

    Data Tanpa Had boleh digunakan untuk SEMUA penggunaan pada telefon pintar anda – menyemak imbas web, penstriman video, sembang sosial, dsb., dan anda boleh menggunakannya pada kedua-dua rangkaian 3G/4G.

  7. Bilakah saya boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA?

    Anda boleh menggunakan kuota data tanpa had redDATA pada bila-bila masa.

  8. Apakah kelajuan data tanpa had untuk redDATA?

    Kelajuan penstriman redDATA dihadkan pada kelajuan 6Mbps.

  9. Bolehkah saya menikmati Data Tanpa Had apabila saya berada di luar negara?

    Tidak, Data Tanpa Had tersedia untuk kegunaan domestik sahaja. Caj perayauan standard dikenakan untuk penggunaan data semasa perayauan di luar negara.

  10. Adakah saya dibenarkan untuk berkongsi data redDATA Tanpa Had saya dengan peranti lain melalui hotspot mudah alih?

    Data Unlimited dimaksudkan untuk kegunaan peribadi pada telefon pintar anda sahaja.

QM Mobile

  1. Pelan QM Mobile hanya boleh dilanggan oleh ahli QM yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

  2. Semua harga yang dipamerkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda dalam bil bulanan.

  3. redONE berhak utuk meminda, menukar, memadam atau menambah mana-mana terma dan syarat pada bila-bila masa tanpa notis awal.

  4. Yuran pendaftaran RM10 dan bayaran pendahuluan RM50 diperlukan untuk pendaftaran talian baharu. Bayaran pendahuluan dikecualikan untuk pelanggan Port-masuk MNP. Bayaran pendahuluan akan digunakan untuk menolak bil bulan pertama anda dan anda hanya perlu membayar sebarang baki yang perlu dibayar di bawah bil bulan pertama anda.

  5. Yuran akses bulanan untuk pelan QM Mobile hanya terpakai untuk data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas.

  6. redCALL dan redDATA VAS digabungkan dengan pelan QM Mobile dan bukan pilihan.

  7. Data berkelajuan tinggi yang digabungkan, redDATA yang digabungkan dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap adalah terpakai untuk kegunaan domestik hanya dalam rangkaian Malaysia.

  8. Perayauan dan IDD dikenakan bayaran berdasarkan kadar Bayar Setiap Penggunaan (PPU).

  9. Dalam bil pertama pelan QM Mobile, himpunan data akan diproratakan berdasarkan penggunaan data berkelajuan tinggi yang digabungkan oleh pelanggan. Harga penggunaan prorata adalah seperti di bawah:

  10. Nama PelanPenggunaan Data 25% atau kurangPenggunaan Data 26% – 50%Penggunaan Data 51% – 75%Penggunaan Data 76% atau lebih
    QM MobileRM10RM20RM30RM40
  11. Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kepada maksimum 6Mbps tanpa menanggung caj data tambahan apabila penggunaan melebihi 100% daripada data yang digabungkan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.

  12. Pelan ini TIDAK layak untuk tempoh bertenang selama 30 hari.

  13. Sekiranya berlaku penamatan, tidak akan ada sebarang pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.

  14. Individu yang telah disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia tidak boleh mendaftar sebagai ahli QM.

redCALL

  1. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan suara ke nombor khas dikecualikan.

  2. VAS redCALL disertakan dengan pelan QM Mobile dan bukan pilihan. RM10 sebulan akan dicaj kepada bil.

  3. Panggilan suara tanpa had termasuk:

    1. Semua panggilan domestik ke redONE Pospaid, redONE Prepaid dan pengendali mudah alih lain
    2. Semua panggilan domestik ke nombor talian tetap negara

  4. PANGGILAN DIKECUALIKAN daripada panggilan suara tanpa had termasuk:

    1. Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
    2. Panggilan ke nombor istimewa dan premium
    3. Panggilan video
    4. Panggilan IDD

  5. VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.

  6. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada QM Mobile kepada pelan lain, langganan redCALL akan ditamatkan secara automatik melainkan pelan baharu itu ialah RP8, Amazing28+ atau Data28.

  7. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK BOLEH:

    1. Dijual semula, disewa atau digunakan dengan cara lain kecuali sebagai individu yang membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia
    2. Digunakan untuk mengubah hala panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi)
    3. Digunakan untuk menyediakan peranti suis yang boleh memastikan talian terbuka berpotensi selama berjam-jam
    4. Digunakan untuk berbilang panggilan serentak dan panggilan persidangan
    5. Digunakan untuk pusat panggilan dan telepemasaran
    6. Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh masa yang panjang, pendailan automatik dan komunikasi mesin ke mesin

redDATA

  1. VAS berulang bulanan redDATA menawarkan data@6Mbps tanpa had setiap hari sehingga akhir bulan.

  2. redDATA disertakan dengan pelan Postpaid QM Mobile dan bukan pilihan.

  3. Data tanpa had boleh digunakan untuk semua perkhidmatan data.

  4. redDATA hanya boleh digunakan di dalam negara iaitu dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan data semasa di luar negara dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE masing-masing untuk penggunaan data semasa merayau dengan rakan kongsi perayauan redONE di luar negara.

  5. redDATA akan diperbaharui secara automatik pada 1hb setiap bulan.

  6. Data redDATA akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data redDATA yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

  7. Dalam sebarang keadaan di mana pelanggan ingin menukar pelan langgannya daripada QM Mobile kepada pelan lain, langganan redDATA akan ditamatkan secara automatik.

  8. Selepas penggunaan 100% kuota redDATA, sebarang penggunaan Internet selanjutnya akan ditolak daripada kuota Tambah Nilai Data yang tersedia atau anda akan melayari pada kelajuan yang dikurangkan.

  9. Kuota data tanpa had dihadkan hanya untuk kegunaan individu Pelanggan dan tidak boleh dikongsi dengan mana-mana orang atau peranti lain dalam apa jua cara (termasuk kotak SIM atau tempat liputan mudah alih) dan tertakluk pada Dasar Penggunaan Adil redONE.

  10. Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan ketersediaan serta keupayaan peranti. Kelajuan muat turun dan kapasiti data anda akan berbeza-beza dan mungkin lebih perlahan serta boleh dipengaruhi oleh jarak anda dari menara mudah alih kami, kapasiti menara mudah alih kami, sumber muat turun anda, jenis dan kualiti telefon bimbit anda, trafik Internet umum dan ketersediaan liputan atau disebabkan oleh Dasar Penggunaan Adil. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redonemobile.com.my/ms/dasarpenggunaan-adil/

  11. redDATA tidak boleh dipindah milik, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau sebaliknya, sama ada kepada mana-mana orang lain, entiti atau mana-mana akaun redONE Postpaid lain.

  12. Kami berhak pada bila-bila masa tanpa bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga untuk mengganggu, menghalang, menggantung, menyekat Pelan dan Perkhidmatan untuk masa yang kami fikir patut atau menamatkan, menghentikan atau memutuskan sambungan Pelan dan Perkhidmatan jika penggunaan anda:

    1. menunjukkan penggunaan yang berlebihan atau meletakkan beban luar biasa pada rangkaian;
    2. adalah untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang atau untuk aktiviti penipuan yang disyaki;
    3. tidak mengikut Dasar Penggunaan Adil redONE (di https://www.redonemobile.com.my/ms/dasar-penggunaan-adil/)
    4. adalah untuk tujuan komersial/bukan peribadi.

  13. Promosi ini disediakan mengikut Syarat Perkhidmatan pada Borang Pendaftaran Pascabayar kami. Anda mesti mematuhi terma termasuk perihalan perkhidmatan yang berkaitan, Polisi Penggunaan Adil kami, Polisi Privasi, pelan langganan Pascabayar yang berkaitan dan terma dan syarat tambahan ini (secara kolektif, “Syarat”) yang kesemuanya tersedia www.redonemobile.com.my

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM