Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Ingin WiFi-kan rumah anda dengan segera tanpa perlu tunggu juruteknik untuk pemasangan?
Memperkenalkan 5G homeWiFi dengan 1,000 GB internet segera,
teman WiFi terbaik untuk kediaman anda. Cepat dan mudah!

Ingin WiFi-kan rumah anda dengan segera tanpa perlu tunggu juruteknik untuk pemasangan?
Memperkenalkan 5G homeWiFi dengan 1,000 GB internet segera,
teman WiFi terbaik untuk kediaman anda. Cepat dan mudah!

Kunjungi kedai redONE Mobile
berdekatan untuk melanggan sekarang!
Kunjungi kedai redONE Mobile berdekatan anda sekarang!

Kunjungi kedai redONE Mobile

berdekatan anda sekarang!

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami boleh menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Pelan 2026 5G Home WiFi

  1. Apakah pelan 2026 5G Home WiFi 88 redONE?
    Pelan 5G Home WiFi redONE menyediakan data 5G/4G berkelajuan tinggi untuk pengalaman internet terpantas pada hanya RM78 untuk tahun pertama anda.

  2. Siapa yang boleh mendaftar untuk pelan ini?
    Pelan 5G Home WiFi 88 redONE tersedia eksklusif untuk warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

  3. Bolehkah pelanggan menukar pelan apabila dalam kontrak?
    Tidak. Pertukaran pelan tidak dibenarkan semasa dalam tempoh kontrak.

  4. Bagaimana untuk melanggan 5G Home WiFi redONE?
    Anda boleh melanggan pelan 5G Home WiFi redONE melalui mana-mana rakan niaga atau cawangan redONE Mobile.

  5. Boleh saya membuat panggilan atau menghantar SMS dengan pelan ini?
    Pelan ini tidak menyokong servis panggilan dan SMS. Pelan 5G Home WiFi redONE hanya untuk kegunaan data sahaja.

  6. Boleh saya gunakan Home WiFi redONE di luar Malaysia?
    Tidak, servis ini hanya terpakai untuk kegunaan dalam Malaysia sahaja.

  7. Bagaimana jika saya mahu batalkan pelan ini?
    Untuk membatalkan pelan 5G Home WiFi redONE anda, kunjungi cawangan kami. Sila maklum bahawa jika anda batalkan sebelum kontrak 24 bulan anda tamat, anda akan dikenakakan: RM450.
  8. Adakah pelan redONE 5G Home WiFi mempunyai kontrak?
    5G Home WiFi 88 redONEtertakluk pada 24 bulan kontrak.

  9. Berapa router 5G home yang saya boleh langgan dengan pelan 5G Home WiFi redONE?
    Setiap pelanggan dibenarkan untuk mendaftar hanya SATU (1) home router, tertakluk pada penilaian had kelayakkan. Sebarang langganan tambahan akan memerlukan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi bagi setiap pendaftaran.

  10. Bagaimana cara untuk setkan router 5G saya bagi mengoptimumkan isyarat 5G?
    Lokasi terbaik untuk meletakkan router 5G anda:
    1. Letakkan router anda di kawasan tengah rumah, berdekatan tingkap dan juga sumber elektrik.
    2. Dinding konkrit, pintu besi boleh mengurangkan isyarat selular dari menara. Elakkan dari meletakkannya di ruang bawah tanah.
    3. Kekuatan isyarat: Apabila peranti anda disambungkan kepada router, anda boleh menyemak kekuatan isyarat melalui penunjuk isyarat pada router atau selepas log masuk ke laman web router 5G menggunakan peranti yang disambungkan. Jika anda tidak mendapat bar isyarat rangkaian penuh, cuba tukarkan lokasi router anda.


    Untuk sambungan WiFi yang lebih baik:

    1. Kurangkan gangguan dengan memastikan peranti berikut berada sekurang-kurangnya 2~3 meter dari router anda: Stesen pangkalan telefon tanpa wayar, ketuhar gelombang mikro, pemantau bayi, peranti Bluetooth, dan sistem pembesar suara tanpa wayar.
    2. Elakkan kesesakan kerana tambahan lebih peranti pada rangkaian Wi-Fi anda boleh mengurangkan kelajuan untuk semua peranti dalam rangkaian tersebut.
    3. Pastikan anda mempunyai isyarat Wi-Fi yang baik pada router anda.

  11. Peranti apa yang saya boleh sambungkan dengan router?
    Anda boleh sambungkan sebarang peranti berkemampuan WiFi di rumah anda kepada router seperti komputer riba, telefon, TV pintar, konsol permainan, dan juga alatan rumah pintar.

  12. Bolehkah saya kekalkan router selepas kontrak saya tamat?
    Ya, setelah kontrak anda tamat, router menjadi milik anda.

  13. Berapa lamakah tempoh waranti untuk router 5G?
    Tempoh waranti ialah selama 24 bulan dari tarikh pembelian. Sila simpan resit asal sebagai bukti pembelian untuk sebarang tuntutan waranti.

  14. Router 5G Home saya tidak berfungsi. Apa yang perlu saya buat?
    Sila kunjungi mana-mana cawangan redONE Mobile untuk penggantian satu-ke-satu jika router anda masih dalam tempoh waranti.

Pelan 2026 5G Home WiFi 88

Terma Umum

  1. Pelan 5G Home WiFi 88 tersedia bermula pada 23 Februari 2026.
  2. Ini ialah SIM data-sahaja, yang juga menyokong perkongsian hotspot.
  3. Pelan 5G Home WiFi 88 tersedia eksklusif untuk pelanggan pendaftaran nombor baharu dan juga Pindahan Nombor Mudah Alih (MNP). Pelanggan dengan kegunaan Mesin-ke-Mesin (M2M) atau warga negara asing tidak layak untuk pelan ini.
  4. Pelanggan boleh mendaftar sebagai akaun talian Master atau Tambahan.
  5. Yuran pendaftaran dan bayaran pendahuluan diperlukan. Bayaran pendahuluan dikecualikan untuk port-masuk MNP. Jika had kredit lebih tinggi dipohon, deposit standard akan dikenakan mengikut prosedur semasa.
  6. Pelan 5G Home Wifi 88 tertakluk pada peraturan had talian bundel peranti, dan terpakai untuk semua jenis peranti. Sebarang tambahan talian melebihi kuota kelayakkan akan memerlukan bayaran pendahuluan lebih tinggi.
  7. Semua harga tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan, yang akan dicaj dalam bil bulanan pelanggan.
  8. Yuran akses bulanan hanya merangkumi data kombo kelajuan tinggi.
  9. Yuran komitmen bulanan sebanyak RM78 untuk dua belas (12) bulan pertama, dan RM88 dari bulan ke tiga belas (13) dan seterusnya.

Gambaran Pelan 5G Home WiFi 88

Pelan5G Home WiFi 88
BulananRM88
Data Kelajuan Tinggi1000GB 5G/4G
Data HotspotDitolak dari data kelajuan tinggi
Bayaran PendahuluanRM200
(ditolak RM20/bulan untuk 10 bulan)
Yuran PendaftaranRM50
Kelajuan Internet DiperlahankanDiperlahankan kepada 64Kbps selepas kuota habis
RebatRM10 x 12 bulan
Kontrak24 bulan
Denda Penamatan AwalRM450
Peranti5G Modem – TOZED S200A

Nota: Pelan 5G Home WiFi 88 tertakluk kepada peraturan peruntukan talian peranti berbundle yang terpakai untuk semua peranti. Sebarang talian tambahan melebihi kuota yang diperuntukkan memerlukan bayaran pendahuluan lebih tinggi sebanyak RM300 di bawah pelan 5G Home WiFi 88 Higher Advance. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam bil bulanan pelanggan sebanyak RM30 sebulan untuk tempoh sepuluh (10) bulan.

  1. Kombo ini merangkumi perkhidmatan data redONE Home 5G bersama satu (1) peranti modem – router 5G.
  2. Semua harga yang tertera tidak termasuk cukai perkhidmatan, yang akan dicaj dalam bil bulanan pelanggan (kecuali bayaran pendahuluan).
  3. Langganan untuk pelan bundel tertakluk kepada tempoh kontrak minima selama dua pulah empat (24) bulan, bermula dari tarikh pengaktifan.
  4. Pelanggan dengan baki tunggakan atau tersenarai dalam pangkalan data tidak layak untuk melanggan.
  5. Untuk pelan 5G Home WiFi, kombo data kelajuan tinggi akan dipro-rata mengikut penggunaan sebenar pelanggan:
    Nama PelanPenggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    2026 5G Home WiFi 88,
    2026 5G Home WiFi 88 HA
    RM22RM44RM66RM88
  6. Setelah mencapai 100% penggunaan kombo data kelajuan tinggi, kelajuan internet akan diperlahankan pada had kelajuan 64Kbps. Pelanggan boleh membeli Tambahan Data untuk terus melayari pada kelajuan tinggi.
  7. Bayaran pendahuluan sebanyak RM200 diperlukan untuk pelan 5G Home WiFi. Jumlah ini akan dikreditkan semula dalam bil bulanan pelanggan pada kadar RM20 bulanan selama sepuluh (10) bulan. Bayaran pendahuluan RM300 diperlukan untuk pelan 5G Home WiFi HA. Jumlah ini akan dikreditkan semula dalam bil bulanan pelanggan pada kadar RM30 bulanan selama sepuluh (10) bulan.
  8. redONE Mobile berhak untuk sekat atau gantung peranti jika terdapat yuran perkhidmatan, caj bulanan tidak dibayar, atau pelanggan gagal untuk memenuhi syarat langganan.

Perkhidmatan 5G

  1. Perkhidmatan ini berfungsi dalam rangkaian kawasan liputan 5G.
  2. Apabila di luar liputan 5G, ia akan ditukarkan secara automatik kepada 4G.
  3. Perkhidmatan mungkin mengalami kelewatan, gangguan atau isu disebabkan oleh rangkaian pihak ketiga.
  4. redONE Mobile tidak bertanggungjawab untuk sebarang gangguan yang disebabkan oleh pembekal servis 5G nasional atau faktor luaran lain.

Peranti dan Waranti

  1. Ketersediaan Peranti adalah tertakluk kepada stok semasa ketika pendaftaran.
  2. Imej yang dipaparkan di laman web atau bahan promosi kami adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak mewakili peranti yang sebenar. Kami berhak untuk menukar model peranti dengan peranti lain yang mempunyai keupayaan setara.
  3. Tempoh waranti bagi Peranti adalah sepanjang Tempoh Komitmen.
  4. Sepanjang tempoh waranti, sekiranya Peranti didapati rosak atau tuntutan kerosakan Peranti anda disahkan berpunca daripada ralat pengilang, kami akan menggantikan Peranti tersebut (pertukaran 1-ke-1) tanpa sebarang kos tambahan dikenakan kepada anda dan tertakluk kepada ketersediaan stok.
  5. Kami berhak untuk mengesahkan Peranti yang dihantar bagi penggantian waranti. Sekiranya didapati Peranti masih berfungsi atau telah diusik dalam apa jua cara, kami mungkin mengenakan caj penggantian Peranti yang bersamaan dengan harga Peranti baharu.
  6. Waranti Peranti tidak sah dalam situasi berikut:
    1. rosak, hilang, dicuri atau ralat kepada Peranti disebabkan oleh sebarang perbuatan, kelalaian, salah guna, kecuaian, nombor siri dialih keluar atau dirosakkan;
    2. fungsi kunci-rangkaian pengendali pada Peranti telah dinyahaktifkan; atau
    3. tindakan lain di luar kawalan munasabah kami.
  7. Anda boleh kunjungi cawangan redONE Mobile berdekatan anda jika mengalami sebarang isu berkaitan Peranti.
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag

EN | BM

EN | BM