Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Gaya hidup lebih ONZ dengan The ONE Prepaid

Dengan The One Prepaid, semuanya lebih mudah dan lebih berbaloi. Dapatkan lebih banyak data dan ganjaran, tanpa komitmen yang rumit. Sama ada untuk kegunaan harian atau gaya hidup digital, semua dalam SATU prabayar. Pilih pelan yang fleksibel mengikut keperluan gaya hidup harian anda.

Gaya hidup lebih ONZ dengan The ONE Prepaid

Dengan The One Prepaid, semuanya lebih mudah dan lebih berbaloi. Dapatkan lebih banyak data dan ganjaran, tanpa komitmen yang rumit. Sama ada untuk kegunaan harian atau gaya hidup digital, semua dalam SATU prabayar. Pilih pelan yang fleksibel mengikut keperluan gaya hidup harian anda.

Satu Pelan untuk Setiap Gaya Hidup

Pilih pelan sesuai dengan gaya hidup anda dan nikmati pelbagai ganjaran LAGI ONZ, setiap hari!

Ganjaran LAGI ONZ

Lebih dari sekadar prepaid, The ONE Prepaid direka untuk berikan anda ganjaran setiap kali anda kekal berhubung. Kumpul redCOIN dengan setiap pembelian yang layak dan tebus pelbagai ganjaran menarik, eksklusif untuk komuniti The ONE Prepaid.

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh Celcom Axiata, pengguna redONE kami dapat menikmati liputan rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

Internet (MI) Bulanan

  1. Apakah pelan Internet Mudah Alih (MI) ONE25, ONE35 dan ONE45 yang baharu?
    Pelan Internet Mudah Alih baharu ONE25, ONE35 dan ONE45 ialah pelan MI ulangan bulanan.
  2. Adakah pelan Internet Mudah Alih ONE25, ONE35 dan ONE45 ialah tawaran kekal oleh redONE Mobile?
    Ya, ia tersedia untuk langganan bermula dari 28 September 2026.
  3. Dimana boleh saya melanggan pelan Internet Mudah Alih baharu ONE25, ONE35 dan ONE45?

    Pelanggan baharu boleh mula melanggan Pelan Internet Mudah Alih Ulangan Bulanan ONE25, ONE35 dan ONE45 apabila mendaftarkan The ONE Prepaid baharu atau port-masuk ke redONE Mobile.

    Pelanggan sedia ada The ONE Prepaid boleh melanggan Pelan Internet Mudah Alih Ulangan Bulanan ONE25, ONE35 dan ONE45 melalui Aplikasi Prabayar redONE.

  4. Siapakah yang boleh melanggan pelan Internet ONE25, ONE35 and ONE45?
    Pelan Internet Mudah Alih Ulangan Bulanan ONE25, ONE35 dan ONE45 tersedia untuk semua pelanggan redONE The ONE Prepaid.
  5. Apa akan terjadi jika saya telah menghabiskan kuota internet saya?
    Jika anda telah menghabiskan pelan internet anda, anda masih boleh terus menggunakan internet asas anda pada kelajuan 512Kbps. Anda juga boleh membeli booster yang tersediai atau membeli semula pelan internet untuk menikmati internet pada kelajuan biasa.
  6. Bolehkah saya menggunakan hotspot dengan pelan internet ONE mobile saya?
    Ya, anda boleh.


Pelan Internet Mudah Alih
Nombor Biasa

Pas InternetData Kelajuan Tinggi (5G/4G)PanggilanHargaValidity
ONE25150GB 5G/4GTanpa hadRM2530 hari
ONE35250GB 5G/4GTanpa hadRM3530 hari
ONE45350GB 5G/4GTanpa hadRM4530 hari

Pendaftaran Port-masuk MNP

Pas InternetData Kelajuan Tinggi (5G/4G)PanggilanHargaValidity
ONE25180GB 5G/4GTanpa hadRM2530 hari
ONE35300GB 5G/4GTanpa hadRM3530 hari
ONE45450GB 5G/4GTanpa hadRM4530 hari

Tambahan 1-Kali

Pas InternetData Kelajuan Tinggi (5G/4G)PanggilanHargaValidity
ONEdaily3GBBayar Bila GunaRM324 jam dari masa pembelian
ONEweekly15GBTanpa hadRM127 hari
ONEyearly––RM38365 hari

Umum

  1. Adakah setiap pelan Internet didatangkan dengan pemanjangan tempoh sah?

    Ya. Semua pelan The ONE Prepaid atau pas ONE datang dengan lanjutan tempoh sah yang tidak akan bertindih dengan tempoh sah sedia ada, sebaliknya akan ditambah pada tarikh tamat tempoh yang terkini.

    (e.g.) Apabila anda tambah nilai RM30 pada 5 Mac 2026, tempoh sah akan dilanjutkan sehingga 30 hari kepada 23:59, 4 April 2026. Jika anda membeli pelan ONE35 pada 10 Mac 2026, tempoh sah akan dilanjutkan sehingga 9 April 2026.

  2. Apa akan terjadi jika saya membeli pelan internet mudah alih yang lain semasa pelan internet mudah alih sedia ada masih aktif?

    Pelan internet sedia ada akan tamat dan baki kuota akan luput.

    Pelanggan dinasihati untuk membeli pelan internet lain selepas kuota komb telah habis digunakan atau tempoh sah telah tamat.

  3. Apakah itu “booster” dan bagaimana cara untuk melanggan?
    Booster adalah internet tambahan yang anda boleh tambah kepada pelan internet yang aktif. Anda boleh membeli bosster melalui seksyen “Add-Ons” di Aplikasi Prabayar.
  4. Adakah panggilan tanpa had benar-benar tanpa had?

    Panggilan tanpa had digunakan untuk panggilan suara domestik standard sahaja dan tidak termasuk:

    • Panggilan Video
    • Panggilan ke nombor khas

    Panggilan juga tertakluk kepada had Dasar Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 2,000 minit.

Pek Permulaan

  1. Berapa yang perlu saya bayar untuk pek permulaan ONE Prepaid dan berapa jumlah pre-isian dalam SIM?
    Pek permulaan ONE Prepaid ialah RM8 dan dilengkapi dengan RM5 kredit. Setelah pengaktifan, anda akan mendapat 1GB bonus pengaktifan yang sah selama 7 hari.
  2. Bilakah pek baharu The ONE Prepaid akan tersedia di pasaran?
    Pek The ONE Prepaid akan tersedia bermula pada 28 September 2026.
  3. Dimana boleh saya dapatkan pek permulaan The ONE Prepaid redONE?
    Anda boleh dapatkan di mana-mana Rakan Niaga redONE Mobile dan juga Pengedar Prabayar.
  4. Bilakah saya akan mendapat 1GB Bonus Pengaktifan?
    Anda akan menerima 1GB bonus pengaktifan selepas anda mendapat notifikasi daripada SMS Pengaktifan yang pendaftaran anda telah berjaya.
  5. Saya ialah pelanggan sedia ada ULTRAplus. Adakah pelan saya akan ditukarkan kepada pelan baharu The ONE Prepaid?
    Tidak. Pek The ONE Prepaid adalah eksklusif untuk pendaftaran baharu sahaja. Namun, anda boleh memohon untuk naik taraf pelan anda kepada pelan baharu The ONE Prepaid.
  6. Boleh saya port-masuk talian saya kepada pelan baharu The ONE Prepaid?
    Ya. Anda boleh port-masuk kepada pelan baharu The ONE Prepaid dengan syarat anda tidak mempunyai sebarang tunggakan atau di dalam tempoh kontrak dengan rangkaian sedia ada anda.
  7. Berapakah kadar panggilan dan SMS tempatan?
    Panggilan tempatan dicaj pada kadar 15 sen / 60 saat, dan SMS dicaj pada 15 sen bagi setiap SMS.


Syarat Wajib Pendaftaran

  1. Apakah syarat pendaftaran baharu prabayar?

    Semua pendaftaran baharu prabayar tertakluk kepada syarat pendaftaran yang dipertingkatkan bagi meningkatkan perlindungan pelanggan dan mencegah aktiviti penipuan. Perubahan utama termasuk:

    • Pemegang MyKad yang mendaftar melalui saluran layan diri mesti melengkapkan e-pengesahan melalui MyDigital ID.
    • Pelanggan bukan pemegang MyKad dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan diri asal. Warganegara asing juga perlu mengemukakan visa pelajar yang sah atau permit kerja yang sah semasa proses pendaftaran.
    • Pelanggan berumur 12 hingga 17 tahun (termasuk) memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga. Kedua-dua ibu bapa atau penjaga dan pemohon bawah umur mesti hadir untuk tujuan pengesahan.
    • Had maksimum pendaftaran SIM ialah lima (5) SIM untuk pemegang MyKad dan dua (2) SIM untuk pemegang bukan MyKad.

    Syarat ini diperkenalkan bagi memperkukuh pengesahan identiti, mencegah penyalahgunaan perkhidmatan prabayar untuk penipuan dan fraud, serta memastikan talian prabayar hanya boleh didaftarkan oleh individu yang sah.

Terma & Syarat

Kad SIM ONE Prepaid – Maklumat Utama

  • Ketersediaan: Bermula 28 September 2026, kad SIM ONE Prepaid akan tersedia untuk pembelian dan pendaftaran.
  • Harga: RM8 untuk setiap kad SIM, terbuka untuk pelanggan baharu sahaja.
  • Tempoh Sah Pek: 7 hari.


Ganjaran Pengaktifan

  • RM5 Kredit Bonus Pengaktifan: Satu-kali kredit bonus RM5 akan diberikan setelah pengaktifan berjaya. (Untuk nombor biasa)
  • RM5 X 6 Bulan Kredit Bonus MNP: Kredit bonus RM5 akan diberikan setiap bulan selama 6 bulan setelah MNP port-masuk berjaya.
  • 1GB Bonus Pengaktifan: Bonus sekali sah selama 7 hari, diberi apabila pendaftaran atau pindah masuk MNP berjaya.
  • Bonus pengaktifan akan dikreditkan dalam masa 10 minit setelah pendaftaran berjaya, diikuti dengan SMS Pengaktifan.


Data & Servis

  • Data Berkelajuan Tinggi: Nikmati data 5G/4G berkelajuan tinggi. Apabila kuota data kelajuan tinggi habis digunakan, kelajuan data akan diperlahankan kepada 64Kbps. Internet asas 10GB akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari, jika baki kredit mencukupi. Notifikasi SMS dijana sistem akan dihantar apabila 100% data kombo kelajuan tinggi telah habis digunakan.
  • Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) telah didayakan secara ralat untuk semua Pelanggan.


Kad SIM ONE Prepaid – Pendaftaran

  • Pelanggan Tanpa-MyKad dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan diri asal mereka. Warganegara asing juga perlu mengemukakan visa pelajar atau permit kerja yang sah sebagai dokumen tambahan semasa proses pendaftaran.
  • Pemegang MyKad yang mengaktifkan kad SIM melalui saluran layan diri dikehendaki memiliki MyDigital ID yang sah.
  • Pelanggan yang berumur antara dua belas (12) hingga tujuh belas (17) tahun (termasuk) (“Kanak-kanak Bawah Umur”) memerlukan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga mereka untuk tujuan pendaftaran. Kedua-dua pihak sama ada ibu bapa atau penjaga dan pemohon bawah umur perlu hadir untuk pengesahan.
  • Had pada Kad SIM:
    • Rakyat Malaysia dan Penduduk Tetap terhadkan kepada dua (5) kad SIM prabayar aktif bagi setiap rangkaian.
    • Warga asing dihadkan kepada dua (2) kad SIM prabayar aktif bagi setiap penyedia perkhidmatan.


Pelan Internet Mudah Alih Baharu

Harian / Mingguan Tahunan
ONEdailyONEweeklyONEyearly
Harga:
RM3
Harga:
RM12
Harga:
RM38
Kuota Internet:
3GB 5G/4G
Kuota Internet:
15GB 5G/4G
Kuota Internet:
–
Kuota Hotspot:
Dikongsi dari kuota internet
Kuota Hotspot:
Dikongsi dari kuota internet
Kuota Hotspot:
–
Panggilan:
Bayar Bila Guna
Panggilan:
Tanpa had ke semua rangkaian
Panggilan:
–
Internet Asas:
512Kbps
Internet Asas:
512Kbps
Internet Asas:
–
Jumlah Data:
3GB
Jumlah Data:
15GB
Jumlah Data:
–
Tempoh Sah:
24 jam dari masa pembelian
Tempoh Sah:
7 hari
Tempoh Sah:
365 hari
Tambahan Pilihan:
RM10 for 10GB 5G/4G
Tambahan Pilihan:
RM10 for 10GB 5G/4G
Tambahan Pilihan:
–


Tambahan 1-Kali ONEdaily

  1. Tambahan ONEdaily adalah pembelian-sekali yang sah untuk 24 jam dari masa pengaktifan.
  2. Ia termasuk 3GB 5G/4G data internet berkelajuan tinggi, yang boleh dikongsi melalui hotspot.
  3. Panggilan akan dicaj pada RM0.15 per minit ke semua rangkaian dan tertakluk untuk kegunaan domestik dalam Malaysia.
  4. Bayaran sebanyak RM3 akan ditolak dari baki kredit utama bagi setiap pembelian tambahan ONEdaily.
  5. Bayaran pembelian dan kuota 3GB tidak akan dipro ratakan.
  6. Kuota ONEdaily akan luput 24 jam selepas pengaktifan, dan sebarang data tidak digunakan tidak akan dibawa kehadapan.
  7. Pelanggan boleh membeli ONEdaily pada bila-bila masa.
  8. Tambahan ini tersedia eksklusif untuk pengguna pelan The ONE Prepaid redONE.
  9. Tambahan ini boleh dibeli melalui Aplikasi Prabayar.


Tambahan 1-Kali ONEweekly

  1. Tambahan ONEweekly adalah pembelian-sekali yang sah untuk 7 hari dari pengaktifan.
  2. Ia menawarkan 15GB 5G/4G data internet berkelajuan tinggi, yang boleh dikongsi melalui hotspot.
  3. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan terpakai untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja. Panggilan video dan suara ke nombor khas adalah terkecuali.
  4. Bayaran sebanyak RM12 akan ditolak dari baki kredit utama bagi setiap pembelian tambahan ONEweekly.
  5. Bayaran pembelian dan kuota 15GB tidak akan dipro ratakan.
  6. Baki data tidak digunakan dari tambahan ONEweekly tidak akan dibawa kehadapan selepas tempoh sah 7 hari.
  7. Pelanggan boleh membeli ONEweekly pada bila-bila masa.
  8. Tambahan ini tersedia eksklusif untuk pengguna pelan The ONE Prepaid redONE.
  9. Tambahan ini boleh dibeli melalui Aplikasi Prabayar.


ONEyearly

  1. Pelan ONEyearly ialah pas tahunan sekali sahaja yang tidak termasuk data atau panggilan.
  2. Pelan ini memanjangkan tempoh sah akaun SIM anda selama 365 hari, bermula dari tarikh pembelian. Sila ambil perhatian bahawa ia tidak boleh ditindih dengan mana-mana tempoh sah yang sedia ada.
  3. Selepas pembelian berjaya, RM38 akan ditolak daripada kredit utama anda. Ini ialah pembelian sekali sahaja, bermakna menindih berbilang pas tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, anda boleh membelinya semula apabila tempoh sah semasa anda tamat.
  4. Pelan ONEyearly tersedia secara eksklusif untuk pengguna redONE Mobile The ONE Prabayar. Anda boleh melanggannya dengan mudah melalui Aplikasi Prabayar untuk pengalaman yang pantas dan mudah!


Pelan Internet Bulanan

PelanNombor BiasaPort-Masuk MNP
 ONE25ONE35ONE45ONE25ONE35ONE45
HargaRM25RM35RM45RM25RM35RM45
Data Kelajuan Tinggi150GB 5G/4G250GB 5G/4G350GB 5G/4G180GB 5G/4G300GB 5G/4G450GB 5G/4G
HotspotDikongsi dari kuota utamaDikongsi dari kuota utama
PanggilanPanggilan tanpa had ke SEMUA rangkaianPanggilan tanpa had ke SEMUA rangkaian
Internet Asas512Kbps512Kbps
Jumlah Internet150GB250GB350GB180GB300GB450GB
Tempoh Sah30 hari30 hari
Tambahan PilihanRM10 untuk 10GB
Boleh Hotspot
RM10 untuk 10GB
Boleh Hotspot
  1. Pelan Internet Mudah Alih Bulanan tersedia untuk pelanggan Nombor Biasa dan pelanggan MNP Port-in.
  2. Pembaharuan Auto: Pelan MI adalah tambahan ulangan-auto yang akan diperbaharui setiap 30 hari, dengan syarat baki kredit mencukupi. Yuran langganan yang berkenaan akan ditolak daripada baki kredit utama pelanggan semasa langganan atau pembaharuan.
  3. Manfaat MI: MI memberikan kuota data berkelajuan tinggi, penggunaan hotspot dan manfaat lain yang berkenaan seperti yang dinyatakan bagi MI yang dilanggan. Bayaran, kuota, tempoh sah dan faedah yang berkenaan mungkin berbeza mengikut MI dan akan dimaklumkan semasa langganan dibuat.
  4. Tidak Boleh Digabungkan: Pelanggan hanya boleh mempunyai satu pelan MI yang aktif pada satu-satu masa. Pelanggan boleh menggantikan pelan MI sedia ada dengan melanggan pelan MI lain yang bersesuaian.
  5. Tempoh Sah & Kuota: Yuran dan kuota MI tidak diproratakan. Data, panggilan atau kuota lain yang tidak digunakan akan luput pada akhir tempoh sah yang berkenaan dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  6. Baki Tidak Mencukupi: Sekiranya baki kredit tidak mencukupi semasa pembaharuan, MI tidak akan diperbaharui dan manfaatnya tidak akan diaktifkan, melainkan dinyatakan sebaliknya oleh redONE.
  7. Panggilan Tanpa Had: Jika berkenaan, panggilan suara domestik tanpa had tersedia untuk semua rangkaian di Malaysia, tertakluk kepada FUP sebanyak 2,000 minit. Panggilan video, nombor khas, kadar premium, kod pendek dan nombor lain yang dikecualikan tidak termasuk.
  8. Kelayakan: MI hanya tersedia kepada pelanggan/pelan redONE Prepaid yang layak dan boleh dilanggan melalui saluran layan diri redONE Mobile yang tersedia, termasuk Aplikasi redONE Prepaid.
  9. Akses 5G: Akses 5G akan diaktifkan secara automatik selepas pengaktifan MI berjaya.
  10. Perkongsian Data: Data berkelajuan tinggi daripada pelan ONE Mobile Internet boleh dikongsi dengan pengguna atau peranti lain, kecuali modem.
  11. Tempoh Sah Akaun: Pelan ONE MI melanjutkan tempoh sah akaun pelanggan sepanjang tempoh sah pelan MI.
  12. Nota: Yuran langganan, kuota data, tempoh sah dan faedah yang berkenaan mungkin berbeza mengikut MI dan akan dimaklumkan kepada pelanggan pada masa langganan.


Booster 10GB 5G/4G

BoosterButiran
Tambahan PilihanRM10 untuk 10GB 5G/4G (boleh hotspot)
  1. Kelayakan: Booster 10GB 5G/4G tersedia untuk semua pelan internet ONE MI kecuali ONEyearly.
  2. Penggunaan: Booster menyediakan 10GB 5G/4G data boleh hotspot untuk semua perkhidmatan data, tidak termasuk perayauan data.
  3. Tempoh Sah: Tempoh sah Booster bermula dari pengaktifan dan mengikut tempoh sah pelan ONE MI yang aktif.
  4. Penamatan Awal: Sekiranya pelanggan berhenti melanggan pelan ONE MI sebelum tempoh sah tamat, Booster akan ditamatkan secara automatik dan sebarang kuota Booster yang tidak digunakan akan dilucutkan.
  5. Tiada Lanjutan Tempoh Sah Akaun: Booster tidak melanjutkan tempoh sah akaun. Sebarang kuota Booster yang tidak digunakan akan dilucutkan apabila pelan MI tamat tempoh.
  6. Syarat Lain: Pelanggan yang mempunyai pelan MI yang aktif boleh membeli Data Top Up, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.


Syarat Umum

  1. redONE Mobile berhak untuk meminda, menggantung atau menghentikan MI, termasuk yuran, kuota, manfaat, tempoh sah dan kelayakannya, dengan memberikan notis yang sewajarnya apabila diperlukan.
  2. MI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat redONE Mobile yang berkuat kuasa, Dasar Penggunaan Saksama dan polisi lain yang berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, Terma & Syarat redONE Mobile yang berkenaan akan diguna pakai.
  3. redONE Mobile berhak untuk menentukan dan meminda kelayakan pelanggan dan pelan untuk MI dari semasa ke semasa.

Pertukaran Tarif Pelan

  1. Naik taraf pelan ke ONE Prepaid boleh dipohon bermula 28 September 2026.
  2. Yuran pentadbiran untuk pertukaran pelan dikecualikan.
  3. Pelanggan boleh memohon untuk naik taraf melalui Aplikasi Prabayar.


Pertukaran Pelan Prabayar ke Pascabayar – powerGADGET68 (Telefon 5G Percuma)

Kelayakan Tertakluk

  1. Pelanggan MESTI memenuhi semua syarat kelayakan:
    1. Pelanggan Prabayar sedia ada redONE ULTRAplus, BeONEplus, The ONE Prepaid.
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
    3. Tempoh langganan minimum 6 bulan.
    4. Jumlah tambah nilai minimum RM150 dalam tempoh 6 bulan yang lalu.
    5. Warga negara Malaysia.
    6. Pendaftaran melalui Cawangan / Rakan Niaga redONE Mobile.
    7. Pendaftaran mesti mematuhi polisi pendaftaran redONE Mobile.


Tak Layak

  • Pelanggan daripada syarikat telekomunikasi lain / rangkaian OLO
  • Pendaftaran korporat
  • Pendaftaran M2M
  • Bukan Warga negara


Pemberitahuan

  1. Kelayakan

    Pelanggan Prabayar redONE sedia ada boleh memohon untuk menukar nombor mudah alih Prabayar sedia ada mereka kepada pelan Pascabayar powerGADGET redONE, tertakluk kepada syarat kelayakan, prosedur pendaftaran dan kelulusan yang berkenaan oleh redONE Mobile.

  2. Kelulusan Penukaran

    redONE Mobile berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan penukaran daripada Prabayar kepada Pascabayar atas budi bicara mutlaknya sekiranya pelanggan tidak memenuhi syarat kelayakan yang berkenaan atau sekiranya penukaran tidak dapat diselesaikan atas apa-apa sebab operasi, teknikal, kawal selia atau sebab sah yang lain.

  3. Pengesahan Tambahan

    Pelanggan mungkin dikehendaki untuk melengkapkan proses pengesahan tambahan, pendaftaran SIM atau prosedur pengaktifan sebagaimana yang ditentukan oleh redONE Mobile.

  4. Liabiliti bagi Kelewatan

    redONE Mobile tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dalam proses penukaran atau pengaktifan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabahnya, termasuk isu berkaitan sistem, rangkaian, teknikal, kawal selia atau pihak ketiga.

  5. Baki dan Manfaat Prabayar

    Setelah penukaran daripada redONE Prabayar kepada Pascabayar berjaya dilakukan, sebarang baki atau kredit Prabayar yang masih terdapat dalam akaun Prabayar pelanggan akan dilucutkan.

  6. Manfaat Tidak Boleh Dipindahkan

    Sebarang baki atau kredit Prabayar yang masih ada, termasuk data, minit panggilan suara, SMS, kredit promosi, ganjaran dan manfaat Prabayar lain yang tidak digunakan, akan dilucutkan setelah penukaran berjaya dilakukan. Tiada bayaran balik, pemindahan atau pembawaan ke hadapan bagi baki atau manfaat tersebut ke akaun Pascabayar akan diberikan.

  7. Penggunaan Baki Prabayar

    Pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan sebarang baki atau manfaat Prabayar yang masih ada sebelum meneruskan proses penukaran.

  8. Pengesahan Pelanggan

    Dengan mengemukakan atau mengesahkan permohonan penukaran daripada Prabayar kepada Pascabayar, pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa sebarang baki, kredit dan/atau manfaat Prabayar yang tidak digunakan akan dilucutkan setelah penukaran berjaya dilakukan dan tiada bayaran balik, pemindahan atau pembawaan ke hadapan akan diberikan.

  9. Tertakluk kepada Terma Pelan Pascabayar

    Setelah penukaran berjaya dilakukan, pelanggan akan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan bagi pelan redONE powerGADGET Pascabayar, termasuk komitmen bulanan, caj, terma pengebilan dan yuran lain yang berkenaan.

  10. Penerimaan Terma dan Syarat

    Dengan meneruskan proses penukaran daripada Prabayar kepada Pascabayar, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ini, termasuk terma berkaitan pelucutan sebarang baki, kredit dan/atau manfaat Prabayar yang tidak digunakan.

EN  |  BM

EN  |  BM