Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Dapatkan 100% Data Berkelajuan Tinggi dan Boleh Hotspot dengan Pelan Amazing Baharu

Dengan data sehingga 90 GB dari serendah RM8 sebulan!

Kuala Lumpur – Dalam era teknologi canggih ini, memastikan sambungan berkualiti tinggi untuk menikmati komunikasi yang lancar dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja tidak lagi dianggap sebagai kemewahan tetapi satu keperluan. Oleh itu, pelan pascabayar mampu milik dengan internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had.

Menyedari akan kepentingan ini, redONE Network Sdn Bhd (redONE) Operator Rangkaian Mudah Alih (MVNO) terbesar dia ASEAN telah memperkenalkan tawaran terkini iaitu pelan Amazing redONE Postpaid yang diperbaharui dan kini dipadatkan dengan 100% data berkelajuan tinggi dan boleh dihotspot. Terdapat tiga pelan untuk dipilih oleh pengguna pascabayar mengikut kesesuaian masing-masing iaitu, Amazing8, Amazing38 dan Amazing58.

Dengan yuran bulanan sebanyak RM8 sahaja, pelan Amazing 8 redONE Postpaid dilengkapi dengan 2GB data berkelajuan tinggi dan merupakan pelan pascabayar yang balik asas dan menjimatkan untuk pengguna yang ingin menukar dari pelan prabayar ke pascabayar. Pelan ini amat sesuai untuk ibu bapa yang mencari kemudahan pelan pascabayar asas yang boleh dipercayai untuk terus berhubung dengan anak kecil atau ibu bapa yang sudah tua tanpa perlu risau tentang kehabisan kredit dan perlu kerap menambah nilai prabayar. Di samping itu, pengguna boleh menikmati panggilan tanpa had ke nombor pascabayar redONE.

Bagi mereka yang mencari lebih daripada sekadar pelan pascabayar asas dan memerlukan internet berkelajuan tinggi dan pada masa yang tidak mahu berbelanja lebih, pelan redONE Postpaid Amazing38 adalah pilihan yang amat bersesuaian. Dengan bayaran bulanan hanya RM38, pelan ini dilengkapi dengan 65GB data dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian yang menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna menikmati sambungan internet lancar tanpa gangguan.

Selain itu, redONE Postpaid Amazing58 adalah pilihan yang sangat baik untuk pengguna tegar internet yang menjalani gaya hidup yang memerlukan mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan harga yang kompetitif pada RM58 sebulan serta peningkatan data yang ketara kepada 90GB, pelan ini memenuhi keperluan ahli perniagaan profesional atau mereka yang berkerja secara ‘hybrid’, penggemar hiburan dan yang suka melancong dan juga usahawan-usahawan perniagaan dalam talian.

Tambahan pula, dengan data berkelajuan tinggi yang 100% boleh dihotspot, pengguna mempunyai fleksibiliti untuk menggunakan lebih dari satu peranti seperti tablet, komputer riba secara serantak ke mana sahaja mereka pergi tanpa perlu bergantung pada Wi-Fi di tempat umum yang mungkin berisiko dan tidak stabil.

Tawaran terbaharu ini diumumkan pada bulan kemerdekaan dan secara simboliknya menandakan kebebasan rakyat Malaysia untuk memilih pelan pascabayar yang sempurna untuk mereka kerana ketiga-tiga pelan ini boleh dilanggan tanpa kontrak.

“Internet dan panggilan tanpa had telah merevolusikan cara kita semua berkomunikasi. Sekarang, amat mudah dan lancar untuk kita kekal berhubung tanpa mengira lokasi. Kami amat memahami betapa pentingnya untuk semua orang mendapat akses untuk berkomunikasi pada harga yang mampu dimiliki. Oleh sebab itulah, pelan-pelan yang kami tawarkan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat.

Seiring dengan bulan yang meraikan kemerdekaan Malaysia, redONE menawarkan tawaran yang luar biasa yang memberikan satu pakej kombinasi internet pantas dan panggilan tanpa had yang memudahkan kehidupan dan serta mesra bajet untuk rakyat Malaysia,” kata Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif, redONE Network Sdn Bhd.

Pelan redONE Postpaid Amazing baharu boleh dilanggan di redONE.com.my atau di semua Rakan Niaga dan cawangan redONE.

Untuk memudahkan pengurusan akaun redONE Postpaid, pelanggan boleh memuat turun aplikasi redONE 1App. Untuk maklumat lanjut tentang pelan redONE Postpaid lain dan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS), sila layari redONE.com.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM