SHAH ALAM – Bagi jutaan peminat bola sepak, perlawanan akhir kejohanan bola sepak antarabangsa bukan sekadar menentukan juara, malah menjadi detik yang menghimpunkan keluarga, rakan-rakan dan komuniti untuk berkongsi debaran serta meraikan sukan yang menyatukan manusia tanpa mengira latar belakang.

Berpegang kepada semangat itu, redONE Mobile sebagai sebuah Telco Komuniti membawakan Riuh Bola Sinar x redONE Mobile: World Cup Final Live Viewing Party yang berlangsung pada 19 hingga 20 Julai 2026 di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam. Melalui kerjasama bersama Sinar Harian, acara ini membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyaksikan kemuncak perlawanan akhir secara langsung di skrin besar dalam suasana yang meriah, termasuk mereka yang mungkin tidak mempunyai akses untuk menikmati pengalaman tersebut. Sebagai sebuah Telco Komuniti, redONE Mobile percaya detik yang menyatukan rakyat seperti ini wajar dapat dinikmati oleh semua, tanpa mengira latar belakang atau kemampuan.

Lebih daripada sekadar tayangan bola sepak, Riuh Bola Sinar x redONE Mobile disusun sebagai sebuah pengalaman komuniti yang menawarkan sesuatu untuk setiap lapisan masyarakat. Daripada peminat bola sepak tegar, keluarga yang ingin meluangkan masa bersama, golongan belia sehinggalah mereka yang sekadar ingin menikmati suasana kemeriahan bersama komuniti, setiap pengunjung berpeluang membawa pulang pengalaman yang bermakna.
Peminat bola sepak boleh mengikuti Sports Matters, sebuah sesi bual bicara secara langsung yang menghimpunkan barisan pengulas dan pemerhati bola sepak bagi mengupas aksi kemuncak kejohanan bola sepak berprestij dunia serta perkembangan sukan itu. Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi santai Teh Tarik Bersama YB Mohd Najwan Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, selain beramah mesra bersama wakil Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) serta pemain-pemain Selangor FC Bawah 23 Tahun, yang turut memeriahkan pelbagai aktiviti sepanjang acara.

Bagi mereka yang gemarkan cabaran, redONE Mobile turut membawakan pelbagai permainan interaktif bertemakan bola sepak seperti Gelecek Bola Mantap redONE Mobile, Gol Celebration Juara redONE Mobile, Ulasan Bola PRO redONE Mobile, Teka Skor redONE Mobile dan Smart Striker-Lympic redONE Mobile, dengan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM7,000.
Dalam semangat berkongsi kegembiraan bersama komuniti, redONE Mobile turut membawakan pempengaruh TikTok popular Anas Harif Haikal (Tokok), Qiffy, Maneh Colek dan Afina untuk mengagihkan makanan serta minuman viral secara percuma kepada para pengunjung. Inisiatif ini bukan sekadar untuk menjamu pengunjung, malah bagi memastikan lebih ramai orang, termasuk mereka yang kurang berkemampuan, dapat turut sama menikmati kemeriahan malam final kejohanan ini sambil berkumpul bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti tanpa perlu memikirkan soal kos.

Sebagai pelengkap kepada pengalaman tersebut, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti Imbas dan Menang untuk memenangi telefon 5G, barangan eksklusif Riuh Bola redONE Mobile serta pelbagai hadiah menarik. Pasukan redONE Mobile turut berada di lokasi bagi berkongsi maklumat mengenai pelan, perkhidmatan dan promosi terkini, manakala pelanggan baharu yang melanggan pelan redONE Mobile sepanjang acara akan menerima hadiah eksklusif sebagai penghargaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Mobile, Farid Yunus berkata, “Perlawanan akhir kejohanan bola sepak berprestij dunia sentiasa menjadi acara yang menyatukan orang ramai. Kami mahu menjadi sebahagian daripada kenangan yang tercipta pada malam bersejarah buat peminat bola sepak. Bersama Sinar Harian, kami membuka ruang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman ini bersama komuniti. Kami berharap setiap pengunjung pulang bukan sahaja dengan hadiah atau makanan percuma, tetapi dengan kenangan indah kerana dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti.”

Beliau berkata, Riuh Bola Sinar x redONE Mobile mencerminkan komitmen redONE Mobile untuk terus mendekati masyarakat melalui pengalaman yang inklusif, menghubungkan komuniti dan memberi nilai kepada semua.
redONE Mobile akan terus membawakan lebih banyak inisiatif yang membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkumpul, berinteraksi dan berkongsi detik-detik bermakna bersama.
