Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile dan Mr. Helmet Jalin Kerjasama Perluas Akses Penjagaan Topi Keledar Mampu Milik untuk Penunggang Motosikal

SELANGOR – redONE Mobile dan CleanXpert Sdn. Bhd., pengendali Mr. Helmet, telah memeterai kerjasama strategik bagi membolehkan perkhidmatan sanitasi topi keledar lebih mudah diakses dan mampu milik untuk komuniti penunggang motosikal di Malaysia. Menerusi kerjasama ini, mesin sanitasi topi keledar automatik Mr. Helmet akan ditempatkan di 18 kedai premier redONE Mobile di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Sama ada untuk perjalanan harian, urusan seharian atau bekerja, topi keledar merupakan sebahagian daripada kehidupan harian ramai rakyat Malaysia. Sanitasi topi keledar secara berkala membantu memastikan topi keledar lebih bersih dan selesa dipakai, terutamanya bagi pekerja ekonomi gig seperti penghantar yang menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya untuk menghantar makanan, barangan runcit dan bungkusan.

Dengan harga hanya RM7 bagi setiap sesi sanitasi asas, penunggang motosikal boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan topi keledar pada harga yang berpatutan. Mesin ini beroperasi 24 jam sehari, membolehkan penunggang mendapatkan perkhidmatan tersebut pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual mereka. Bagi mereka yang mahukan pembersihan lebih menyeluruh, perkhidmatan VIP Cleaning ditawarkan pada harga RM10, manakala perkhidmatan pengeringan pantas untuk bahagian dalam topi keledar yang lembap hanya berharga RM2.

Mr. Helmet menggunakan mesin automatik dan platform digital untuk menyediakan perkhidmatan pembersihan dan sanitasi topi keledar. Ekosistemnya yang memberi tumpuan kepada penunggang motosikal turut menghubungkan mereka dengan pelbagai perkhidmatan, perniagaan, jenama, komuniti dan acara yang berkaitan. Menerusi kerjasama ini, perkhidmatan Mr. Helmet dapat diperluaskan kepada lebih ramai penunggang motosikal melalui rangkaian rakan niaga redONE Mobile yang sedia ada. Pada masa yang sama, lokasi kedai redONE Mobile menjadi tempat yang mudah dikunjungi untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan harian, selain daripada perkhidmatan telekomunikasi semata-mata.

Kerjasama ini turut menambah manfaat kepada pelan pascabayar redplanKM48 sedia ada daripada redONE Mobile, yang direka khas untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Selain manfaat baucar petrol bernilai RM120 yang sedia ada, pelanggan yang melanggan pelan ini akan menerima keahlian Mr. Helmet selama setahun, yang melayakkan mereka mendapat satu baucar VIP Cleaning percuma setiap bulan selama 12 bulan berturut-turut, dengan nilai keseluruhan RM120. Manfaat tambahan ini membolehkan pelanggan menikmati lebih banyak penjimatan sepanjang tahun.

Sebagai Telco Komuniti Malaysia, redONE Mobile bukan sahaja memberi tumpuan kepada perkhidmatan komunikasi, malah memahami dan menyokong keperluan komuniti yang disantuninya. Melalui kerjasama dengan rakan strategik seperti Mr. Helmet, redONE Mobile dapat menghubungkan pelanggan dengan perkhidmatan praktikal yang melengkapi rutin harian mereka. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan redONE Mobile untuk memberi nilai tambah kepada komuniti melalui kerjasama dan penyelesaian yang relevan, melangkaui perkhidmatan telekomunikasi mudah alih.

“Untuk menyokong pelanggan, redONE Mobile perlu memahami keperluan dan realiti kehidupan harian mereka. Penunggang motosikal merupakan sebahagian penting daripada komuniti yang kami santuni, dan kerjasama ini membolehkan redONE Mobile menawarkan sesuatu yang praktikal kepada mereka, melangkaui perkhidmatan telekomunikasi. Kerjasama ini juga membuka peluang kepada rangkaian rakan niaga redONE Mobile untuk memberikan lebih banyak manfaat kepada komuniti di sekeliling mereka,” kata Ben Teh, Ketua Pegawai Jualan Kumpulan, redONE Mobile.

Kerjasama ini menggabungkan dua perkhidmatan yang saling melengkapi, sekali gus membuka peluang kepada redONE Mobile dan Mr. Helmet untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing serta meneroka inisiatif yang memenuhi keperluan pelanggan yang terus berkembang.

“Bagi Mr. Helmet, kerjasama ini bertujuan memudahkan lebih ramai penunggang motosikal mendapatkan perkhidmatan penjagaan topi keledar yang sewajarnya, di samping menjadi langkah awal ke arah membangunkan ekosistem yang lebih luas untuk komuniti penunggang motosikal. Kami memberi tumpuan kepada usaha menghubungkan penunggang motosikal dengan perkhidmatan, jenama dan perniagaan yang relevan melalui teknologi dan kerjasama strategik. Kerjasama dengan redONE Mobile membuka peluang kepada kami untuk memperluaskan usaha ini serta membangunkan penyelesaian baharu yang dapat memenuhi keperluan penunggang motosikal, baik ketika berada di jalan raya mahupun dalam kehidupan seharian mereka,” kata Razalee Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif CleanXpert Sdn. Bhd.

Kedua-dua syarikat akan terus bekerjasama untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan sanitasi topi keledar Mr. Helmet kepada lebih ramai penunggang motosikal di Malaysia melalui rangkaian rakan niaga redONE Mobile, di samping meneroka peluang lain untuk memberikan manfaat praktikal kepada komuniti yang mereka santuni. Dengan menggabungkan perkhidmatan telekomunikasi redONE Mobile yang berteraskan komuniti dengan penyelesaian penjagaan topi keledar Mr. Helmet yang dipacu teknologi, kerjasama ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan pelbagai perkhidmatan harian serta memberikan manfaat yang bermakna kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan-pelan redONE Mobile serta promosi dan inisiatif komuniti, layari redonemobile.com.my. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan pembersihan dan sanitasi topi keledar oleh Mr. Helmet, layari mrhelmet.io.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

EN  |  BM

EN  |  BM