Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Hulurkan Bantuan Dengan Sumbangan Prihatin kepada 400 Keluarga Terjejas Banjir di Wilayah Pantai Timur

Wilayah Pantai Timur – Berikutan banjir teruk yang melanda Pantai Timur Malaysia, redONE Mobile melalui badan amalnya, Yayasan redONE, telah melaksanakan inisiatif bantuan banjir bermula 15 hingga 24 Disember 2024 melalui sumbangan pek prihatin bagi memberi sokongan dan meringankan beban komuniti yang terjejas.

Pek prihatin yang disediakan oleh sukarelawan dan rakan niaga redONE Mobile mengandungi makanan, minuman dan barangan kebersihan asas untuk membantu memenuhi keperluan asas 400 keluarga yang terjejas atau terpaksa berpindah akibat banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ini bertujuan menyokong mereka dalam proses pemulihan selepas banjir. Selain pek bantuan, redONE Mobile juga menyumbangkan 2,000 pek SIM pra-muat kepada penerima.


Bantuan tersebut telah diagihkan kepada keluarga yang terjejas atau pernah berteduh di pusat pemindahan sementara (PPS) di ketiga-tiga negeri ini dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) negeri masing-masing.


Inisiatif ini mencerminkan komitmen dan dedikasi redONE Mobile dalam menyokong komuniti dan menghulurkan bantuan penting terutamanya sewaktu mereka berdepan dengan bencana.


“Kami amat bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, dan kami percaya sebagai sebuah syarikat, tanggungjawab ini harus dipikul bersama untuk memberikan sokongan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh komuniti ini. Usaha bantuan banjir kami mungkin kecil tetapi bermakna untuk membantu keluarga-keluarga ini kembali meneruskan kehidupan dan memastikan mereka mempunyai akses kepada sumber-sumber penting dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile.

Untuk maklumat lanjut berkenaa inisiatif-inisiatif komuniti redONE Mobile dan program akan datang, layari redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook @redONE Mobile dan Instagram @redonemobile.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM