Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE Mobile Perkukuh Barisan Kepimpinan Bagi Menerajui Fasa Pertumbuhan Seterusnya

Kiri ke kanan:  Tee Yee Yaw, Farid Yunus dan Ben Teh Beng Hock

redONE Mobile baru-baru ini mengumumkan perkembangan kepimpinan utama syarikat seiring usaha memperkukuh pertumbuhan jangka panjang serta hala tuju berteraskan komuniti di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Red One Holdings, Farid Yunus akan memainkan peranan kepimpinan secara langsung dalam menerajui redONE Mobile susulan tamatnya tempoh perkhidmatan Ameen Amaendran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada Januari 2026. Beliau akan bersama-sama Ketua Pegawai Jualan Kumpulan, Ben Teh Beng Hock yang terus menerajui pertumbuhan jualan serta strategi komersial syarikat, dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tee Yee Yaw yang terus memimpin fungsi operasi dan perniagaan syarikat. Sebagai barisan kepimpinan yang telah bersama redONE Mobile sejak penubuhannya, mereka terus menyediakan kestabilan, kesinambungan dan hala tuju strategik kepada redONE Mobile dalam melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Dalam memperkukuh lagi barisan kepimpinan syarikat, redONE Mobile turut memperkenalkan Ignatius Lee Wai Keen sebagai Ketua Pegawai Pemasaran pada Februari tahun ini. Dengan pengalaman melebihi 25 tahun dalam industri telekomunikasi, beliau membawa kepakaran luas dalam bidang jualan dan pengedaran, pemasaran serta pertumbuhan perniagaan merangkumi segmen pengguna dan perusahaan bagi perkhidmatan mudah alih dan gentian tetap.

Ignatius Lee Wai Keen

Seiring evolusi redONE Mobile ke arah menjadi penyedia telekomunikasi komuniti yang lebih menyeluruh, barisan kepimpinan yang diperkukuh ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk fasa pertumbuhan syarikat seterusnya dengan mewujudkan nilai yang lebih bermakna kepada rakyat Malaysia melangkaui aspek kesalinghubungan semata-mata.

Berteraskan fokus utama yang merangkumi penyediaan perkhidmatan telekomunikasi untuk semua, pengembangan penyelesaian harian melangkaui telekomunikasi, pemerkasaan komuniti menerusi inisiatif sokongan praktikal, pembangunan bakat tempatan serta pembukaan peluang keusahawanan, syarikat kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia secara lebih bermakna dan inklusif.

Dengan kepimpinan Kumpulan yang kukuh, redONE Mobile akan terus memperkenalkan pelbagai pelan, produk dan inisiatif komuniti yang inovatif demi memberikan lebih manfaat serta pengalaman yang lebih baik kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

EN  |  BM

EN  |  BM