Pelan Postpaid SFC48
Ini adalah pelan eksklusif untuk penyokong setia bola sepak Sabah.
Tawaran ini bermula pada 16 Jun 2025 sehingga notis lanjut.
Anda boleh mendaftar di mana-mana cawangan, kedai dan Rakan niaga redONE Mobile di negeri Sabah sahaja.
Semua pelanggan pendaftaran baharu dan pindah-masuk nombor MNP bermula dari 16 Jun 2025 (kecuali korporat dan M2M).
Nama Pelan | SFC48 |
---|---|
Bayaran Pendahuluan | RM48 |
Yuran Pendaftaran | RM10 |
Jika anda memerlukan had kredit lebih tinggi, deposit akan diperlukan bagi langganan dengan redONE Mobile kurang dari 6 bulan.
Jika anda ialah warga asing, anda perlu membayar deposit yang bersamaan dengan had kredit bulanan anda.
Tidak, pelan ini hanya terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu atau port-in MNP.
Ya, pelan ini dikenakan kontrak selama 6 bulan. Jika anda mengambil nombor premium, anda akan dikenakan kontrak selama 24 bulan.
Yuran penalty RM100 akan dikenakan, dan anda tidak lagi layak untuk menerima jersi percuma Sabah FC yang kedua.
Ya, anda boleh mendaftar sehingga 6 talian tambahan.
Jersi pertama akan diberikan semasa pendaftaran bila talian anda telah”Aktif”. Untuk jersi kedua, anda dikehendaki mengekalkan nombor tersebut dengan rekod pembayaran bagus dan tebus jersi kedua selepas bayaran penuh bil keenam dibuat.
Anda dikehendaki untuk membuat bayaran penuh dalam tempoh 6 bulan sebelum redONE Mobile menghantar notis penebusan jersi. Pastikan status talian anda aktif pada bulan keenam untuk layak menebus jersi PERCUMA kedua.
Maaf, jika anda tidak kekalkan rekod pembayaran baik sepanjang 6 bulan langganan, jersi kedua PERCUMA akan terbatal. Bayaran penalti akan dikenakan jika nombor ditamatkan dalam tempoh kontrak.
Tidak, jersi PERCUMA disertakan sebagai kombo dengan pelan sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak Sabah FC.
Boleh, sebarang perkongsian data akan ditolak dari kuota hotspot.
redCALL
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan SFC48 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan SFC48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
Pelan Postpaid SFC48
Butiran Pelan | SFC48 |
---|---|
Akses Bulanan | RM48 |
Bayaran Pendahuluan (termasuk Cukai Perkhidmatan) | RM48 |
Yuran Pendaftaran | RM10 |
Data Kelajuan Tinggi | 150GB 5G/4G |
Data Hotspot | 100GB 5G/4G |
Rebat | RM10 x 6 bulan |
Kombo Tambahan – redCALL | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian |
SMS | RM0.05/SMS ke rangkaian redONE, RM0.10/SMS ke lain-lain rangkaian |
Tempoh Kontrak | 6 bulan / 24 bulan (Nombor Premium) |
Denda Pembatalan Awal – 6 bulan | RM100 |
Denda Pembatalan Awal – 24 bulan (Nombor Premium) | RM48 x baki bulan kontrak |
Had Kredit | RM100 |
Terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu dan port-in MNP. Pelanggan M2M dan korporat tidak layak untuk pelan ini.
Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Master atau Talian Tambahan.
Setiap akaun Master dibenarkan untuk mendaftar sehingga maksima 6 Talian Tambahan.
Yuran pendaftaran dan deposit diperlukan. Jika pelanggan memerlukan had kredit lebih tinggi, deposit standard diperlukan sebagai prosedur normal.
Pendaftaran oleh pelanggan bukan warga negara akan dikenakan caj deposit bersamaan dengan had kredit bulanan mereka.
Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
Rebat awal sebanyak RM10 akan diberikan selepas pendaftaran atau port-in berjaya. Baki RM50 akan dikreditkan sebanyak RM10 sebulan sepanjang lima (5) kitaran bil berikutnya dan akan dipaparkan secara automatik dalam bil bulanan anda
Yuran akses bulanan untuk pelan SFC48 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap, bukan untuk panggilan video dan suara ke nombor khas.
Tambahan VAS redCALL adalah kombo dengan pelan SFC48 dan bukan pilihan. RM10 bulanan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.
Data kombo kelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan nombor talian tetap hanya terpakai untuk kegunaan domestic dalam Malaysia sahaja. IDD dan perayauan akan dicaj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).
Bil bulan pertama pelan SFC48 akan diprorata berdasarkan kegunaan data kombo kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan prorate adalah seperti berikut:
Nama Pelan | Penggunaan Data 25% atau kurang | Penggunaan Data 26% – 50% | Penggunaan Data 51% – 75% | Penggunaan Data 76% atau lebih |
---|---|---|---|---|
SFC48 | RM9.50 | RM19 | RM28.50 | RM38 |
Dalam situasi penamatan, tidak akan ada proratapadabil terakhir anda; anda akan dicaj untuk yuran komitment penuh bulan tersebut.
Setelah mencapai 100% kegunaan kombo data kelajuan tinggi, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kelajuan kemaksima 64Kbps tanpa ada caj lebihan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambahan Data untuk kekal melayari internet pada kelajuan tinggi.
Pelan SFC48 TIDAK layak untuk 30 hari tempoh percubaan.
Permohonan pertukaran pelan lain ke pelan SFC48 adalah tidak dibenarkan.
redCALL
Servis Tambah Nilai(VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan ia terpakai untuk kegunaan domestic dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan suara ke nombor khas adalah terkecuali.
VAS redCALL telah dikombokan sekali dengan pelan pascabayar BAHARU SFC48 dan tiada pilihan. RM10 bulanan akan dicaj ke dalam bil.
Panggilan suara tanpa had termasuk:
Semua panggilan domestik ke Pascabayar, Prabayar redONE dan juga rangkaian operator lain
Semua panggilan domestic ke nombor talian tetap negara
Panggilansuaratanpahad TIDAK TERMASUK:
Panggilanke nombor1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC
Panggilan ke nombor khas dan premium
Panggilan video
Panggilan IDD
VAS redCALL akan diperbaharui secara automatik pada1 hari bulan setiap bulan.
Jika pelanggan ingin menukarkan pelan mereka dari pelan SFC48 ke pelan lain, langganan redCALL akan diteruskan secara automatik melainkan pelan baharu ialah 5G Postpaid10, Amazing 28+ atau Data28.
Panggilan tanda had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:
Dijual semula, disewakan, atau digunakan untuk selain dari kegunaan panggilan peribadi dalam Malaysia
Digunakan dengan panggilan peranti, perisian, atau aplikasi rerouting
Digunakan dengan peranti switch yang mengekalkan panggilan aktif untuk jangka masa yang panjang
Digunakan untuk panggilan serentak berganda atau panggilan persidangan
Digunakan oleh pusat panggilan atau operasi tele-pemasaran
Digunakan secara panggilan berterusan jangka masa lama atau automatik, atau komunikasi mesin-ke-mesin.
Hotspot
Data hotspot adalah kombo dengan pelan SFC48 dan bukan pilihan.
Data hotspot boleh digunakan secara perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data semasa di luar negara adalah tertakluk pada caj perayauan data. Pelanggan akan dicaj berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh operator perayauan masing-masing untuk kegunaan data semasa merantau dengan rakan perayauan luar negara redONE Mobile.
Data hotspot akan diperbaharui secara automatik pada 1 hari bulan pada setiap bulan.
Data hotspot akan tamat tempoh pada penghujung bulan kalendar. Sebarang data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
Dalam situasi di mana pelanggan ingin menukarkan pelan langganan mereka dari pelan SFC48 ke pelan lain, data hotspot akan terbatal secara automatik.
Setelah mencapai 100% penggunaan data hotspot, perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Data Booster atau Tambahan Data untuk terus menggunakan perkongsian data.
Keutamaan Penggunaan Data
Penggunaan | Penggunaan Data |
---|---|
Pelan | SFC48 |
Pertama | 150 GB 5G/4G Data Kombo |
Ke-2 | Data Tambahan yang Dibeli |
Ke-3 | Internet Asas @64kbps |
Penggunaan hotspot akan ditolak dari kuota data hotspot.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D).
Hak cipta terpelihara.
Selesaikan aduan anda di Forum Pengguna Malaysia (CFM) www.complaint.cfm.org.my
Hak Cipta © 2024 redONE Network Sdn Bhd 200301016674 (619094-D). Hak cipta terpelihara.