Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.
Sesuatu untuk semua orang

Miliki telefon pintar 5G dengan MUDAH. Kini dengan bayaran
ansuran bulanan yang rendah dan TANPA faedah. Pilih pelan dan
telefon sambil menikmati panggilan tanpa had serendah RM188 sebulan.
Selain itu, nikmati kemudahan potongan gaji secara automatik
melalui ANGKASA serta perlindungi premium sehingga RM12,500
daripada Hong Leong MSIG Takaful.

Pilih pelan anda. Pilih telefon 5G anda.

Miliki telefon pintar 5G dengan MUDAH. Kini dengan bayaran ansuran bulanan yang rendah dan TANPA faedah. Pilih pelan dan telefon sambil menikmati panggilan tanpa had serendah RM188 sebulan. Selain itu, nikmati kemudahan potongan gaji secara automatik melalui ANGKASA serta perlindungi premium sehingga RM12,500 daripada Hong Leong MSIG Takaful.

Pilih pelan anda. Pilih telefon 5G anda.

*Kontrak 36 bulan
*Bayaran bil bulanan akan dibuat melalui potongan gaji ANGKASA selama 36 bulan
*Selepas 36 bulan, bill bulanan akan dikurang ke RM88 sebulan

*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.

Semak Liputan

Disediakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

  1. Apakah pelan Mukmin baharu ini dan untuk siapa ia ditawarkan
    Mukmin 188, 248 dan 288 merupakan pelan yang direka khas untuk penjawat awam. Bayaran bulanan boleh dibuat melalui pelan ansuran 36 bulan pada kadar faedah 0% melalui potongan gaji ANGKASA.
  2. Berapa lama tawaran ini berlangsung?
    Tawaran ini berkuat kuasa mulai 21 September 2026.
  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
    Pelanggan boleh mendaftar di mana-mana kedai redONE Mobile atau kedai Rakan Niaga redONE Mobile.
  4. Siapakah yang layak melanggan pelan Mukmin baharu ini?
    Pelan ini terbuka kepada individu yang bekerja dalam sektor kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), berumur antara 18 hingga 52 tahun.
  5. Berapakah bayaran yang perlu dibuat semasa pendaftaran?
    Yuran pendaftaran sebanyak RM60 dikenakan semasa pendaftaran.
  6. Saya merupakan penjawat awam dan kini melanggan pelan postpaidPLUS38. Bolehkah saya menaik taraf kepada Mukmin Plan yang baharu?
    Mukmin Plans yang baharu hanya tersedia untuk pendaftaran baharu. Pelanggan digalakkan untuk mendaftar menggunakan nombor baharu atau membuat port-in daripada telco lain bagi melanggan Mukmin Plan.
  7. Apakah syarat utama untuk menyertai program ini?
    Bayaran bulanan dibuat melalui potongan gaji ANGKASA. Pelan ini terbuka kepada penjawat awam yang jumlah potongan pada slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan tetap.
  8. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan pelan dalam tempoh kontrak 36 bulan?
    Sekiranya pelan ditamatkan dalam tempoh kontrak, bayaran seperti berikut akan dikenakan:
    Pelan Mukmin Nombor Biasa Nombor Premium
    Mukmin 188 RM106 × baki bulan dalam tempoh kontrak RM106 × baki bulan dalam tempoh kontrak atau RM88 × baki bulan dalam tempoh kontrak, mana-mana yang lebih tinggi.
    Mukmin 248 RM167 × baki bulan dalam tempoh kontrak RM106 × baki bulan dalam tempoh kontrak atau RM88 × baki bulan dalam tempoh kontrak, yang mana lebih tinggi.
    Mukmin 288 RM200 × baki bulan dalam tempoh kontrak RM200 × baki bulan dalam tempoh kontrak atau RM88 × baki bulan dalam tempoh kontrak, yang mana lebih tinggi.
  9. Berapakah jumlah potongan gaji bulanan untuk pelan Mukmin?
    Potongan gaji akan dibuat setiap bulan berdasarkan pelan yang dilanggan seperti berikut:
    Pelan Mukmin188 Mukmin248 Mukmin288
    Jumlah potongan gaji RM193.28 RM253.28 RM293.28
  10. Saya kini melanggan Mukmin 188 dengan potongan gaji sebanyak RM193.28. Apakah yang berlaku sekiranya saya membeli data tambahan? Adakah bayaran tersebut akan ditolak daripada gaji atau perlu dibayar sendiri?
    Jumlah potongan gaji adalah tetap. Sekiranya anda membeli data tambahan melalui aplikasi redONE 1App, bayaran tersebut perlu dibuat secara manual oleh pelanggan.
  11. Kontrak Mukmin Plan saya telah tamat dan tiada bil tertunggak. Bagaimanakah saya boleh menghentikan potongan gaji dan membuat bayaran secara manual melalui aplikasi redONE 1App?
    Sekiranya kontrak anda telah tamat dan tiada bil tertunggak, anda boleh menghantar e-mel kepada bizdev.support@redone.com.my untuk memohon pemberhentian potongan gaji.
  12. Saya ingin menamatkan Mukmin Plan. Bolehkah saya menghubungi Khidmat Pelanggan redONE Mobile atau perlu ke kedai redONE Mobile?
    Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan redONE Mobile terlebih dahulu untuk menyemak butiran akaun anda. Sekiranya tiada bil tertunggak dan kontrak telah tamat, pasukan Khidmat Pelanggan akan memberikan panduan mengenai proses penamatan.
  13. Saya tidak lagi berkhidmat sebagai penjawat awam. Apakah yang akan berlaku kepada bil Mukmin Plan saya?
    Sekiranya anda tidak lagi berkhidmat sebagai penjawat awam, bayaran bil perlu dibuat secara manual melalui aplikasi redONE 1App, dan bukan lagi melalui potongan gaji.
  14. Sekiranya saya memerlukan penjelasan lanjut mengenai jumlah potongan gaji, siapakah yang boleh saya hubungi?
    Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di +60 11-1090 1119 (teks sahaja) atau e-mel bizdev.support@redone.com.my. Pasukan kami akan membantu menjawab pertanyaan anda.
Takaful Hong Leong MSIG
  1. Apakah produk ini?
    Ini adalah takaful kemalangan peribadi komprehensif yang boleh membantu meringankan beban kewangan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan oleh kemalangan dan punca semula jadi.
  2. Apakah Konsep Shariah yang terpakai?
    • Tabarru’ – Bahagian tertentu Sumbangan yang Peserta bersetuju untuk menderma apabila berlakunya perkara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali yang membolehkannya memenuhi kewajipannya untuk saling membantu serta jaminan bersama sekiranya mana-mana rakan Pesertanya mengalami kerugian yang jelas di mana sumbangannya adalah bertujuan untuk membantu orang lain dan derma orang lain bertujuan untuk membantunya.
    • Iltizam bi Al-Tabarru’ – komitmen untuk bertabarru’.
    • Wakalah – pada asasnya hubungan ejen-prinsipal di mana Pengendali bertindak sebagai ejen bagi pihak Peserta untuk menguruskan PRF dan PA bagi pihak Peserta dan Pengendali memperoleh Yuran Wakalah untuk perkhidmatan yang diberikan.
    • Ju’alah – perjanjian di mana Peserta berjanji untuk memberi ganjaran kepada Pengendali atas pencapaian atau prestasi yang baik dalam menguruskan PRF yang membawa kepada lebihan PRF.
  3. Bolehkah saya membatalkan atau menamatkan sijil saya?
    Sijil ini disertakan dengan pelan Mukmin anda. Ia adalah faedah yang diberikan kepada anda sehingga anda menamatkan langganan pelan Mukmin anda.
  4. Apakah yang perlukah saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada butiran perhubungan saya?
    Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada pemegang sijil utama tentang sebarang perubahan dalam butiran hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
  5. Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
    Perlindungan adalah tertakluk pada Had Perlindungan Percuma seperti dalam Sijil Utama dan bayaran sumbangan oleh pemegang sijil utama. Notifikasi tuntutan adalah tertakluk kepada ‘Sunset Clause’ seperti tertera di sijil utama. Nota: Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak sijil untuk terma dan syarat di bawah sijil ini.
  6. Bilakah perlindungan insurans diaktifkan?
    Perlindungan takaful akan berkuat kuasa serta-merta selepas mendaftar tetapi untuk penyakit sedia ada, akan ada tempoh menunggu selama 12 bulan. Kematian akibat sebab-sebab semula jadi hanya dilindungi pada bulan 13 dan seterusnya. Nota: Untuk penyakit sedia ada, ia akan berdasarkan laporan pegawai perubatan apabila pelanggan ingin mengemukakan tuntutan kematian.
  7. Apakah perlindungan/ faedah yang disediakan?
    Perlindungan/faedah diringkaskan seperti di bawah:
    Faedah Jumlah Perlindungan Peserta
    Kematian (Punca Semula Jadi) RM 2,500.00
    Kematian (Punca Kemalangan) RM 12,500.00
  8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?
    Anda perlu memaklumkan kepada pemegang Sijil Induk (Master Certificate Holder) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada maklumat perhubungan bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.
  9. Sekiranya saya mempunyai dua langganan Mukmin Plan, adakah saya boleh membuat tuntutan bagi kedua-dua perlindungan?
    Tidak. Anda hanya boleh membuat tuntutan untuk SATU langganan, walaupun anda telah mendaftar untuk dua langganan Mukmin68A. Langganan kedua tidak akan mendapat manfaat Takaful Hong Leong MSIG.
  10. Berapa lamakah tempoh untuk proses tuntutan?
    Proses tuntutan akan mengambil masa sehingga 30 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  11. Adakah saya akan menerima pengesahan perlindungan Takaful dalam bentuk salinan fizikal?
    Tiada sijil individu akan dikeluarkan kerana Sijil Induk (Master Certificate) akan dikeluarkan kepada redONE Mobile. Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pengendali Takaful anda untuk mendapatkan bantuan.
  12. Akaun saya telah digantung. Adakah saya masih layak menerima perlindungan Takaful?
    Perlindungan Takaful masih berkuat kuasa, kecuali sekiranya bayaran tidak diterima selama dua (2) bulan atau sijil telah luput.
  13. Bagaimanakah cara saya membuat tuntutan?
    Pelanggan perlu hubungi pihak Hong Leong MSIG Takaful untuk proses tuntutan:
    Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
    Level 5, Tower B, PJ City Development,
    No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
    46100 Petaling Jaya, Selangor.
    Telephone: +603 7650 1800
    Facsimile: +603 7620 6730
    Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
    Website: https://www.hlmsigtakaful.com
  14. Jika saya melanggan dua pelan Mukmin, boleh saya membuat tuntutan untuk kedua-dua langganan?
    Anda cuma boleh menuntut SATU langganan sahaja walaupun anda mempunyai dua pelan Mukmin. Langganan kedua anda akan dikecualikan dari faedah Hong Leong MSIG Takaful.
  15. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
    Jika anda memerlukan maklumat tambahan tentang pelan ini, sila rujuk maklumat takaful atau anda boleh mendapatkan salinan daripada pemegang sijil utama. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi kami di:
    Hong Leong MSIG Takaful Berhad200601018337 (738090-M)
    Level 5, Tower B, PJ City Development,
    No. 15A, Jalan 219, Seksyen51A,
    46100 Petaling Jaya, Selangor.
    Telephone: +603 7650 1800
    Facsimile: +603 7620 6730
    Email: ReachUs@takaful.hongleong.com.my
    Website: https://www.hlmsigtakaful.com
1. Kelayakan & Pendaftaran
  1. Pelan ini hanya terbuka kepada kakitangan tetap Kerajaan dan pekerja Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang layak untuk skim Potongan Gaji ANGKASA, berumur 18 hingga 52 tahun pada tarikh pendaftaran.
  2. Pemohon yang mempunyai status Kebankrapan aktif atau di bawah pengurusan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah tidak layak.
  3. Jumlah potongan gaji (termasuk pelan ini) tidak boleh melebihi 60% daripada gaji kasar bulanan pemohon.
  4. Sah untuk Pendaftaran Baharu dan pelanggan MNP (Port-in) sahaja. Warganegara asing dan pendaftaran Mesin-ke-Mesin (M2M) adalah dilarang sama sekali.
2. Spesifikasi Pelan & Harga
Pelan Mukmin baharu ini terdiri daripada gabungan Pelan Perkhidmatan Mudah Alih (RM88/bulan) dan pelan Ansuran Peranti Pintar:
Nama Pelan Komitmen Bulanan Pelan Ansuran Peranti Data Berkelajuan tinggi 5G Panggilan Suara Tempoh Kontrak
Mukmin188 RM188 RM88 RM100 500GB Tanpa had ke semua rangkaian 36 Bulan
Mukmin248 RM248 RM88 RM160 500GB Tanpa had ke semua rangkaian 36 Bulan
Mukmin288 RM288 RM88 RM200 500GB Tanpa had ke semua rangkaian 36 Bulan
  1. Semua yuran komitmen bulanan yang dipaparkan adalah tidak termasuk Cukai Perkhidmatan (SST), yang akan dikenakan dalam bil bulanan sekiranya berkenaan.
  2. Yuran pendaftaran sebanyak RM60.00 dikenakan semasa langganan. Bayaran pendahuluan adalah dikecualikan.
3. Penyesuaian Bil Selepas Kontrak
  1. Apabila selesai Tempoh Kontrak TIGA PULUH ENAM (36) bulan kalendar, komponen ansuran peranti akan terhenti secara automatik.
  2. Bermula bulan ke-37 dan seterusnya, langganan bulanan anda akan dikurangkan secara automatik kepada RM88.00/bulan untuk pelan asas mudah alih.
4. Skim Potongan Gaji ANGKASA
  1. Pelanggan secara jelas bersetuju dan membenarkan potongan bulanan daripada gaji mereka melalui skim Biro Perkhidmatan ANGKASA.
  2. Skop Potongan Gaji: Potongan ANGKASA merangkumi yuran komitmen bulanan asas (termasuk SST yang berkenaan).
  3. Cas Tambahan: Sebarang penggunaan tambahan yang melebihi pakej pelan, Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS), perayauan (roaming), panggilan IDD, atau perkhidmatan premium hendaklah dibayar secara manual oleh pelanggan terus kepada redONE Mobile.
  4. Kehilangan Kemudahan Potongan Gaji: Sekiranya pelanggan berhenti menjadi pekerja Kerajaan/GLC atau kehilangan kelayakan potongan gaji sepanjang Tempoh Kontrak 36 bulan, mereka kekal bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjelaskan semua bil bulanan secara terus kepada redONE sehingga tamat kontrak.
5. Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) & Polisi Penggunaan
redCALL (Panggilan Suara Tanpa Had):
  1. Merangkumi panggilan domestik tanpa had ke semua rangkaian mudah alih dan talian tetap tempatan di seluruh Malaysia.
  2. Tidak merangkumi panggilan ke 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC, panggilan video, panggilan IDD, dan nombor khas/premium.
  3. Tertakluk secara ketat untuk penggunaan suara standard individu; penggunaan komersial, penggunaan pusat panggilan, panggilan automatik berterusan, atau SIM boxing adalah dilarang di bawah Polisi Penggunaan Saksama (FUP) redONE Mobile.
6. Pakej Data (500GB):
  1. Terpakai untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Penggunaan di luar negara tertakluk kepada kadar perayauan standard.
  2. Apabila penggunaan kuota kelajuan tinggi 500GB mencapai 100%, kelajuan internet akan dikurangkan kepada maksimum 6Mbps tanpa sebarang cas penggunaan tambahan. Pelanggan boleh membeli Tambah Nilai Data untuk mengembalikan kelajuan penuh.
7. Perlindungan Takaful Percuma:
  1. Merangkumi perlindungan Hong Leong MSIG Group Term Takaful (Khairat Kematian) percuma sehingga RM12,500 tanpa sebarang kos tambahan kepada pelanggan.
8. Terma Peranti & Penamatan Awal
Sekatan Sepanjang Tempoh Kontrak: Sepanjang tempoh 36 bulan, pelanggan TIDAK boleh:
  1. Menamatkan talian atau pelan ansuran peranti secara pramatang;
  2. MNP (Port-out) ke penyedia perkhidmatan lain;
  3. Mengurangkan taraf (downgrade) atau menukar pelan kadar;
  4. Penalti Penamatan Awal: Sekiranya berlaku penamatan pramatang sebelum 36 bulan, cas penamatan awal akan dikenakan, dikira seperti berikut:
  • Mukmin188: Cas pra-penamatan adalah (RM100 + RM6) × baki bulan kontrak, atau RM88 × baki bulan kontrak untuk Nombor Premium, mengikut mana yang lebih tinggi.
  • Mukmin248: Cas pra-penamatan adalah (RM160 + RM7) × baki bulan kontrak, atau RM88 × baki bulan kontrak untuk Nombor Premium, mengikut mana yang lebih tinggi.
  • Mukmin288: Cas pra-penamatan adalah (RM200 + RM0) × baki bulan kontrak, atau RM88 × baki bulan kontrak untuk Nombor Premium, mengikut mana yang lebih tinggi.

EN  |  BM

EN  |  BM