Nak postpaid paling berbaloi dengan harga mampu milik? 5G Postpaid18 sememangnya untuk anda! Dapatkan internet 10GB untuk kegunaan harian anda hanya pada RM18 sebulan!
Nak postpaid paling berbaloi dengan harga mampu milik? 5GPostpaid18 sememangnya untuk anda! Dapatkan internet 10 GB untuk kegunaan harian anda hanya pada RM18 sebulan!
*Untuk senarai penuh negara dan caj panggilan masing-masing, sila semak di sini.
*Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan, hanya terpakai untuk pengguna Pascabayar redONE.
1. Apakah pelan Pascabayar terbaru?
Pelan 5G Postpaid baharu kami menawarkan data bulanan berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan. Apabila data kuota anda kehabisan, tiada caj tambahan dikenakan kelajuan data anda hanya akan diperlahankan kepada 64kbps.
2. Apakah 5G Postpaid18?
Ini adalah pelan Pascabayar baharu kami dengan kuota data internet bulanan berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan.
| Pelan Pascabayar | 5G Postpaid18 |
|---|---|
| Yuran Bulanan | RM18 |
| Data | 10GB |
| Panggilan Suara | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian |
| Mobile Hotspot/Data boleh-kongsi | Akan ditolak dari kuota data |
3. Berapa lamakah tawaran ini?
Tawaran ini bermula dari 4 Mei 2026.
4. Di mana saya boleh mendaftar pelan ini?
Anda boleh kunjungi mana mana cawangan atau rakan niaga redONE kami atau juga melalui pendaftaran kendiri atas talian.
5. Siapa yang layak untuk melanggan pelan Pascabayar baharu ini?
Semua warganegara Malaysia atau warga asing yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu, port masuk nombor mudah alih (MNP) dan pertukaran pelan (kecuali M2M).
6. Berapa saya perlu bayar untuk pendaftaran?
RM10 yuran pendaftaran dan RM25 bayaran pendahuluan diperlukan semasa pendaftaran. Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan untuk tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang dari 6 bulan.
Jika anda ialah warga asing, anda perlu membayar deposit bersamaan dengan had kredit bulanan anda.
7. Bolehkah saya port-masuk kepada pelan Pascabayar baharu ini?
Ya, anda boleh port-masuk dan langgan pelan Pascayar baharu dengan syarat anda tidak ada baki tunggakan atau masih dalam kontrak dengan telco asal.
8. Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika saya mendaftar pelan ini?
Pelan ini tiada kontrak.
9. Setelah saya melanggan pelan ini, adakah saya dibenarkan untuk naik taraf kombo data bulanan?
Anda boleh membeli tambahan data satu-kali dengan menghubungi *123# atau log masuk ke 1App untuk pembelian.
10. Saya ialah pelanggan sedia ada 5G Postpaid10. Bolehkah saya naik taraf pelan saya kepada pelan baharu 5G Postpaid18 ini?
Ya, anda boleh! Anda boleh menaik taraf pelan sendiri dengan mudah, atau hubungi khidmat pelanggan kami yang mesra untuk bantuan lanjut.
11. Bolehkah saya daftarkan talian tambahan dengan pelan 5G Postpaid18?
Ya, anda boleh daftarkan sehingga 6 talian tambahan bagi setiap akaun Master.
12. Saya membeli tambahan satu-kali redVIDEO data mana yang akan digunakan dahulu?
Jadual di bawah merujuk kepada keutamaan penggunaan data:
| 5G Postpaid18 | |
|---|---|
| Keutamaan | Penggunaan Data |
| Pertama | Pembelian redVIDEO, redSOCIAL, redSTUDY, redMUSIC |
| Ke-2 | 10GB data kombo |
| Ke-3 | Pembelian Data Top Up |
| Ke-4 | Internet Asas @64kbps |
| Butiran Pelan | 5G Postpaid18 | |
|---|---|---|
| Akses Bulanan | RM18 | |
| Bayaran Pendahuluan (trmsk Cukai P’khidmatan) | RM25 | |
| Yuran Pendaftaran | RM10 | |
| Data Kelajuan Tinggi (5G/4G) | 10GB+ | |
| Panggilan (Per min.) | Panggilan tanpa had ke semua rangkaian | |
| Kadar SMS | Ke semua pengguna redONE Mobile | RM0.05/SMS |
| Ke rangkaian lain | RM0.10/ SMS | |
| MMS | RM0.20/MMS | |
| Tempoh Kontrak | Tiada kontrak | |
| Bil Internet | PERCUMA | |
| Had Kredit | RM50 | |
| Deposit Perayauan Antarabangsa | RM300 | |
1. Pelan 5G Postpaid18 akan tersedia bermula pada 4 Mei 2026.
2. Pelan ini terbuka untuk pelanggan pendaftaran baharu dan port-masuk MNP. Pelanggan M2M tidak boleh mendaftar untuk pelan ini.
3. Pelan ini boleh didaftarkan sebagai akaun Master ataupun Talian Tambahan.
4. Setiap akaun Master dibenarkan untuk mendaftar sehingga 6 akaun Talian Tambahan.
5. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan dalam bil bulanan anda.
6. Yuran akses bulanan untuk pelan 5G Postpaid18 hanya terpakai untuk kombo data kelajuan tinggi dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia dan talian tetap, bukan untuk panggilan video atau suara ke nombor khas.
7. Bayaran Pendahuluan dan Yuran Pendaftaran diperlukan. Bayaran Pendahuluan dikecualikan untuk pelanggan port-masuk MNP. Bayaran Pendahuluan yang dicaj akan digunakan untuk bayaran bil bulan pertama anda dan anda cuma perlu membayar sebarang baki dari bil bulan pertama.
8. Pendaftaran oleh pelanggan bukan warganegara Malaysia akan dikenakan caj deposit bersamaan dengan had kredit bulanan mereka.
9. VAS redCALL adalah kombo dengan pelan 5G Postpaid18 dan bukan pilihan. RM10 setiap bulan akan dicaj dalam bil untuk redCALL.
10. Data kombo, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian hanya terpakai untuk kegunaan domestik dalam Malaysia sahaja. Perayauan dan IDD akan dicaj berdasarkan kadar Pay-Per-Use (PPU).
11. Bil bulan pertama pelan ini, kombo data akan dipro-ratakan mengikut penggunaan data kombo data kelajuan tinggi pelanggan. Harga kegunaan pro-rata adalah seperti berikut:
| Nama Pelan | Penggunaan Data 25% atau kurang | Penggunaan Data 26% – 50% | Penggunaan Data 51% – 75% | Penggunaan Data 76% atau lebih |
|---|---|---|---|---|
| 5G Postpaid18 | RM2 | RM4 | RM6 | RM8 |
12. Jika berlaku pembatalan, tidak akan ada pengebilan pro-rata pada bil terakhir anda; anda akan dikenakan bayaran komitmen sebulan penuh.
13. Setelah mencapai 100% kegunaan kombo data kelajuan tinggi, penggunaan seterusnya akan dikurangkan kelajuan ke maksima 64Kbps tanpa ada caj tambahan. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambahan Data untuk kekal melayari internet pada kelajuan tinggi.
14. Permohonan tukar pelan kepada pelan baharu 5G Postpaid18 dibenarkan bermula 4 Mei 2026.














