Pelan redplanPLUS Baharu
- Apakah pelan Pascabayar baharu ini?
Pelan Pascabayar baharu ini merangkumi kuota data 5G/4G berkelajuan tinggi setiap bulan. Tidak perlu risau tentang caj tambahan sekiranya anda habis menggunakan data—kelajuan anda hanya akan dikurangkan kepada 64kbps sehingga kitaran seterusnya. Tambahan juga, anda boleh naik taraf pelan anda atau menambah talian tambahan dan nikmati telefon PERCUMA selepas 6 bulan langganan aktif.
- Berapa lamakah tawaran ini berlangsung?
Tawaran ini berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026.
- Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?
Sila kunjungi mana-mana kedai atau rakan niaga redONE Mobile. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar secara dalam talian pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda.
- Siapakah yang layak untuk mendaftar pelan pascabayar baharu ini?
Semua warga Malaysia dan warga asing berumur atas 18 tahun boleh mendaftar pelan ini. Pelan ini tersedia untuk pendaftaran baharu dan pindah-masuk nombor (MNP). (M2M terkecuali).
- Berapa jumlah perlu saya bayar semasa pendaftaran?
| Pelan Pascabayar | redplanPLUS38 | redplanPLUS48 |
|---|
| Bayaran Pendahuluan | RM38 | RM48 |
| Yuran Pendaftaran | RM10 | RM10 |
Bayaran pendahuluan untuk permintaan port-masuk talian (MNP) dikecualikan.
Jika anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi, deposit diperlukan bagi tempoh langganan dengan redONE Mobile kurang dari 6 bulan.
Jika anda warga asing, anda dikehendaki membayar deposit bersamaan dengan had kredit bulanan anda.
- Boleh saya gunakan kombo data untuk kegunaan hotspot?
Ya, anda boleh menggunakan untuk perkongsian hotspot.
- Jika saya tidak menghabiskan data bulanan saya, bolehkah baki kuota data yang tidak digunakan dibawa ke bulan hadapan?
Kuota Internet anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan luput.
- Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika mendaftar pada pelan ini?
Ya, pelan ini terikat dengan 6 bulan kontrak. Namun, jika anda mengambil nombor premium anda akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan.
redCALL
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 anda berjaya diaktifkan atau diport-masuk.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?
Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan redplanPLUS38 dan redplanPLUS48 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?
Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik dalam Malaysia sahaja.
- Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?
Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.
- Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?
Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.
- Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?
Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.
- Apa yang termasuk dalam panggilan tanpa had dengan redCALL?
Panggilan tanpa had termasuk:- Panggilan ke semua nombor mudah alih Malaysia (termasuk Pascabayar & Prabayar redONE).
- Panggilan ke nombor talian tetap di Malaysia.
- Apa yang TIDAK termasuk dalam panggilan tanpa had?
Berikut adalah pengecualian:- Panggilan ke nombor khas (1300, 1700, 1600, 1MOCC).
- Panggilan ke nombor premium dan nombor kadar khas.
- Panggilan video.
- Panggilan antarabangsa (IDD).
- Adakah terdapat sebarang sekatan penggunaan?
Ya, panggilan tanpa had adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Ia tidak boleh digunakan:- Dijual semula, disewa atau tujuan komersial.
- Panggilan rerouting dengan peranti, perisian atau auto dail.
- Pusat panggilan atau pemasaran melalui telefon atau panggilan persidangan.
- Panggilan berterusan, dial automatik dan komunikasi mesin ke mesin.
Fast Track Loyalty – Telefon Percuma
- Siapakah yang layak untuk tawaran telefon percuma?
Hanya pelanggan talian Master dengan pelan redplanPLUS38 atau redplanPLUS48 aktif layak untuk tawaran ini.
- Apa akan terjadi pada kontrak jika saya mengambil tawaran ini?
- Jika anda menerima tawaran ini dan mendaftar untuk pakej peranti talian tambahan, kontrak akaun Master anda akan diset semula dengan tempoh baharu selama 24 bulan.
- Jika anda pilih untuk naik taraf akaun Master kepada pelan kombo peranti, kontrak anda akan diset ke:
- 24 bulan untuk devicePRO68, atau
- 36 bulan untuk devicePRO98.
- Apakah kriteria untuk melayakkan tawaran ini?
Kriteria kelayakan:- Tempoh minima 6 bulan pada pelan semasa (180 hari dari tarikh daftar atau port-masuk MNP berjaya).
- Tiada sebarang sekatan atau penggantungan dalam tempoh 3 bulan yang terkini; talian Master dan mana-mana talian tambahan mesti aktif.
- Talian Master tidak di bawah kontrak.
- Tidak ada pakej peranti berkontrak yang masih aktif di bawah mana-mana Loyalty Project.
- Tiada tunggakan bayaran untuk semua akaun yang berkait dengan NRIC yang sama.
- Hanya talian yang berjaya aktif layak untuk menerima telefon percuma.
- Bolehkah saya naik atau turun taraf pelan saya selepas mengambil tawaran ini?
Tidak. Naik atau turun taraf pelan tidak dibenarkan selepas akaun master mengambil tawaran ini.
- Adakah terdapat sebarang pengecualian untuk program ini?
Ya. Pelanggan Korporat, M2M dan warga asing tidak layak untuk tawaran ini.