Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.
Sesuatu untuk semua orang

Semua harga yang dinyatakan tidak termasuk Cukai Perkhidmatan.

* Penggunaan data tanpa had tetapi apabila kuota data 4G LTE bulanan habis, sambungan akan dikurangkan kepada 64kbps, bergantung pada lokasi pengguna dan keadaan rangkaian semasa.

** kelajuan redDAILY 1GB dan 1.5GB tidak dihadkan.

*** Selepas penggunaan 100% data berkelajuan tinggi yang digabungkan, penggunaan seterusnya akan dicaj pada kadar Bayar Setiap Penggunaan sebanyak RM0.10/MB. Pelanggan boleh memilih untuk membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari Internet dengan kelajuan tinggi.

Semak Liputan

Dikuasakan oleh CelcomDigi, pengguna redONE kami dapat menikmati rangkaian rangkaian terluas dan terbaik yang sama di seluruh Malaysia.

Cari Ejen

Lawati salah satu ejen atau rakan kongsi kami yang dilantik di rantau anda.

  1. Tawaran ini mengenai apa?

    Tawaran ini bertujuan untuk beri peluang pelanggan talian Master redONE menambah talian tambahan di bawah Akaun Master mereka.

  2. Berapa lamakah tawaran ini?

    Tawaran ini berkuat kuasa mulai 01 Oktober 2025.

  3. Di manakah saya boleh mendaftar untuk pelan ini?

    Anda boleh mengunjungi mana-mana Cawangan & Rakan Niaga redONE.

  4. Siapakah yang layak melanggan pelan Pascabayar baharu ini?

    Semua pelanggan akaun Master dengan pelan komitmen bulanan RM38 ke atas (tidak termasuk Korporat, M2M dan warga asing).

  5. Bolehkah saya menggunakan data yang dibundel untuk hotspot?

    Data yang dibundel adalah untuk kegunaan peribadi. Jika anda berkongsi data melalui hotspot, penggunaan akan ditolak daripada kuota data hotspot anda.

  6. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan data hotspot?

    Tidak, data hotspot akan diaktifkan secara automatik selepas pelan Family38 anda berjaya diaktifkan atau berjaya diport-in.

  7. Apa yang berlaku jika saya menggunakan semua data hotspot?

    Fungsi perkongsian data akan disekat buat sementara waktu. Untuk terus berkongsi data, anda boleh membeli Tambahan Data (Data Top-Up).

  8. Jika saya tidak habis menggunakan data asas dan hotspot, bolehkah ia dibawa ke bulan berikutnya?

    Malangnya, kuota Internet dan Hotspot anda hanya sah sehingga akhir bulan. Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya dan akan luput.

redCALL

  1. Apakah itu redCALL?

    redCALL ialah Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) baharu yang membolehkan pelanggan dengan penggunaan suara tinggi membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  2. Perlukah saya mengaktifkan / melanggan redCALL?

    Tidak, redCALL akan diaktifkan secara automatik selepas pelan Family38 anda berjaya diaktifkan atau diport-in.

  3. Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya hentikannya?

    Tidak, anda tidak boleh menghentikan redCALL. Ia disertakan bersama pelan Family38 supaya anda boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.

  4. Adakah panggilan tanpa had ini sah untuk panggilan semasa roaming?

    Tidak, panggilan tanpa had ini hanya sah untuk panggilan domestik di Malaysia sahaja.

  5. Adakah panggilan tanpa had ini termasuk panggilan ke talian tetap seperti nombor 03?

    Ya, panggilan tanpa had ini merangkumi semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas tidak termasuk.

  6. Adakah Polisi Penggunaan Saksama dikenakan untuk panggilan tanpa had?

    Ya, Polisi Penggunaan Saksama sebanyak 100 jam sebulan dikenakan.

  7. Apa akan berlaku jika saya melebihi had Polisi Penggunaan Saksama?

    Anda masih boleh membuat panggilan ke nombor rangkaian lain dengan kadar RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar tersebut.

Pelan Family38 Baharu

Perincian Pelan Family38
Akses Bulanan RM38
Bayaran Pendahulua Dikecualikan
Yuran Pendaftaran Dikecualikan
Data Kelajuan Tinggi 130GB+
Hotspot (5G/4G) 50GB
Kombo Tambahan – redCALL Panggilan tanpa had ke semua rangkaian
Kadar SMS Ke semua pengguna redONE RM0.05
Ke rangkaian lain RM0.10
MMS RM0.20
Tempoh Kontrak Tiada kontrak / 24 bulan (Nombor Premium)
  1. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk cukai perkhidmatan yang akan dikenakan ke atas anda di dalam bil bulanan.

  2. Bayaran Pendahuluan dikecualikan untuk pendaftaran baru dan pelanggan port-masuk MNP.

  3. Yuran akses bulanan untuk pelan Family38 merangkumi data kelajuan tinggi, data hotspot dan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia (termasuk nombor talian tetap). Ia tidak termasuk panggilan video atau suara ke nombor khas.

  4. VAS redCALL telah dikombokan dengan pelan Family38 dan bukan pilihan. Yuran RM10 setiap bulan akan dikenakan untuk redCALL.

  5. Kombo data untuk Family 38 akan dipro-ratakan mengikut kegunaan data kelajuan tinggi pelanggan. Caj kegunaan pro-rata adalah seperti berikut:

    Nama Pelan Penggunaan Data
    25% atau kurang
    Penggunaan Data
    26% – 50%
    Penggunaan Data
    51% – 75%
    Penggunaan Data
    76% atau lebih
    Family38 RM7 RM14 RM21 RM28
  6. Setelah data kombo kelajuan tinggi telah habis digunakan, penggunaan seterusnya akan ditolak dari internet asas pada kelajuan diperlahankan 64Kbps. Pelanggn boleh membeli Tambah Nilai Data untuk terus melayari internet pada kelajuan tiggi.

  7. Pelan Family38 terbuka untuk pendaftaran nombor baharu redONE dan port-masuk MNP.

  8. Setiap talian Master yang layak boleh mendaftar sehingga enam (6) talian tambahan Family38 per Master akaun.

  9. Penukaran pelan: Talian Family38 tidak boleh untuk turun taraf, tapi naik taraf dibenarkan.

Kelayakan Pelan Family38

  1. Pelan Family38 ini terbuka untuk pelanggan talian Master dengan:

    • Pelanggan talian Master dengan komitmen bulanan RM38 dan ke atas sahaja

    • Good pay master (Talian tidak disekat atau digantung dalam 3 bulan terkini)

    • Talian Master atau tambahan semasa mesti dalam mod aktif. Sebarang bentuk penggantungan atau sekatan tidak dibenarkan.

    • Pelanggan akaun Master pelan lain yang menukar pelan mereka ke mana-mana pelan komitmen bulanan RM38 dan ke atas yang tersedia mesti memenuhi kriteria i, ii, iii, iv.

  2. Bil secara individual TIDAK dibenarkan untuk talian Family38.

  3. Talian Family38 TIDAK dibenarkan untuk naik taraf ke talian Master.

  4. Akaun Master TIDAK dibenarkan untuk turun taraf pelan setelah mengambil tawaran ini.

  5. Korporat, M2M dan warga asing tidak dibenarkan untuk melanggan pelan ini.

redCALL

  1. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL menawarkan panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian dan hanya boleh digunakan untuk penggunaan domestik dalam rangkaian Malaysia sahaja. Panggilan video dan panggilan ke nombor khas adalah dikecualikan.

  2. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL adalah bergabung dengan pelan Family38 BAHARU dan bukan pilihan. RM10 akan dicaj ke dalam bil setiap bulan.

  3. Panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Semua panggilan domestik ke redONE Postpaid, redONE Prepaid dan pengendali mudah alih lain

    • Semua panggilan domestik ke nombor tetap kebangsaan

  4. PANGGILAN yang DIKECUALIKAN dari panggilan suara tanpa had merangkumi:

    • Panggilan ke nombor 1300 / 1700 / 1600 / 1MOCC

    • Panggilan ke nombor khas dan premium

    • Panggilan video

    • Panggilan IDD

  5. Khidmat Nilai-Tambah (VAS) redCALL akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1hb bulan.

  6. Panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia TIDAK boleh:

    • Dijual, disewakan, atau digunakan dalam apa jua cara selain daripada individu membuat panggilan kepada pengguna rangkaian lain di Malaysia.

    • Digunakan untuk pengalihan panggilan (sambungan dengan peranti/perisian/aplikasi).

    • Digunakan untuk menetapkan peranti sambungan yang boleh mengekalkan talian terbuka secara berjam-jam.

    • Digunakan untuk beberapa panggilan serentak dan panggilan persidangan.

    • Digunakan untuk pusat panggilan dan pemasaran telefon.

    • Digunakan untuk panggilan berterusan untuk tempoh yang panjang, penggilan automatik, dan komunikasi mesin ke mesin.

Hotspot

  1. Data hotspot disertakan dengan pelan pascabayar Family38 baharu dan tidak boleh dipilih secara berasingan.

  2. Data hotspot hanya boleh digunakan untuk perkongsian data dalam rangkaian Malaysia sahaja. Perkongsian data semasa berada di luar negara akan dikenakan caj perayauan data. Pelanggan akan dikenakan caj berdasarkan kadar data yang dikenakan oleh pengendali perayauan redONE di negara tersebut semasa menggunakan perkhidmatan redONE bersama rakan kongsi perayauan luar negara.

  3. Data hotspot akan diperbaharui secara automatik pada setiap 1 haribulan.

  4. Data hotspot akan tamat tempoh pada akhir bulan kalendar. Sebarang baki data hotspot yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

  5. Sekiranya pelanggan ingin menukar pelan langganan daripada pelan BAHARU Family38 kepada pelan lain, data hotspot akan ditamatkan secara automatik.

  6. Setelah 100% penggunaan data hotspot, fungsi perkongsian data akan disekat. Pelanggan boleh memilih untuk membeli booster data atau Tambahan Data (Data Top Up) untuk terus menggunakan fungsi perkongsian data.

English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag

EN | BM

EN | BM