Pelan powerGADGET Baharu
Pembaharuan Bundel Peranti
- Apa yang berubah dalam Pembaharuan Bundel Peranti ini?
Porfolio Bundel Peranti telah diperbaharui dengan jenama powerGADGET baharu, pengenalan bagi pelan baharu powerGADGET128, pembaharuan manfaat pelan dan program Naik Taraf Talian Master baharu.
- Adakah pelan sedia ada devicePRO68 dan devicePRO98 masih tersedia?
TIDAK. Bermula 17 Ogos 2026 dan seterusnya siri pelan powerGADGET akan dipasarkan. Pelanggan sedia ada pelan devicePRO akan kekal pada langganan mereka.
- Apakan pelan baharu powerGADGET128?
powerGADGET128 adalah pelan bundel peranti premium baharu kami dengan komitmen bulanan RM128 didatangkan dengan 700GB data berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had dan hanya 24 bulan kontrak.
- Bolehkah pelanggan baharu melanggan tiga pelan tersebut?
Ya. Pelanggan pendaftaran baharu dan port-masuk MNP boleh melanggan pelan powerGADGET68, powerGADGET98 atau powerGADGET128, tertakluk pada kelayakan NRIC dan semakan kredit.
- Adakah terdapat sebarang perubahan pada tempoh kontrak?
Tidak. Tempoh kontrak 24 bulan adalah tetap untuk semua pelan bundel peranti powerGADGET.
- Adakah pilihan Higher Advance Payment (HA) masih tetap ditawarkan untuk pelanggan?
Ya. Pelanggan boleh memilih pilihan Higher Advance Payment (HA) jika perlu berdasarkan pada syarat kelayakan talian.
- Adakah redCALL telah disertakan?
Ya. redCALL kekal sebagai ciri kombo wajib untuk semua pelan powerGADGET.
Pelan Baharu powerGADGET
- Rekod pembayaran apakah yang diperlukan untuk kelayakan bundel peranti?
Untuk kelayakan, semua akaun Master berkait dengan NRIC anda mesti mempunyai rekod pembayaran bersih – tiada tunggakan bil dan pembayaran tepat waktu yang konsisten.
- Adakah kelayakan terpakai untuk bil secara individu atau mengikut NRIC secara keseluruhan?
Kelayakan adalah berdasarkan NRIC anda. Yang bermaksud kami akan melihat keseluruhan status bayaran untuk semua akaun tersenarai dibawah NRIC anda – bukan hanya satu.
- Boleh saya memohon jika salah satu akaun dibawah NRIC saya mempunyai tunggakan bil?
Malangnya, tidak. Semua akaun di bawah NRIC yang sama harus bebas dari sebarang tunggakan atau bayaran lewat untuk melayakkan.
- Adakah peraturan ini terpakai untuk semua pendaftaran baharu dan naik taraf pelan?
Ya, ia terpakai untuk semua pendaftaran baharu bundel peranti dan naik taraf bagi talian Master sedia ada.
- Berapa jumlah bundel peranti yang boleh didaftarkan di bawah satu NRIC?
Setiap NRIC layak untuk satu pelan bundel peranti yang aktif pada satu-satu masa, tertakluk pada semakan dan kelulusan dalaman.
- Adakah talian tambahan juga dikira dalam semakan kelayakan?
Tidak, hanya akaun Master sahaja akan diperiksa apabila semakan rekod pembayaran dan kelayakan dibuat.
- Apa akan terjadi jika saya terlepas bayaran selepas mendaftar bundel peranti?
Terlepas bayaran akan mempengaruhi kelayakan anda untuk bundel peranti pada masa akan datang dan mungkin akan menyebabkan gangguan perkhidmatan serta pembatalan kontrak.
Pelanggan Sedia Ada (Loyalty Talian Tambahan)
- Tawaran ini berkenaan apa?
Ini adalah tawaran yang memberi peluang kepada pelanggan setia akaun Master Pascabayar redONE RM38 dan keatas untuk mendaftar pelan bundel peranti dengan pilihan peranti yang menarik.
- Bila saya boleh mula mendaftar tawaran ini?
Tawaran ini akan bermula pada 17 Ogos 2026.
- Dimana saya boleh mendaftar untuk tawaran ini?
Anda boleh mendaftar di mana-mana cawangan atau rakan niaga redONE Mobile.
- Siapa yang boleh mengambil tawaran ini?
Pelanggan dengan ciri kelayakan berikut:
- Pelanggan talian Master sedia ada redONE Mobile dengan komitmen RM38 dan ke atas serta tempoh langganan melebihi 12 bulan (kecuali Korporat, Warga Asing, MyFon dan M2M).
- Berapa banyak telefon percuma boleh saya dapat melalui tawaran ini?
Pelanggan talian Master berkelayakan boleh menambah satu talian bundel peranti pada akaun mereka untuk melayakkan 1 (satu) telefon percuma sahaja.
- Adakah terdapat sebarang Bayaran Pendahuluan diperlukan untuk tawaran ini?
Tidak. Tiada Bayaran Pendahuluan diperlukan.
- Adakah terdapat sebarang yuran pendaftaran diperlukan?
Ya, RM50 yuran pendaftaran diperlukan untuk mengambil tawaran ini.
- Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika mengambil tawaran ini?
Ya, tawaran ini tertakluk pada 24 bulan tempoh kontrak.
- Kenapa kontrak diperlukan untuk menikmati tawaran ini?
Ini adalah promosi peranti bersubsidi dari redONE Mobile dan kontrak ditetapkan untuk memastikan anda kekal sebagai pelanggan redONE Mobile dalam tempoh masa minima.
- Selepas saya mengambil tawaran ini, adakah saya dibenarkan untuk menukar pelan?
Anda dibenarkan untuk bertukar ke pelan standard lain selepas tempoh kontrak anda tamat.
- Apa akan terjadi jika saya menamatkan talian dalam tempoh kontrak?
Anda dikehendaki untuk membayar denda pembatalan awal sebanyak RM700. Jika anda mendaftar nombor premium, denda pembatalan awal adalah RM68 X baki bulan kontrak.
Pelanggan Sedia Ada (Naik Taraf Talian Master)
- Apakah program terbaharu Naik Taraf Talian Master?
Pelanggan Talian Master sedia ada kini boleh naik taraf talian kepada bundel peranti berdasarkan tempoh langganan (LOS) mereka.
- Apakah pilihan naik taraf yang tersedia?
Terdapat tiga pilihan: Naik taraf Standard (tiada syarat LOS), Naik Taraf Trek Pantas (minima LOS 6 bulan) dan Naik Taraf Loyalty (minima LOS 12 bulan).
- Apakah manfaat jika memenuhi syarat LOS?
Pelanggan yang berkelayakan di bawah program Trek Pantas dan Naik Taraf Loyalty menikmati pengecualian Bayaran Pendahuluan standard.
- Bagaimana Tempoh Langganan (LOS) dikira?
LOS dikira bermula dari tarikh pengaktifan pelan asal pelanggan atau tarikh port-masuk MNP berjaya.
- Bolehkah pelanggan dengan tempoh langganan kurang dari 6 bulan menaik taraf?
Ya. Mereka masih boleh naik taraf melalui pilihan Naik Taraf Standard, tertakluk pada Bayaran Pendahuluan yang akan dikenakan.
- Apakah syarat bayaran?
Pelanggan mesti mengekalkan rekod pembayaran bersih. Setiap akaun Master di bawah NRIC yang sama mesti tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran untuk melayakkan.
- Adakah naik taraf akan set semula kontrak?
Ya. Setelah berjaya Naik Taraf Talian Master, talian yang dinaik taraf akan dikenakan kontrak baharu selama 24 bulan.
- Bolehkah akaun Korporat, M2M atau Warga Asing mengambil bahagian?
Tidak. Akaun Korporat, M2M dan Warga Asing tidak layak untuk program Naik Taraf Talian Master ini.
Peranti PERCUMA
- Saya tidak mahu peranti PERCUMA. Bolehkah saya menukarnya dengan wang tunai?
Peranti ini diberikan kepada anda PERCUMA dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
- Bagaimanakah saya boleh menyemak stok di kedai Premier redONE Mobile? Adakah maklumat ini akan tersedia di laman web redONE Mobile?
Tidak, maklumat itu tidak tersedia dalam laman web redONE Mobile. Sila pergi ke Cawangan redONE Mobile atau rakan niaga Premier Shop terdekat untuk menyemak stok.
- Apakah tempoh waranti peranti?
Semua peranti disertakan dengan tempoh waranti pengilang standard selama 1 tahun.
- Jika peranti saya rosak, ke manakah saya boleh pergi untuk pembaikan?
Untuk sebarang pertanyaan selepas jualan, pelanggan mesti merujuk kembali kepada pengilang atau melawat laman.
redCALL (powerGADGET68, powerGADGET98, powerGADGET128)
- Apakah itu redCALL?
redCALL ialah Khidmat Nilai Tambah (VAS) yang membolehkan pelanggan yang sering membuat panggilan untuk membuat panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah saya perlu mengaktifkan / melanggan redCALL?
Tidak. redCALL akan diaktifkan secara automatik apabila pelan powerGADGET68, powerGADGET98 atau powerGADGET128 anda telah berjaya didaftarkan.
- Saya tidak mahu perkhidmatan redCALL. Bolehkah saya membatalkannya?
Tidak, anda tidak boleh membatalkan perkhidmatan redCALL. Ia digabungkan secara kombo dengan pelan powerGADGET68, powerGADGET98 atau powerGADGET128 untuk anda menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian di Malaysia.
- Adakah panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian boleh digunakan semasa saya dalam perayauan di luar negara?
Tidak. Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian hanya sah untuk panggilan domestik di dalam Malaysia sahaja.
- Adakah panggilan suara tanpa had termasuk panggilan ke talian tetap contohnya nombor 03?
Ya. Panggilan suara tanpa had termasuk semua panggilan domestik ke nombor mudah alih dan nombor talian tetap di Malaysia. Panggilan ke nombor khas dikecualikan.
- Adakah terdapat Polisi Penggunaan Saksama untuk panggilan suara tanpa had?
Ya. Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian tertakluk pada Polisi Penggunaan Saksama kami, yang akan dikenakan jika penggunaan anda melebihi 100 jam sebulan.
- Apakah yang berlaku apabila saya melebihi Polisi Penggunaan Adil (FUP) untuk panggilan tanpa had?
Anda boleh terus menghubungi nombor rangkaian lain pada RM0.15 seminit untuk baki hari dalam bulan kalendar.