Tidak rumit. Tiada komitmen yang kompleks. Lebih daripada sekadar prabayar. Dengan pendekatan ini, redONE Mobile, Telco Komuniti Malaysia, memperkenalkan The ONE Prepaid, tawaran baharu yang direka untuk memberikan rakyat Malaysia cara yang mudah, fleksibel dan lebih memberi ganjaran untuk kekal berhubung.
Dengan nama, penampilan dan pengalaman yang serba baharu, The ONE Prepaid mengambil pendekatan TIDAK RUMIT terhadap prabayar, memberikan rakyat Malaysia cara yang mudah untuk mendapatkan sambungan, di samping lebih banyak peluang untuk menerima ganjaran selain daripada penggunaan mudah alih mereka.
Konsep LEBIH Data dan LEBIH Nilai hadir dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi keperluan penggunaan pelanggan, manakala Aplikasi redONE Prepaid menawarkan LEBIH GANJARAN menerusi pengumpulan mata redCOINS yang boleh ditebus dengan ganjaran dan baucar. Pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah lebih besar menerusi cabutan khas.
Bagi redONE Mobile, The ONE Prepaid bukan sekadar pelancaran satu lagi pelan prabayar. Ia bertujuan mengurangkan perkara yang tidak perlu untuk perkhidmatan prabayar, sambil memberikan pelanggan lebih banyak sebab untuk terus menggunakan perkhidmatan dan berinteraksi dengan redONE Mobile selepas mereka mengaktifkan kad SIM.
Tawaran ini khususnya sesuai untuk segmen belia, terutamanya pelajar, yang mencari pilihan untuk mendapatkan sambungan mudah alih tanpa komitmen, manakala pelbagai pilihan yang tersedia membolehkan pelanggan memilih berdasarkan corak penggunaan mereka sendiri tanpa terikat kepada satu pilihan sahaja.
Tawaran prabayar baharu ini bermula dengan pek permulaan RM8, yang disertakan dengan BONUS pengaktifan 1GB PERCUMA dan kredit RM5 PERCUMA. Pelanggan yang membuat port-in atau bertukar ke The ONE Prepaid akan turut menerima kredit RM5 PERCUMA selama enam bulan.
Pelanggan mendapat akses kepada liputan 5G pantas di seluruh negara dan boleh memilih pilihan pelan internet mudah alih (MI) mengikut keperluan mereka. Bagi mereka yang mencari pilihan mampu milik untuk kegunaan harian, pelan MI ONE25 menawarkan 180GB hanya pada RM25 untuk tempoh 30 hari, menjadikannya pilihan praktikal untuk pelbagai jenis pengguna. Pilihan MI lain turut tersedia untuk memberikan pelanggan fleksibiliti bagi pelanggan memilih berdasarkan keperluan penggunaan mereka, iaitu daripada RM3 untuk kegunaan harian hingga RM38 untuk pelan setahun.
The ONE Prepaid juga memberikan pelanggan peluang untuk mendapatkan lebih banyak manfaat daripada redONE Mobile. Pelanggan yang menaik taraf ke pelan redONE Postpaid selepas enam bulan akan menerima telefon 5G PERCUMA.
“Pendekatan TIDAK RUMIT bermaksud memastikan segala-galanya mudah untuk pelanggan. LEBIH MEMBERI GANJARAN pula adalah tentang memberikan sesuatu yang lebih, bukan sekadar data yang digunakan. Itulah yang ingin dibawakan melalui The ONE Prepaid – pengalaman prabayar yang mudah dari awal, dengan lebih banyak manfaat yang boleh dinikmati sepanjang penggunaan,” kata Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, redONE Mobile.
Sebagai Telco Komuniti Malaysia, redONE Mobile memahami bahawa keperluan pelanggan sentiasa berubah. The ONE Prepaid diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha redONE Mobile untuk terus menyediakan pilihan yang relevan dengan gaya hidup dan keperluan semasa rakyat Malaysia.
The ONE Prepaid kini boleh didapati di semua kedai redONE Mobile, termasuk kedai Rakan Niaga dan pengedar prabayar.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini dan tawaran menarik lain daripada redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile) dan Instagram (@redonemobile.my).
