Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Pemenang-Pemenang Utama Peraduan ‘Senang Menang Merdeka’ redONE Bawa Pulang Motosikal Baharu

KUALA LUMPUR redONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, baru-baru ini mengadakan majlis penyampaian hadiah utama bagi peraduan Senang Menang Merdeka 2022 kepada para pemenang.

Peraduan itu dianjurkan sempena sambutan Merdeka ke65 Malaysia serta Ulang Tahun ke10 redONE dengan hadiah bernilai sehingga RM65,000 untuk dimenangi pelanggannya. Untuk menyertai peraduan, pelanggan dikehendaki mendaftar talian baharu atau port-in kepada redONE Postpaid pada pelan minimum RM8 antara 1 dan 30 September 2022.

Pada majlis penyampaian hadiah, Farid Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif redONE menyampaikan hadiah kepada pemenag hadiah utama, Muhammad Afiq Rizqin bin Mohamad Rapi, Nuraini Binti Mohamad Zariman dan Noor Amierazatyka binti Ayob di mana masing-masing membawa pulang Yamaha NMAX, Yamaha Avantiz dan Yamaha Legenda 115z baharu.

“Peraduan Senang Menang Merdeka 2022 yang kami anjurkan pada tahun lepas sebagai tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang mempercayai dan memberi sokongan sejak awal penubuhan syarikat, mendapat sambutan yang menggalakkan. Kami berbesar hati dapat bersua muka dengan pemenang-pemenang hadiah utama dan berhasrat dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di samping menawarkan produk dan ganjaran yang lebih menarik untuk pelanggan kami pada masa akan datang,” ujar Farid Yunus.

Selain motosikal, antara hadiah menarik lain yang diberikan kepada pemenang peraduan Senang Menang Merdeka 2022 termasuk iPhone, iPad, telefon pintar, tablet, baucar beli-belah dan banyak lagi.

Pelan redONE Postpaid dari harga serendah RM8 sebulan boleh didapati di semua rakan jualan redONE di seluruh negara, atau melalui pendaftaran sendiri pelanggan di redONE.com.my.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM