Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE rai rakan jualan seluruh negara dan beri ganjaran lumayan

Genting Highlands – redONE Network Sdn Bhd (redONE), Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, mengadakan makan malam penghargaan rakan kongsi tahunannya, redONE Star Nite 2023 pada 11 Februari lalu. Dengan tema ‘Melangkah Ke Dekad Seterusnya’ acara hebat itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC), Genting Highlands untuk meraikan pencapaian dan prestasi cemerlang rakan jualannya pada tahun 2022 serta sempena memperingati ulang tahun ke-11 syarikat dengan malam ganjaran dan persembahan.

Bermula dengan tarian singa oleh rombongan Tarian Singa Wan Seng Hang yang terkenal, redONE Star Nite 2023 telah dihadiri oleh lebih 1,400tetamu yang terdiri daripada rakan jualan dan strategik bersama pasukan pengurusan kanan serta kakitangan redONE. Anugerah Rakan Kongsi Teratas Prabayar redONE 2022 dan Anugerah Pascabayar redONE juga disampaikan kepada penerima yang layak.

Sepanjang malam yang gilang-gemilang itu, insentif tunai berjumlah RM728,888 telah diberikan kepada 57 rakan jualan atas prestasi cemerlang mereka dalam 14 kategori termasuk Penjualan Tertinggi Nasional dan Serantau, Pengedar, Jualan dan Pengambilan Penasihat Jualan Tertinggi. Beberapa pusingan cabutan bertuah turut dijalankan di mana 30 pemenang bertuah membawa pulang gajet, baucar dan kredit eWallet bernilai RM86,000.

Dalam acara tersebut, redONE juga mengumumkan tajaan 2023 untuk 3 kelab bola sepak tempatan iaitu PDRM FC, Sabah FC dan Imigresen FC. Setiap pasukan mempamerkan kemahiran mereka di atas pentas kepada orang ramai yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Pelbagai perkongsian strategik turut ditampilkan dan diperkenalkan semasa majlis makan malam itu termasuk pelancaran Pelan Mukmin68 antara redONE dan ANGKASA.

Inisiatif itu bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan dan membantu meningkatkan pendapatan kakitangan awam serta GLC di samping membantu mereka memperoleh keuntungan jangka panjang.

Kemuncak redONE Star Nite 2023 ialah Car Bonanza Premier dan Standard Giveaway yang dinanti-nantikan di mana 20 kereta baharu dan 5 motosikal telah diberikan kepada rakan jualan yang layak dalam cabutan bertuah ini.

Kereta yang diberikan untuk Car Bonanza Premier ialah BMW X1 (1 unit), Honda CR-V (1 unit), Mazda CX-5 (1 unit), Nissan X-TRAIL (1 unit) dan Toyota Corolla Cross (1 unit) . Satu (1) tiket cabutan bertuah Kereta Bonanza diberikan kepada setiap rakan jualan untuk setiap 365 talian pascabayar yang diaktifkan sepanjang tahun 2022.

Bagi Car Bonanza, satu (1) tiket cabutan bertuah diberikan kepada setiap rakan jualan bagi setiap 100 talian pascabayar yang telah diaktifkan sepanjang tahun 2022. Kenderaan yang diberikan ialah kereta Proton X50 (5 unit), Perodua Ativa (5 unit), Perodua Bezza (5 unit) dan motosikal Yamaha XMax250 (5 unit).

Ketua Pegawai Jualan redONE Ben Teh, mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi atas dedikasi berterusan mereka sepanjang tahun dan beliau memaklumkan pada tahun ini redONE menyasarkan untuk mengaktifkan sebanyak 450,000 talian. Beliau turut mengumumkan strategi jualan dan sasaran jualan redONE sebanyak RM600 juta untuk tahun 2023.

“Selepas mengharungi tahun 2022 yang mencabar namun berjaya mencapai banyak sasaran, saya percaya tahun 2023 akan menjadi tahun yang lebih hebat untuk kami,” kata Ben.

“Tahun 2023 amat penting untuk redONE kerana kehidupan rakyat di negara ini kembali normal menerusi peralihan ke fasa endemik selepas memerangi Covid-19 selama dua tahun. Kita perlu tunjukkan kebolehan redONE yang sebenar. Saya amat optimis jenama redONE akan terus kukuh menerusi komitmen dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh rakan jualan di seluruh negara serta jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak. Setelah melancarkan redONE di Singapura dan Thailand, kami sedang dalam perancangan untuk pelan penubuhan di negara-negara ASEAN lain di masa hadapan dan menantikan kerjasama dengan lebih ramai rakan niaga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus.

– Tamat –

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM