Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

redONE lantik CEO baharu untuk Malaysia

Ameen Amaendran kembali ke redONE

Kuala Lumpur – redONE Network Sdn Bhd (redONE) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ameen Amaendran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk Malaysia. Beliau menggantikan Farid Yunus yang dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Holdings.

Ameen mempunyai banyak pengalaman melalui penglibatan beliau dalam industri telekomunikasi sejak 22 tahun lalu dan telah memegang pelbagai peranan dalam dua pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia. Sejak 2018, beliau dipinjamkan oleh CelcomDigi kepada Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) tempatan lain, di mana beliau berjaya mengubah perniagaan tersebut yang mengalami kerugian menjadi MVNO yang menjana keuntungan lapan angka setiap tahun.

Pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif akan menjadi tugasan kedua beliau di redONE, setelah dipinjamkan oleh CelcomDigi selama setahun pada Februari 2016.

“Saya tidak sabar untuk kembali ke redONE, terutamanya untuk membantu mengembangkan bahagian pasaran mereka dalam segmen prabayar. Sebagai satu-satunya MVNO pascabayar di Malaysia dengan lebih sejuta pelanggan, redONE mempunyai peluang pertumbuhan yang ketara dengan prabayar,” kata Ameen.

Selain menawarkan perkhidmatan mudah alih pascabayar dan prabayar, redONE juga menceburkan diri dalam pembiayaan mikro menerusi pelancaran redCASH awal tahun ini yang menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 kepada pelanggan sedia ada. Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk insurans (redCARE) dan barangan elektronik (redMALL). Untuk melanggan, pelanggan boleh mengunjungi rakan-rakan niaga redONE di seluruh negara atau mendaftar sendiri di redonemobile.com.my atau menerusi aplikasi mudah alih.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM