Urus akaun anda dengan mudah, bayar bil dan dapatkan ganjaran dengan redONE 1App.

Ganjaran Terunggul Bernilai Lebih RM1 juta Menanti Rakan Jualan Cemerlang redONE

Kuala Lumpur – redONE Network Sdn Bhd (redONE), Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN meneruskan tradisi meraikan dan menghargai rakan-rakan niaga jualannya di seluruh negara atas pencapaian serta prestasi cemerlang mereka sepanjang 2023 menerusi pemberian Bonanza Kereta.

Dianjurkan pada setiap tahun, Car Bonanza Giveaway yang menampilkan dua kategori iaitu Car Bonanza dan Premier Car Bonanza menjadi acara yang sangat dinanti-nantikan kerana ganjaran lumayan bernilai hampir RM1 juta menanti pemenang yang layak, dalam bentuk kenderaan elektrik (EV) dan basikal.

Rakan kongsi jualan perlu mendaftarkan bilangan talian tertentu dan memastikan ia aktif dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023. Berjaya memenuhi kriteria itu memberi peluang kepada mereka untuk memandu pulang kereta baharu di bawah kategori Car Bonanza. Melebihi kategori Bonanza dan memenuhi kriteria tambahan menawarkan rakan kongsi jualan redONE ganjaran yang lebih besar menerusi Kategori Premier.

Insentif wang tunai lebih RM500,000 dan hadiah menarik lain juga akan diberikan, dengan rakan jualan berprestasi tinggi berpeluang membawa pulang Tesla Model Y.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, semua rakan jualan redONE di seluruh negara akan diraikan secara gilang gemilang. Pengiktirafan dan ganjaran untuk kejayaan mereka akan disampaikan pada acara tahunan berprestij, makan malam redONE Star Nite 2024 yang dijadualkan pada 20 Januari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting (GICC) di Genting Highlands.

Menurut Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif redONE Network Sdn Bhd, Car Bonanza adalah bukti komitmen redONE untuk memupuk bakat dengan menyediakan persekitaran kondusif dan laluan kerjaya yang memberi ganjaran kepada rakan niaga jualannya.

“Kami sangat berbangga dan berterima kasih atas pencapaian dan usaha luar biasa rakan niaga kami. Pemberian Bonanza Kereta tahunan ini adalah cara kami untuk menyatakan rasa terima kasih kami atas dedikasi dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sepanjang tahun 2023. Mereka berpeluang memenangi hadiah menarik dan insentif wang tunai. Kami percaya ini akan memberi inspirasi kepada rakan-rakan niaga kami untuk meneruskan kerja hebat mereka dan untuk orang lain terus berusaha demi kecemerlangan,” kata Ameen.

redONE mengalu-alukan bakal usahawan dan individu yang berminat untuk menjadi rakan niaga jualannya bagi memulakan laluan kerjaya yang memberi ganjaran dan menawarkan potensi pertumbuhan tanpa had dengan peluang memenangi ganjaran serta insentif lumayan yang menarik.

Mereka yang berminat dan ingin mengetahui cara untuk menjadi rakan niaga redONE boleh melayari redone.com.my atau menghubungi Pengurus Saluran pasukan jualan redONE di pejabat negeri masing-masing.

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest
English Language
Bahasa Malaysia
Malaysia Flag
Singapore Flag
Thailand Flag

EN | BM