redONE Mobile, telco komuniti, melalui badan amalnya, Yayasan redONE, meneruskan komitmen jangka panjangnya dalam menyantuni masyarakat menerusi program ibadah Qurban tahunannya sempena perayaan Hari Raya Aidiladha, yang berlangsung di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah dari 27 hingga 30 Mei lalu.

Inisiatif yang diperkenalkan sejak 2014 ini, diberi nama Barakah Korban buat edisi 2026 dan merupakan antara inisiatif komuniti tahunan utama redONE Mobile dalam usaha memperkukuh hubungan bersama masyarakat di pelbagai negeri.
Lebih daripada sekadar inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Program Barakah Korban turut melibatkan kakitangan dan rakan niaga redONE Mobile, ahli jawatankuasa masjid serta penduduk setempat daripada pelbagai latar belakang untuk bekerjasama secara langsung, sekali gus mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan semangat gotong-royong yang masih utuh dalam budaya masyarakat melalui proses penyembelihan, penyediaan dan pengagihan daging qurban kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Mobile, Farid Yunus berkata Program Barakah Korban ini mencerminkan usaha berterusan syarikat untuk terus dekat bersama komuniti yang menjadi antara tulang belakang kepada perkembangan jenama itu selama ini.
“Bagi kami, qurban bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi juga mengenai keikhlasan, empati dan semangat kebersamaan. Program seperti ini memberi peluang kepada kami untuk turun padang dan bersama komuniti yang sentiasa menyokong serta menjadi sebahagian penting daripada perjalanan redONE Mobile.
“Sebagai sebuah telco komuniti, kami percaya hubungan yang kuat dengan masyarakat perlu dibina secara berterusan dan bukan hanya pada waktu tertentu sahaja. Melalui Program Barakah Korban ini, kami berharap dapat terus berkongsi rezeki sambil mengeratkan hubungan bersama komuniti di seluruh negara,” katanya.
Program Qurban ini telah dilaksanakan di lokasi berikut:
Pahang
- Surau Haji Mubin, Kg. Padang, Kuantan — 27 Mei 2026
- Mini Market Miera, Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut — 28 Mei 2026
Terengganu
- Masjid Kg. Renek, Besut — 28 Mei 2026
- Masjid Seberang Takir, Kuala Nerus — 27 Mei 2026
Kelantan
- Masjid Mukim Bunohan, Tumpat — 28 Mei 2026
- Masjid Mukim Tanjong Chat, Kota Bharu — 28 Mei 2026
Sabah
- Masjid Al-Ba’ari, Taman Ketiau, Putatan — 27 Mei 2026
Selain Program Barakah Korban, redONE Mobile turut meneruskan pelbagai inisiatif komuniti sepanjang tahun menerusi Yayasan redONE bagi menyantuni golongan memerlukan serta memperkukuh hubungan bersama masyarakat setempat.

Sebelum ini sepanjang Ramadan 2026, redONE Mobile telah melaksanakan beberapa inisiatif komuniti di seluruh negara termasuk menerusi program Colours of Ramadan yang saban tahun menyantuni pelbagai golongan memerlukan seperti komuniti gelandangan di Kuala Lumpur, keluarga kurang berkemampuan dan komuniti setempat. Bagi edisi tahun ini, program tersebut memberi fokus kepada kebajikan anak-anak yatim melalui sumbangan kelengkapan pembelajaran serta penambahbaikan ruang pembelajaran di Pusat Jagaan Mesra As Salam, Bandar Bukit Puchong.
Dalam usaha memperkasa komuniti dan peniaga kecil tempatan pula, redONE Mobile turut meneruskan inisiatif Ronda Bazaar Ramadan di beberapa negeri termasuk Lembah Klang, Melaka, Perak, Kelantan, Sabah dan Sarawak bagi membantu meningkatkan keterlihatan peniaga mikro tempatan di bazar Ramadan.
Pada masa sama, inisiatif redINFAQ turut diperluaskan tahun ini melalui kolaborasi bersama 12 pempengaruh makanan popular di TikTok bagi membantu meningkatkan keterlihatan peniaga terpilih di bazar Ramadan, di samping menyalurkan sumbangan makanan kepada golongan memerlukan di beberapa negeri termasuk Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, redONE Mobile turut berkerjasama dengan persatuan e-hailing dan p-hailing di Sungai Petani serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kota Setar untuk pengagihan bubur lambuk kepada komuniti setempat.
Kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan redONE Mobile dalam memperkukuh semangat kebersamaan, menyokong komuniti setempat dan memastikan bantuan serta manfaat dapat disalurkan kepada lebih ramai pihak secara berterusan.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif komuniti dan program akan datang redONE Mobile, layari redonemobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONE Mobile), Instagram (@redonemobile.my), TikTok (@redonemobile.my) dan YouTube (redONE MobileMY).
